Ending Bon Appetit Your Majesty Tak Memuaskan
Mesti ramai gila tengok kdrama Bon Appetit Your Majesty ni kan, sampaikan anak ku pun turut join sekali sebab cerita ni memang best dan kelakar sebenarnya lagi-lagi waktu raja tu makan(tapi scene di bawah umur tu tak tengok sebab anak aku tengok 2 episod je :p) Kemain ek dia punya effect lepas makan tu, sampai terbahak-bahak anak aku tengok part tu
Overall aku memang suka cerita jenis macam ni, kdrama genre sejarah, romance, time travel dan kelakar. Mula-mula aku taknak tengok tapi betul-betul hype, so aku layan je la episod 1 dulu, know-know bestla pulak sebab dia tiba-tiba berada di zaman Joseon, then kena sabar banyak sebab masa aku tengok tu masih on going.
Sinopsis Bon Appetit Your Majesty :Bon Appétit, Your Majesty mengisahkan tentang Yeon Ji-young, seorang chef muda berbakat dalam masakan Perancis, yang secara misteri terperangkap dalam dunia dinasti Joseon selepas satu insiden aneh. Tanpa sebarang jalan pulang, Ji-young terpaksa menyesuaikan diri dalam dunia istana yang penuh politik, tradisi, dan bahaya hanya berbekalkan satu senjata: kemahiran memasaknya.
Di istana, dia bertemu dengan Raja Yi Heon, seorang raja muda yang terkenal dengan sifat kejam dan dingin, tetapi sebenarnya menyembunyikan trauma serta obsesi rahsia terhadap makanan. Ji-young mula menawan hati raja bukan dengan kata-kata manis, tetapi melalui rasa dalam setiap hidangan yang dimasaknya.Semakin hubungan mereka berkembang, Ji-young mendapati dirinya bukan sekadar tukang masak tapi kunci kepada perubahan besar dalam sejarah... dan mungkin, masa depan mereka berdua.
Lepastu aku baca ramai jugak tak suka heroin (Yoona) ni berlakon katanya macam kayu, tapi aku suka je tengok dia berlakon sebab dia macam cute, blur-blur ayam dan watak yang dia pegang tu menjadi je, takde la kayu sangat dan tak nampak berusia pun, kena la dengan watak yang dia pegang dan ada chemistry lah dengan hero (Lee Cha Min)
My dearly beloved, if you were to read this someday, may you come back to my side.”So kisahnya sebab dia ada baca buku bernama Mangunrok, Yoona baca ayat ni : My dearly beloved, if you were to read this someday, may you come back to my side… lepas dia baca ayat ni terus dia ke zaman Joseon dan ada plot twist, buku ni sebenarnya haa tengokla sendiri, kang spoiler pulak ek bagi yang tak tengok lagi hihihi
Tapi kan aku paling menyampah dengan gundik raja ni, yihhhh aku tak boleh tengok muka dia, rasa nak cabut je rambut yang besauuuu gedabak itu hahah, tak berat ke ek kepala dia, haha tapi memang menyirap la ek, sesuai dengan muka, nampak jahat betul. So part ni memang puas hati, akhirnya pompuan ni gone~ dapat jugak si badut tu balas dendam, walaupun dia cuba bunuh diri dulu
Ending Bon Appetit Your Majesty Tergesa-gesa?
Aku saje je nak membebel dalam blog sebab aku macam rasa ending ni pengarah buat tergesa-gesa, rasa macam ending memang best happy tapi tergantung bab raja boleh muncul tu hahah.Boleh pulak ek pengarah nak rahsia-rahsia macamana raja boleh muncul pada masa depan, at least bagitahu la woi macamana raja boleh cari kekasih hatinya tu, geram pulak nak kena fikir hahaha
Part masak-masak tu memang best, terasa pulak nak masak apa yang chef tu masak haha tapi makanan Korea pulek, mana nak cari bahan. Mampu terliur je la.
Overall, ending dia happy cuma tu lah macam tak memuaskan sangat, kita nak detail lah sikit ek baru syok haha, tapi aku rasa sebab sehelai kertas yang terkoyak tu dia boleh pergi ke masa depan. Bukan aku je tau rasa ending dia tergesa-gesa haha ramai geram sebab satu hal pulak nak kena fikir, tapi tq la pengarah sebab cerita ni memang best, cerita santai-santai tapi buat orang tertunggu-tunggu
Hati Berbicara : saya bagi 9 bintang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2025/09/ending-bon-appetit-your-majesty-tak.html