Ephyra Plus Tingkatkan Tenaga Juga Menjaga Dalaman Dan Luaran
Ephyra Plus | Tingkatkan Tenaga Juga Menjaga Dalaman Dan Luaran. Semua orang nak cantik..tak kiralah cantik dari segi pakaian ke, solekan ke..lepas tu kalau boleh nak sangat wajah tu cantik, bersih macam model-model dan artis kan..Zaza paling adore gila dengan kecantikan Miss Fazura. Halus mulus dan bersih sangat..macam tu juga dengan Memey Suhaiza juga mempunyai kulit yang cantik..sebab zaza pernah tengok Memey Suhaiza depan-depan..memang manis dan lawa sangat..
Dan kalau nak tahu, Memey Suhaiza merupakan duta kepada jenama Ephyra dan merupakan pengguna setia sejak bertahun lama..zaza pun dah kenal dengan produk Ephyra ni sejak 2015 dan juga antara pengguna Ephyra Skincare.
Ephyra juga telah berada dipasaran sejak tahun 2012 dan sehingga kini sudah dikenali ramai.
Ephyra Premium Kini Dikenali Sebagai Ephyra Plus
Untuk kali ini, zaza nak story tentang produk minuman Ephyra. Jika dahulu mungkin ramai mengenali minuman Ephyra sebagai Ephyra Premium kan? Sekarang Ephyra Premium telah bertukar wajah packaging baru yang lebih menarik dan nama sekarang dikenali sebagai Ephyra Plus. Kalau dulunya, kotak Ephyra lebih besar dan mempunyai 30 sachet tapi sekarang kotaknya lebih mudah dibawa kemana-mana sebab lebih kecil dan mempunyai 15 sachet. Bg Zaza harga pun lebih mampu milik iaitu RM88 sekotak compare yang dulu RM197.
Kotak Ephyra Plus berwajah baru
Ephyra Plus | Tingkatkan Tenaga Juga Menjaga Dalaman Dan Luaran
Kalau nak tahu, Ephyra Plus mempunyai rasa dan manfaat yang masih sama seperti Ephyra Premium yang masih mengekalkan kombinasi lebih 10 bahan dari sumber semulajadi dan kaya dengan vitamin serta mineral. Cumanya untuk Ephyra Plus ini, terdapat penambahan bahan baru iaitu L-Cysteine.
Ephyra Plus sangat baik diambil untuk memberikan tenaga, kecantikan dalaman dan luaran, kecantikan kulit dan sesuai juga diambil oleh ibu mengandung, ibu berpantang dan ibu menyusu.
Bagi pendapat zaza, rasanya sedap seperti jus-jus buah atau macam rasa sugus oren.
Bahan lain di dalam Ephyra Plus
Bahan-bahan yang terdapat dalam Ephyra Plus ialah Astaxantin, Gam Akasia, Salmon Ovari Peptide, Serbuk Tomato, Marigold Extract, Acerolla Cherry, Superberry ( Cranberry extract, Bilberry Extract ), Acai Berry juga Kolagen Ikan Laut Dalam & satu lagi bahan baru iaitu L-cysteine di mana ianya sangat bagus membantu melancarkan sistem badan kita, menstabilkan hormon dan membantu untuk badan untuk terus kekal bertenaga.
Siapa yang boleh mengamalkan Ephyra Plus Ini?
Ada yang tanya Zaza, perempuan je ke boleh minum Ephyra Plus ni? Jawapannya, Ephyra Plus boleh diambil oleh lelaki dan wanita yang berumur seawal 20an sehingga 50an. Amat sesuai bagi anda yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan keletihan berpanjangan. Zaza pun recommend untuk ibu-ibu yang mengandung, berpantang dan menyusu untuk try minum. Ephyra Plus ni. Boleh kata ramai yang berpuas hati tau.
Bagaimana Cara Pengambilan Ephyra Plus
Okay macam zaza sendiri, zaza akan ambil satu sachet setiap hari dan minum sama ada diwaktu pagi sebelum sarapan. Kadangkala zaza skip ke waktu petang atau waktu malam sebelum nak tidur.
Kalau zaza lebih suka dengan air kosong atau sejuk..barulah rasa lega je tekak tu…dinasihatkan untuk mengelakkan dari menggunakan air panas bagi mengelakkan bahan aktif di dalam Ephyra Plus menjadi rosak.
Waktu pagi adakala badan mungkin masih letih atau penat, jadi pengambilan di waktu pagi dapat membantu badan bergerak aktif dan dapat menyerap segala nutirisi, memberikan tenaga dan menjadikan wajah berseri.
Pada waktu malam pula, ia dapat membantu menyerap segala nutrisi ketika tidur kerana pada waktu itu, badan sedang berehat jadi bila bangun pagi, badan akan lebih segar dan pelawasan makin lancar.
Digalakkan supaya kurangkan pengambilan minuman berkafein. Nasib la zaza bukan pengemar minuman kafein..nak jumpa minuman kafein tu rasanya dalam sebulan dua pun belum tentu zaza minum..Tapi kalau anda yang memang jenis tak boleh tinggal kopi, bolehlah jarakkan masa pengambilan kopi 1 jam selepas minum Ephyra Plus.
Selepas minum Ephyra Plus, banyakkan minum air masak untuk kesan yang lebih baik dan hasil yang optimum.
Packaging sachet dengan saiz yang lebih kecil mudah untuk bawa travel ( masih mengekalkan isi kandungan 15g )
Ephyra Plus yang telah dibancuh/digoncangkn..macam air oren je kan..rasanya pun memang sedap dan zaza memang suka..
Khasiat dan Manfaat Ephyra Plus kepada Kulit
Kalau korang rajin amalkan selalu minum Ephya Plus ni insyaallah dapat membantu melembabkan kulit dan menganjalkan kulit wajah. Dalam masa yang sama boleh rasakan kulit susah nak naik jerawat. Kalau korang ada parut jerawat tu mudah je nak hilang
Kalau ada yang tercari-cari penyelesaian untuk mendapatkan kulit yang sihat tanpa jeragat, pigmentasi mahupun garis halus, boleh la cuba sendiri. Berkesan. Insyaallah
Khasiat dan Manfaat Ephyra Plus kepada Badan
Selain untuk kulit, ia baik juga untuk badan. Macam letih ke..so bila minum insyaallah dapat memberikan tenaga berpanjangan. Kalau ada masalah penghadaman pun ia boleh membantu melancarkan semula sistem penghadaman dalam badan.
Oh ya, mengamalkannya secara berterusan juga boleh buatkan rambut kelihatan lebih sihat dan kuat, lembut dan bersinar
Khasiat dan Manfaat Ephyra Plus kepada Ibu Mengandung, Ibu Menyusu dan Ibu Berpantang
Kalau untuk ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang pun boleh juga ambil Ephyra Plus ni tau..kalau ibu-ibu yang minum ni, boleh mengawal alahan ( morning sickness ). Selalunya ibu-ibu pun selalu je rasa penat, jadi bila ambil Ephyra Plus ni boleh bagi tenaga supaya tak letih dan lesu. Disamping tu juga boleh buatkan kulit lebih cantik, tak kusam dan bertambah seri
Pengalaman zaza setelah mengamalkan minuman Ephyra Plus selama sebulan
Zaza start minum Ephyra Plus ni bermula 24 Januari 2020. Pada zaza setiap kesan sesuatu produk yang kita ambil tu bergantung juga pada setiap individu kan..ada yang kesannya cepat dan ada yang agak lambat.
So untuk diri zaza, mungkin zaza dalam kategori yang agak lambat nak dapat kesannya..sebab kalau dulu pun masa kulit muka zaza tengah buruk dengan jerawat dan parut pun, zaza pakai Ephyra Skincare berbulan-bulan dan banyak botol baru lah nampak kesannya.
Jadi untuk mendapatkan betul-betul kulit yang cerah berseri dalaman dan luaran ni, zaza kena rajin amalkan selalu minum Ephyra Plus ni..sekurangnya dalam 3 bulan ke atas macam tu..
Cuma apa yang zaza nampak dari segi pembuangan tu lancar tak ada sembelit sepanjang zaza minum Ephyra Plus ini.. kalau nak tahu, zaza sebenarnya ada masalah sembelit dan boleh berejam dalam tandas tau! Zaza pernah alami sembelit selama 3 jam dalam tandas dalam sebuah event dulu sampai ada yang sangka zaza hilang..hehe
Macam parut-parut kat muka tu makan masa sikit la nak pulih..tapi apa pun zaza suka sangat dengan minuman Ephyra Plus ni..yummyyyy
Harga Ephyra Plus dan Bagaimana Untuk Mendapatkannya
Ephyra Plus telah dipek 15 sachet di dalam 1 kotak. Jadi bagi penggunaan sebulan perlu mengambil 2 kotak ( 30 sachet ). Setiap sachet mengandungi isi kandungan 15.
Bagi yang ingin mencuba dan mendapatkan Ephyra Plus, boleh mendapatkannya dengan harga seperti dibawah :
1 Kotak Ephyra Plus ( 15 sachet ) = RM88 2 Kotak Ephyra Plus ( 30 sachet untuk sebulan pengunaan ) = RM179
Pembelian produk Ephyra Plus boleh dibuat melalui :
Website : www.ephyra2u.comFacebook : https://www.facebook.com/EphyraOceanlife2uInstagram : @ephyra2u / @ephyra.hq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2020/02/ephyra-plus-tingkatkan-tenaga-juga.html