Escape Theme Park Penang


Pada Cuti Deepavali yang lepas, Cik iena dan rakan-rakan pergi bercuti di Pulau Pinang dimana rancangan utama kami adalah untuk pergi ke Escape Theme Park Penang.


Escape Theme Park Penang



Escape Theme Park Penang
Seperti yang semua tahu, Escape Theme Park Penang merupakan sebuah taman tema yang mempunyai beberapa bahagian iaitu Adventure Play, Water Play dan yang terbaru Gravity Play. Semasa kehadiran kami Graviti Play masih belum dibuka untuk umum jadi kami tak sempat nak merasa. Beberapa hari selepas kehadiran kami baru lah ianya di buka.


Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang ini terletak di Teluk Bahang , Pulau Pinang. Waktu operasi mereka adalah dari jam 10 pagi sehingga jam 6 Petang.Untuk mendapatkan harga istimewa anda perlu membuat tempahan secara online selama 6 bulan awal untuk mendapatkan harga diskaun yang menarik.


Harga Tiket Escape Theme Park Penang 
Untuk pengetahuan pembelian awal secara online lebih murah. Lagi awal kita belilagi murah. Kalau boleh beli seawal 6 bulan untuk dapatkan harga yang murah. Untuk rate harga terbaru dalam website dia dah takde. Anda perlu cek sendiri mengikut tarikh. Belia awal lagi murah. Walaubagaimanapun harga akan berbeza sedikit untuk peak season seperti cuti sekolah dan cuti umum.

Kalau Cik iena search untuk hari esok harga dewasa adalah RM 150.30, kanak-kanak dan wargaemas RM99.90 .

Carian untuk  (dari tarikh 2019-12-06 - Cik iena tak tengok peak season atau tidak ya-just random cek)
Sebulan Berikutnya  Dewasa RM108.60 Kanak2 dan wargaemas RM72.202 Bulan  Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.503 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.104 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.505 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.106 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.107 Bulan Berikutnya  Dewasa RM91.90 Kanak2 dan wargaemas RM61.108 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.509 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.5010 Bulan Berikutnya  Dewasa RM83.50 Kanak2 dan wargaemas RM55.50
Okay ini yang cik iena search semasa artikel ini ditulis. Hanya sebagai rujukan. Yang paling tepat anda boleh rujuk di https://ticket.escape.my/Product/Individuals


Sekiranya anda membeli tiket secara online jangan lupa tambah sekali duit dalam E-wallet kerana jika anda nak isi duit dalam e-wallet disana agak lambat kerana ramai orang beratur untuk menggunakan mesin topup e-wallet. Jadi adalah lebih bagus anda topup e-wallet awal-awal semasa membeli tiket secara online. Purata budget perbelanjaan seorang adalah RM20 untuk makan.

Sekiranya anda ingin menyewa locker, baju runang, kasut mahupun membeli cenderamata anda perlu topup lebih untuk e-wallet. Jangan risau sekiranya E-wallet tidak habis digunakan anda boleh redeem semula duit yang tidak digunakan di kaunter semasa balik.


Untuk pengetahuan Escape Penang tutup pada hari isnin untuk tujuan maintenance.

Untuk harga Base camp boleh rujuk di https://ticket.escape.my/Product/ComboPackage


Escape Theme Park Penang E-Wallet
Untuk pengetahuan sebarang transaksi disini tidak memerlukan duit, anda boleh menggunakan W-Wallet yang telah disediakan. Anda cuma perlu menambah nilai pada E-Wallet anda sebelum memulakan aktiviti.aksudnya sebelum anda menyimpan barang-barang penting didalam locker anda boleh menambah nilai pada E-Wallet terlebih dahulu diamana E-Wallet ini akan digunakan untuk sebarang transaksi diantaranya pembelian makanan, sewa locker, sewa kasut, sewa baju renang dan pelbagai lagi transaksi urus niaga.

Anda hanya perlu mengingat  5 digit passcode yang diberikan untuk sebarang transaksi pembelian dan penyewaan.  Sekiranya anda hadir dalam kumpulan yang ramai dan memerlukan locker yang banyak anda perlu mendapatkan passcode berasingan mengikut jumlah locker.

1 Passcode 1 Locker

Sebagai contoh kami cuma memerlukan 2 locker jadi kami perlu tambah nilai pada dua passcode berasingan dimana salah satu passcode hanya digunakan untuk locker dan manakala salah satu passcode lagi digunakan untuk locker dan juga transaksi pembeliaan dan penyewaan lain. Jadi kami cuma perlu menambah nilai untuk pembeliaan makanan dan penyewaan kasut serta baju renang di salah satu passcode sahaja. Satu lagi passcode kami cuma tambah nilai RM10 untuk penyewaan locker.




Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak mahu berkongsi passcode didalam satu akaun anda boleh guna passcode anda sendiri. Mana tau takot terguna duit lebih dalam e-wallet tukan sebab kita kongsi akaun. Macam Cik iena dan kawan-kawan kami kongsi satu passcode. Salah seorang akan tambah nilai terlebih dahulu guna duit sendiri dan kemudian kami catit penggunaan duit dalam tu macam mana.



Sebagai contoh ada yang sewa kasut ada yang tidak. Selepas habis trip kami akan kira kos perbelanjaan dan masing-masing perlu bayar amaun yang digunakan. Untuk makanan pula kami berkongsi 8 orang untuk semua menu yang kami pesan bagi memudahkan pengiraan.


Rahsiakan Passcode anda
Disini dengan tegasnya Cik iena nak nyatakan anda harus rahsiakan passcode anda kerana jika orang lain tau passcode anda mereka boleh gunakan untuk pembelian makanan mahupun barangan lain . Semasa memasukkan passcode untuk penyewaan locker pastikan anda tidak menyebut passcode tersebut kerana orang disekeliling anda mungkin akan ingat passcode anda dan menyalahgunakannya.

Pastikan juga semasa anda memasukkan nombor passcode tiada orang lain berdekatan yang boleh mencuri lihat nombor yang anda masukkan kerana skrin passcode sangat besar dan orang bersebelahan boleh nampak nombor yang anda masukkan.


Kelebihan sistem passcode ni anda tidak perlu membawa duit semasa berada didalam Escape theme parak , jadi senang anda untuk bermain semua aktiviti. Hanya perlu bawa diri dan ingat passcode. Walaubagaimanapun tetap ada keburukannya iaitu sekiranya nombor passcode anda telah diketahui oleh orang lain dan mereka pula menyalahgunakannya dengan membeli atau menyewa apa-apa perkhidmatan di dalam Escape Theme Park.

Jadi sila simpan dan pastikan suara anda tidak kuat menyebut passcode sehingga orang lain boleh dengar. Hati-hati okay. Cik iena berkongsi berdasarkan pengalaman Cik iena dan juga pengalaman orang-orang yang pernah ke Escape. Sharing Is Caring.


Baiklah seterusnya Cik iena kongsikan pengalaman Cik iena semasa berada di Escape Theme Park Penang.



Escape Waterplay


Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang




Escape Adventureplay



Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang




Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang

Escape Theme Park Penang


Escape Theme Park Penang


Secara keseluruhannya Cik iena dan rakan-rakan sangat enjoy berada di Escape Theme Park Penang. Walaupun kami tak dapat menghabiskan kesemua permainan kerana hari hujan dan juga semasa kehadiran kami merupakan hari cuti umum Malaysia iaitu hari Deepavali. Jadi keadaan disini terlalu rama\i pengunjung.

Tidak kira waterplay mahupun adventureplay kedua-duanya dilimpahi pengunjung dan anda perlu menunggu queue yang agak lama untuk bermain terutamanya di bahagian Adventureplay kerana tarikan utama Escape Theme Park adalah Adventureplay jadi ramai pengunjung yang berkunjung ke Adventureplay.


Insya Allah jika diberi kesempatan dan panjang umur Cik iena dan rakan-rakan akan datang lagi tapi mungkin kali ni akan ambil Camp Site 2 hari 1 malam.


Untuk Maklumat Lanjut Layari

Website : https://www.escape.my/
FAcebook : https://www.facebook.com/escapemy/
INstagram :https://www.instagram.com/escapemy/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCD05wL1QXfhTMzfejN0JI0A
Email : [email protected]
Tel : +604-881 1106 

Alamat :  828 Jalan Teluk Bahang
11050 Penang, Malaysia
Waktu Urusan : 10 pagi Hingga 6 Petang
Isnin TUTUP









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2019/12/escape-theme-park-penang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syoknya Mandi Di Ts Wonderland Indoor Water Theme Park Johor

Syoknya Mandi Di Ts Wonderland Indoor Water Theme Park Johor

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 942 hits
Mandi Manda Dalam Bangunan Haritu plan nak Mandi Manda tapi malas nak pergi jauh dari rumah So aku dengan adik decide untuk pergi indoor water park yang ada kat Kota Masai tuh Last pergi beberapa tahun lepas Masa awal pembukaan tuh je Yeahh...
Affin Investment Takes Legal Action Against Perak Theme Park

Affin Investment Takes Legal Action Against Perak Theme Park

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 284 hits
The Movie Animation Park Studios in Ipoh PETALING JAYA Affin Hwang Investment Bank Bhd is taking legal action against a theme park which is a subsidiary of Perak Corp Bhd the state s investment arm According to theedgemarkets Perak Corp sai...
Jalan Jalan Penang Nasi Kandar Deen Maju Dan Pasembur Menari

Jalan Jalan Penang Nasi Kandar Deen Maju Dan Pasembur Menari

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 762 hits
Jalan Jalan Penang Nasi Kandar Deen Maju dan Pasembur Menari Jom sambung story mory Public Transport Trip ke Kuala Lumpur dan Penang Dari terminal feri pengembaraan bermula di Pulau Pinang We are ready to explore First Semua lapar bila dah ...
One Doc Melancarkan Mesin Laser Picocare Untuk Pengguna Di Tanjung Tokong Penang

One Doc Melancarkan Mesin Laser Picocare Untuk Pengguna Di Tanjung Tokong Penang

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 753 hits
PICOCARE Satu Mesin Yang Berteknologi Tinggi Boleh Menyelesaikan Pelbagai Jenis Masalah KulitPicocare adalah sebuah mesin yang berteknologi tinggi yang didatangkan khas jauh dari Korea untuk menemui pengguna di Malaysia khususnya di Pulau P...
Sakit Lutut Hiking Moongate Penang Botanical Garden

Sakit Lutut Hiking Moongate Penang Botanical Garden

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 808 hits
Hiking Moongate Penang Botanical Garden Salam semua Harap semua sihat dan happy selalu Kalau korang nak tahu sejak berkapel dengan tok laki tok laki selalulah ajak pergi hiking Masa tu belum kahwin lagi selalulah tok laki ajak el pergi hiki...
Pengalaman Ke Penang Street Food Festival Psff

Pengalaman Ke Penang Street Food Festival Psff

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 455 hits
PENGALAMAN KE PENANG STREET FOOD FESTIVAL PSFFAssalamualaikum Apa guna kenangan jika tidak dikongsi Selain berkongsi di Facebook dan Instagram blog juga suatu tempat yang menarik untuk dikongsi Sebab itu juga saya rasa nak berkongsi Pengala...
Penang Prawn Mee

Penang Prawn Mee

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 267 hits
Dah tiga bulan Kjee menyepi Hehehe ada yang email tanya sama ada blog ini masih wujud Of course it is Kjee cuma lay off sekejap untuk dapat idea Dah lama sangat menulis so dah kering idea Don t worry Mokcik masih sihat walafiat Well sihat c...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall