Encik Sajat Lolos Guna Lorong Tikus Utara


 

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai menggunakan laluan tikus di sebelah utara tanah air untuk meloloskan diri sebelum bersembunyi di Thailand.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Bagaimanapun kata Abdul Hamid, usaha menjejaki usahawan itu bagaimanapun mengalami kesukaran memandangkan lokasi sebenar dia bersembunyi di negara terbabit tidak dapat dipastikan.
“Namun kita tidak tolak kemungkinan, dia memilih untuk bersembunyi di selatan Thailand,” katanya ringkas.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihak polis telah membantu mengesan keberadaan Muhammad Sajjad namun siasatan dijalankan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Turut ditanya sama ada pihak polis akan meminta Sajat kembali ke negara ini, Huzir memberitahu ia bergantung kepada JAIS.
“Kita hanya bantu kesan Sajat namun siasatan oleh JAIS,” katanya.
Sementara itu di Perlis, polis negeri tidak mendapat maklumat usahawan kosmetik itu meloloskan diri ke Thailand menggunakan laluan tikus di kawasan sempadan Perlis.
Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya termasuk anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan bantuan pihak keselamatan lain mengawal ketat di kira-kira 60 lorong di tikus di sempadan negeri.
Katanya, Sajat berkemungkinan menggunakan laluan tikus di kawasan lain bukan di Perlis, dan sekiranya Sajat melalui kawasan di negeri itu pastinya usahawan tersebut sudah ditangkap kerana pihaknya melakukan kawalan cukup ketat di kawasan sempadan.
“Kita tidak dapat makluman Sajat melalui kawasan lorong tikus di negeri ini. Lorong tikus tidak semestinya di Perlis sahaja.
“Kita tidak akan biarkan Sajat terlepas kalau cuba melalui kawasan lorong tikus di negeri ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambah Surina, sebelum ini, PGA juga telah mengedarkan gambar Sajat di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.
Di Kedah, PGA memaklumkan pihaknya percaya Sajat tidak menggunakan lorong tikus di Kedah dan Perlis untuk bersembunyi di Thailand.
Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd. Noh Khamis berkata, Sajat dipercayai sukar melepasi empat lorong tikus yang dikenal pasti di kawasan sempadan Malaysia dan Thailand di Kedah yang berbukit dan hutan.
Menurutnya, lorong tikus tersebut hanya digunakan dalam kalangan penyeludup tegar dan kawasan itu dikawal ketat pada setiap masa.
Malah katanya, sebanyak 60 lorong tikus di sempadan tersebut serta di Perlis juga dikawal ketat dan sukar untuk dicerobohi.
“Saya percaya Sajat menghadapi kesukaran untuk melepasi ke Thailand dengan menggunakan lorong tikus yang cukup mencabar.
“Kesemua lorong tikus itu telah menjadi kawasan hotspot yang dikawal ketat setiap masa bagi mengekang aktiviti penyeludupan barangan larangan dan pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.
Difahamkan sebanyak tiga lorong tikus juga terdapat di Perak dan 133 pangkalan haram di Kelantan.
Mohd. Noh memberitahu, pada masa ini, laluan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dekat sini juga ditutup sejak penularan Covid-19 tahun lalu.
Jelasnya, ICQS tersebut hanya dibuka untuk kenderaan pengangkutan perdagangan.
“Orang ramai dan pelancong pula tidak dibenar menggunakan ICQS untuk urusan lain di negara jiran itu,” katanya
The post Encik Sajat lolos guna lorong tikus utara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/08/encik-sajat-lolos-guna-lorong-tikus-utara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhammad Sajjad Lolos Menyorok Di Thailand Tak Pasti Sama Ada Guna Mouse Way Atau Pakej Pelancongan

Muhammad Sajjad Lolos Menyorok Di Thailand Tak Pasti Sama Ada Guna Mouse Way Atau Pakej Pelancongan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 264 hits
The ReporterPerkembangan terkini usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dipercayai sedang menyorok di Thailand bagi mengelakkan ditahan dan dikenakan tindakan undang undang setelah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan wara...
Melaka Galak Guna Warong Rider Atasi Kesesakan Bazar Ramadan

Melaka Galak Guna Warong Rider Atasi Kesesakan Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 255 hits
MELAKA Perkhidmatan penghantaran barang Warong Rider yang dijadualkan bermula di Melaka awal bulan puasa ini akan memberikan banyak keselesaan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan juadah bazar Ramadan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berk...
Doktor Guna Tiktok Dalam Misi Lawan Maklumat Palsu

Doktor Guna Tiktok Dalam Misi Lawan Maklumat Palsu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 301 hits
Walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai petugas kesihatan pencipta kandungan dalam kalangan doktor berazam untuk melawan maklumat palsu di talian Doktor doktor menggunakan platform perkongsian video TikTok dalam usaha mereka membetulka...
Hiburan Sentuh Hidung Guna Kaki Andi Bernadee Dituduh Persenda Oku

Hiburan Sentuh Hidung Guna Kaki Andi Bernadee Dituduh Persenda Oku

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 522 hits
Penyanyi dan juga pelakon Andi Bernadee dilaporkan turut terkena tempias daripada kontroversi yang tercetus antara Baby Shima dan personaliti media sosial Zhariff yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya Sumber Instagram Andi Bernadee In...
Bas S 039 Pura Jalani Ujian Guna Panel Suria Bagi Perjalanan Lebih Mesra Alam

Bas S 039 Pura Jalani Ujian Guna Panel Suria Bagi Perjalanan Lebih Mesra Alam

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 201 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Buat kali pertama di Singapura bas bas lengkap dengan panel panel suria sedang diuji bagi perjalanan yang lebih mesra alam Dua buah bas sedemikian iaitu khidmat bas nombor 15 sedang menguji teknologi ter
Tak Wajar Guna Alasan Covid Tekan Demontrasi Aman

Tak Wajar Guna Alasan Covid Tekan Demontrasi Aman

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 314 hits
Tindakan polis memanggil untuk siasatan anak anak muda yang melakukan aksi duduk bantah di luar bangunan Parlimen Sabtu lalu amat merunsingkan Menurut Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada kesalahan dilakukan dalam tunjuk perasaa...
5517 Jom Guna Produk Tempatan Ppim Utusan Malaysia 27 03 2021

5517 Jom Guna Produk Tempatan Ppim Utusan Malaysia 27 03 2021

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 374 hits
PETALING JAYA Persatuan Pengguna Islam mengajak masyarakat terutama golongan muda bersama sama membawa perubahan dengan mengangkat dan menggunakan produk tempatan terutama produk islam Susulan itu Ketua Aktivitis PPIM Datuk Nadzim Johan ber...
Guna Idw Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah

Guna Idw Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 526 hits
Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah Impian semua orang untuk miliki rumah cantik kemas dan susun atur yang teratur tapi bukan semua orang mampu mengupah interior designer untuk lakukannya Ada yang rujuk majalah te...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

200 Durian Trees Destroyed Pahang Accused Of Violating Court Order

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025