Jalan Jalan Penang Nasi Kandar Deen Maju Dan Pasembur Menari


Jalan - Jalan Penang : Nasi Kandar Deen Maju dan Pasembur Menari | Jom sambung story mory Public Transport Trip ke Kuala Lumpur dan Penang. Dari terminal feri, pengembaraan bermula di Pulau Pinang! We are ready to explore! First! Semua lapar bila dah hampir 5 jam belum isi sesuatu makanan yang berat dan mengenyangkan. 

Nak baca entry berkaitan trip ini yang aku dah update boleh refer sini :
Day One : Flight ke Kuala Lumpur
Day Two : ETS Train ke Butterworth
Sampai seberang memang waktu lunch! Semua kebulur dah. Kami order Grab Car untuk ke Nasi Kandar Deen Maju. Well, datang Penang haruslah makan nasi kandar! Dan Deen Maju antara nasi kandar yang highly recommended!


Aku dan nasi kandar bertemu jodoh masa study kat Kedah dulu. Masa tu memang favourite Nasi Kandar Ayam Berempah Kuah Campoq! Perghhh! Eh jap! Aku lupa ayam berempah ke ayam goreng apa, tapi warna oren terang tuh! Memang sedap gila!


So datang ke Penang, aku dah ada expectation untuk merasa nasi kandar kat sini. First kami cuba Nasi Kandar Deen Maju. Pheww! Beratuq panjang! Tapi okey lagi sebab masa kami sampai restoran baru di buka jam 2 petang. Kalau lambat, selamatlah beratur selang beratus manusia. Haha! Kedai selesa, meja makan banyakkk! So, kalau sampai mesti terus cari meja!

Lapar punya pasal, ini je gambar makanan ada! Haha!
Oh hoi! Patutlah ramai beratuq! Memang berbaloi beratur setengah jam pun. Memang sedap menjilat jari! Hahahaha! Kalau aku memang nak kuah campur. Kalau korang nak request kuah apa, sila maklumkan awal-awal sebelum hujan kuah di atas nasi anda! Haha!

Kalau korang nak try boleh lah singgah kat sini :
Restoran Deens Maju Nasi Kandar170, Jalan Gurdwara10300 George TownPulau Pinang.
MAPS
Penang memang syurga makanan! Datang Penang apa yang best? Mesti makanan berada carta teratas! Haha! Petang hari yang sama, kami teruskan lagi food hunting kami. Next buat pertama kali aku makan Pasembur! Dari tempat penginapan kami naik Grab Car ke Gurney Drive. Walaupun baru kul 3 petang tadi dah pekena nasi kandar, ni kul 5 makan lagi pasembur! Korang rase?


Tapi bagus juga bila datang bukan dalam keadaan perut yang berkeroncong. Pemandu grab dah pesan awal, pasembur ni boleh buat kita bayar ratus - ratus ringgit tau! Main semua benda nak, tambah - tambah tengok udang, ketam yang besar - besar! Bila dah nafsu memuncak, time bayar baru rasa ketaq lutut! Hahahah!


Tempat kami tuju Pasembur Disco / Pasembur Menari / Pasembur Joget! Banyak nau nama tetapi kedai yang sama! Lot gerai nombor 9 kalau tak silap. Pasembur Menari ni memang dah viral, masuk tv, masuk surat khabar tau! Cuma aku tak berapa nak alert. 😅

Konsep self service. Pilih je apa yang korang nak! Harga ada siap ditulis tapi kalau korang rasa nak berkira-kira lah. Kalau rasa nak enjoying the food, pejam mata sudahlah! Hahahah!

Lepas pilih-pilih, abang kedai akan potong - potong dan bubuh kuah pasembur. Kata orang, waktu potong dan buh kuah tulah dia akan menari. Tapi kami tak dapat tengok show sebab tak berkebetulan pula.


Sepinggan yang kami ambil dalam harga RM30 ke RM40. Boleh makan sehingga 4 orang. Rasa kuah dia sedap juga manis - manis dan pedas. Kalau korang sejenis suka gigit lada buat ulam tu mungkin tahap kepedasan 3 per 10 je kot. Hahahha! Overall bagi aku, sedap dan terasa nak repeat lagi next time!





Seterusnya!! Datang Penang pasti pekena cendol! Cendol dia sedap wei! Tak sama macam cendol kat Ganu punya sebab kat Ganu extra manis. Hahahaha! Sini, mungkin original so manis - manis gitu je. Aku punya cendol pulut special! Ui tengok gambar pun buat aku meleleh! Hahahha


Nah untuk kalau terliur nak JJCM Penang :
Pasembur MenariPasembur Stall No9Anjung Gurney10350 JelutongPenang.
MAPS

Ni baru kisah day one di Penang tau! Ada lagi banyak story mory nak kongsi! Nanti sambung lagi hokey!
Boleh tengok highlight di Instagram  @hazirahmohd 😊
#sisgeejalanjalan#publictransporttrip



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sisgee.com/2019/11/jalan-jalan-penang-nasi-kandar-deen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuih Culture Sajian Terbaik Nyonya Kuih Nasi Lemak Cendol Dan Mee Di Penang

Kuih Culture Sajian Terbaik Nyonya Kuih Nasi Lemak Cendol Dan Mee Di Penang

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1163 hits
Kuih Culture Sajian Terbaik Nyonya Kuih Nasi Lemak Cendol Dan Mee Di PenangJika anda mencari sajian yang berkonsepkan sajian Nyonya khususnya di Penang anda boleh singgah ke Kuih Culture Cafe Kedengaran seolah olah seperti cafe yang menjual...
Ada Yang Sanggup Beratur Panjang Kerana Dia Ini Sejarah Nasi Kandar Yang Ramai Tak Tahu

Ada Yang Sanggup Beratur Panjang Kerana Dia Ini Sejarah Nasi Kandar Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 454 hits
Nasi kandar merupakan makanan yang tidak asing lagi di negara kita Nasi kandar boleh ditemui diseluruh pelosok negara terutamanya sebelah semenanjung Namun tempat yang khusus dan terkenal bagi hidangan ini ialah di sebelah utara iaitu Pulau...
Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak

Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1059 hits
Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak Hai hangpa Dah cuti sekolah ni Hangpa bercuti di mana Mai la Penang boleh makan nasi kandar Hahaha Kali ni nak suruh hangpa mai try nasi kandar Cargas Cafe pula Hat ni dekat ja dengan airport T...
Ada Najis Dan Bangkai Tikus Dalam Dapur Tempat Memasak Restoran Nasi Kandar Terkenal Antara Diarah Tutup

Ada Najis Dan Bangkai Tikus Dalam Dapur Tempat Memasak Restoran Nasi Kandar Terkenal Antara Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 896 hits
Ada Najis Dan Bangkai Tikus Dalam Dapur Tempat Memasak Restoran Nasi Kandar Terkenal Antara Diarah TutupGeorgetown Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang antara dua buah restoran yang diarahkan tutup dua minggu selepas didapat...
Timses Klaim Presiden Jokowi Tak Keberatan Airlangga Maju Munas Golkar

Timses Klaim Presiden Jokowi Tak Keberatan Airlangga Maju Munas Golkar

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 260 hits
Happy Bone yakin presiden tidak keberatan Airlangga maju ketum beringin Apalagi sampai minta izin tertulis
Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju Kuala Lumpur

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 844 hits
Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju Kuala Lumpur Assalamualaikum semua Tiap kali sis pergi ke Melaka mesti akan singgah di Sungai Putat pekena Mango Float Royale Melaka yang viral tu Memang sedap tau Dah jadi destinasi waji...
Maju Caketum Agun Gunandjar Mau Buat Golkar Modern

Maju Caketum Agun Gunandjar Mau Buat Golkar Modern

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 230 hits
Di awal Desember Agun memastikan segera menyerahkan formulir pendaftaran caketum Golkar
Web 777 Top 17 By Natisha Punpro777 Biz 23 25

Why No Greater Inclusion In Post Umno Malaysia

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Pembuluh Darah Mata Gadis Remaja Pecah Gara Gara Tahan Bersin Elak Malu

Mufti Perlis Sambut Baik Tindakan Perwakilan Dap Tolak Rayer

Webinar Tamo Edu Dalam Talian Siri 03 2025 Sempena Sambutan Hari Pembantu

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hantu Influencer Balik Kampung

Akhirnya Pokok Sepit Udang Telah Berbunga

Kopratasa Feat Adiwangsa Sukma Menuju Tengah Malam Chord

Satu Band Feat Man Progressive Raya Tak Berteman Chord

50 Menu Open House Raya Menu Bajet Ringkas Rare Jamuan Office

Westbound Part 5 10 000 Miles Across The U S On Ural Motorcycles