Enjoy The Bau Masam Experience Doktor Kongsi Anak Jeluak Susu Tanda Bagus


‘Doktor, baby saya kerap jeluak ni. Boleh tak beri ubat untuk kurangkan jeluak ni?’
Jeluak sebenarnya perkara normal kepada baby. Ia berbeza dengan muntah. Tapi selalunya pesakit saya akan sebut ‘muntah’, meskipun anak mereka sebenarnya jeluak.

Jeluak: susu keluar selepas menyusu tanpa sebarang ‘effort’. Susu tu mengalir keluar dan baby nampak rileks je.
Muntah pula, keluar dengan paksaan. Dan bayi akan nampak tak selesa, sebelum dan selepas muntah.
Jeluak sebenarnya sangat bagus. Allah buatkan bayi jeluak, mesti ada sebabnya. Sebab tu, walaupun anak anda menyusu badan, dan anda dah ‘burp’kan bayi anda, dia tetap jeluak.
Salah satu bahan yang ada dengan banyak dalam susu ibu ialah HMO (human milk oligosaccharides).

Salah satu fungsinya ialah’ anti adhesive antimicrobial’. Ia menghalang kuman bergayut di permukaan sel. Bila kuman tak dapat nak melekat di sel, ia tak dapat nak terjah masuk dalam badan kita.
Apabila baby jeluak, susu ibu akan naik dan ‘membasahi’ saluran pemakanan, tekak dan saluran hidung. Sel-sel di sepanjang saluran ini, especially di saluran pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract) akan dilimpahi HMO.
Dan saluran ini akan ‘terpelihara’ daripada kuman-kuman ini.
Apabila kuman tak dapat nak bergayut di dalam saluran pernafasan, maka baby itu akan terpelihara daripada jangkitan di tekak (tonsillitis, pharyngitis), paru-paru (pneumonia) dan juga telinga (otitis media).
Sebab itu, baby yang menyusu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan, kurang berisiko mendapat jangkitan kuman paru-paru berbanding bayi yang tak dapat kebaikan susu ibu dalam tempoh tersebut.
Konsep yang sama berlaku dalam usus. HMO yang membasahi saluran usus membuatkan baby terpelihara daripada jangkitan kuman di usus (kurang cirit birit).
Jadi, kalau anak anda jeluak, jangan bimbang. Especially kalau jeluak sampai susu keluar melalui hidung. Itu memang design yang Allah fitrahkan untuk menguatkan bayi anda untuk berhadapan dengan dunia yang penuh kuman ni.
On the side note, ada beberapa tanda yang menunjukkan jeluak anak anda itu bukan perkara normal.
1. Muntah yang memancut keluar (projectile vomiting)
2. Cecair yang keluar tu warna hijau (jus hempedu, bile)
3. Ada darah dalam jeluak/ muntah.
4. Darah dalam najis
5. Perut kembung/ keras/ sakit bila ditekan.
6. Anak anda mula jeluak selepas berumur 6 bulan, atau jeluak berterusan selepas umur 1 tahun.

 
Kalau ada tanda-tanda di atas, cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tanya kawan-kawan anda dalam fb ya!
So, kalau baby anda jeluak, just relax. Cuci/ suruh hubby anda cuci, dan enjoy the ‘bau masam’ experience!
Kredit: Dr Saleh.

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Enjoy The ‘Bau Masam’ Experience!” Doktor Kongsi Anak Jeluak Susu Tanda Bagus appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/enjoy-the-bau-masam-experience-doktor-kongsi-anak-jeluak-susu-tanda-bagus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Kongsi Jenis Susu Sesuai Untuk Anak Atas 2 Tahun Tapi Tetap Kena Kurangkan Pengambilan

Doktor Kongsi Jenis Susu Sesuai Untuk Anak Atas 2 Tahun Tapi Tetap Kena Kurangkan Pengambilan

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 265 hits
Susu paling terbaik untuk manusia adalah susu ibu Selepas umur 2 tahun dah cukup tempoh penyusuan susu ibu anak anak dah tak perlu ambil susu secara harian 3 4 botol sehari sebenarnya Bagi anak keperluan nutrisi yang secukupnya dari makanan...
Kecut Otak Anak Kalau Kita Bagi Makan Minum Tinggi Gula Selalu Doktor Kongsi Bahaya Gula

Kecut Otak Anak Kalau Kita Bagi Makan Minum Tinggi Gula Selalu Doktor Kongsi Bahaya Gula

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 187 hits
Pengambilan gula dalam minuman mahupun makanan akan memudaratkan kesihatan diri Sebab itu ramai doktor serta pakar nutrisi menasihati agar kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan Gula yang berlebihan boleh memberi kesan yang tidak baik p...
Rugi Tak Kenalkan Labu Sebagai Salah Satu Makanan Pertama Anak Doktor Kongsi Khasiat Labu

Rugi Tak Kenalkan Labu Sebagai Salah Satu Makanan Pertama Anak Doktor Kongsi Khasiat Labu

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 173 hits
Bila anak dah mula makan macam macam makanan yang mama nak berikan pada anak Sebelum terlupa mama kena take note tentang kebaikan labu untuk si manja mama Kalau nak tahu tentang kebaikan labu ikuti perkongsian dari doktor ini Labu bagus unt...
Ibu Gen1t 3 Anak Bahagia Kongsi Baju Dengan Adik Ipar Darjah 6 Menjelang Raya Suami Gembira Jimat Duitku

Ibu Gen1t 3 Anak Bahagia Kongsi Baju Dengan Adik Ipar Darjah 6 Menjelang Raya Suami Gembira Jimat Duitku

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 218 hits
MEMILIKI tvbuh genit atau mempunyai saiz fizikal yang kecil sememangnya kelihatan comel Individu yang memiliki tvbuh kecil juga boleh membuatkan mereka kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar malah ada juga yang salah anggap mereka seb...
Wan Khair Amir Nama Anak Mira Filzah Selepas Seminggu Mira Filzah Kongsi Nama Anak

Wan Khair Amir Nama Anak Mira Filzah Selepas Seminggu Mira Filzah Kongsi Nama Anak

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 187 hits
Wan Khair Amir Nama Anak Mira Filzah Selepas Seminggu Mira Filzah Kongsi Nama Anak Pelakon popular yang baru sahaja bergelar ibu Mira Filzah telah berkongsi nama putera sulungnya yang lahir tujuh hari lalu Hari ini hari ketujuh bersama pute...
Wajah Anak Ala Korea Ibu Kongsi Masa Hamil Suka Tengok Song Joong Ki

Wajah Anak Ala Korea Ibu Kongsi Masa Hamil Suka Tengok Song Joong Ki

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 227 hits
Perasaan gembira dan syukur saat dapat tahu bakal menimang cahaya mata adalah kenangan terindah buat pasangan suami isteri terutamanya yang bakal menimang anak sulung Bagi ibu bila nampak perut makin membesar merasai gerakan bayi dalam peru...
Kongsi Anak Beranak Ja Kot Kah

Kongsi Anak Beranak Ja Kot Kah

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 190 hits
mohd shah rimYang lain tengok jah dari jauh Dia kongsi anak beranak jah e
Anak Saya Kena 11 Jahitan Di Kepala Dan Darah Beku Keluar 2 Cm Ibu Kongsi Kisah Anak Jatuh Katil Ketika Bermain

Anak Saya Kena 11 Jahitan Di Kepala Dan Darah Beku Keluar 2 Cm Ibu Kongsi Kisah Anak Jatuh Katil Ketika Bermain

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 211 hits
Bila ada anak kecil di bawah usia enam tahun ibu bapa memang perlu memantau keselamatan mereka lebih kerap Lumrah kanak kanak yang masih belum kenal erti bahaya mereka suka bermain dan meneroka persekitaran Katil adalah salah satu tempat ya...
Pantang Tengok Mommy Ayda Kongsi Gelagat Anak Asyik Nak Berkepit 24 Jam

Pantang Tengok Mommy Ayda Kongsi Gelagat Anak Asyik Nak Berkepit 24 Jam

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 187 hits
Sekejap masa berlalu dah 8 bulan usia Ana Nayla Bagi pelakon dan penyanyi terkenal Ayda Jebat sebagai ibu apa saja yang Ana Nayla dah pandai buat dan sebut ketika ini jadi momen bermakna untuknya dan suami Nabil Mahir Menurut Ayda 30 Ana ki...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew