Doktor Guna Tiktok Dalam Misi Lawan Maklumat Palsu


Farhira Farudin Walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai petugas kesihatan, pencipta kandungan dalam kalangan doktor berazam untuk melawan maklumat palsu di talian.

Doktor-doktor menggunakan platform perkongsian video TikTok dalam usaha mereka membetulkan maklumat salah yang tersebar dalam talian. Dr Samhan Awang menjalani jadual yang sibuk setiap hari.
Dari saat menjejakkan kaki di Klinik Perubatan Hijraa Chendering, Kuala Terengganu, sehingga pulang ke rumah, dia melayani pesakit dengan pelbagai masalah kesihatan.
Samhan komited dalam usahanya merawat pesakit yang menghidap penyakit kronik, dan bahkan, jika perlu dia sendiri akan ke rumah pesakit jika mereka tidak dapat datang ke kliniknya.
Pada usia 34 tahun, Samhan sudah biasa dengan tekanan dan kesibukan sebagai seorang doktor perubatan.
Namun, walaupun sibuk, lelaki ini juga memainkan peranan lain.
Samhan juga turut dikenali sebagai pencipta kandungan di platform perkongsian video di TikTok, satu peranan yang dimulakannya sejak Disember tahun lalu.
Sekurang-kurangnya, doktor kelahiran Terengganu itu akan menyiarkan dua video setiap hari.
Topik-topik video TikTok Samhan merangkumi pelbagai topik berkisar kesihatan, dari menangani kekejangan haid sehinggalah bagaimana cara mengatasi kemurungan selepas bersalin.
Klip-klip video Samhan mendapat sambutan ramai dan menarik jutaan penonton.
Setakat ini, dia memiliki sekitar 544,700 pengikut di TikTok.
Videonya yang paling popular hingga kini adalah panduan langkah demi langkah bagaimana mengurangkan sakit belakang.
Video pendek itu dilihat lebih dari 8.7 juta kali.
Samhan, yang sebelum ini berkongsi nasihat perubatan di Twitter dan Facebook berkata membuat video TikTok memerlukan lebih banyak kerja.
Antara sebabnya termasuk platform itu mengenakan had masa 60 saat bagi setiap klip video.
Ini bermakna Samhan terpaksa mengerah kreativitinya untuk memasukkan sebanyak mungkin maklumat dalam masa satu minit.
Sudah tentu apa yang dilakukan Samhan adalah satu perkara yang rumit apatah lagi kandungan-kandungannya adalah nasihat perubatan yang biasanya kompleks untuk dijelaskan.
“Pada masa ini, saya buat video kepada beberapa bahagian (untuk satu topik) bagi memastikan tidak ada butiran penting yang tercicir.
“Namun bagi penonton, saya nasihatkan baca juga tentang perkara itu,” kata Samhan kepada MalaysiaNow.
Dalam meningkatkan kualiti klip-klip videonya, Samhan sedar beberapa penjelasan yang dilakukan beliau boleh disampaikan dengan lebih baik.
Sebagai pencipta kandungan TikTok, Samhan berusaha untuk cuba menyiarkan dua hingga tiga video setiap hari, namun hal ini bergantung kepada jadualnya di klinik.
Ketika ditanya mengapa dia komited dalam usahanya membina kandungan di TikTok walaupun beban kerja hariannya sudah cukup berat, Samhan yakin penting untuk mendidik masyarakat mengenai masalah kesihatan, terutama ketika terlalu banyak maklumat palsu dalam talian.
“Tujuan utama saya adalah untuk mendidik dan memperbaiki maklumat yang salah ini dan bantu orang ramai memahami alasan dalam nasihat perubatan, dan menasihati mereka untuk lebih patuh dengan rawatan.”
Setakat ini, usaha Samhan itu menampakkan kejayaan. Rata-rata setiap video yang beliau usahakan memiliki tontonan lebih dari 200,000.
Bagaimanapun, usahanya membanteras maklumat perubatan yang salah dalam talian tidak berseorangan.
Dr Tai Weng Yew dari Poliklinik Tan di Baling, Kedah, juga turut melakukan perkara yang sama.
Klipnya yang paling popular menyentuh tajuk tanda-tanda kolesterol tinggi.
Ia baru sahaja disiarkan bulan ini, namun videonya ditonton hampir 600,000 kali.
Bercakap dengan MalaysiaNow, Tai berkata sangat penting pakar perubatan turut serta dalam platform itu bagi mendedahkan kebenaran berhubung pelbagai berita palsu yang tular di media sosial.
“Apabila ada doktor di media sosial untuk membicarakan kesihatan, ia dapat tingkatkan keyakinan orang mengenai topik tersebut,” katanya.
Tai mempunyai 20,370 pengikut di TikTok.
Seperti Samhan, dia berkata sukar untuk menjelaskan masalah perubatan yang rumit.
Maka, doktor itu berkata sangat penting menumpukan perhatian pada butiran penting maklumat bagi mengelakkan maklumat yang salah.
“Sangat sukar untuk masukkan semua maklumat dalam satu video,” katanya.
“Orang ramai harus faham, ada seribu cara untuk berikan maklumat kepada orang tentang topik tertentu. Bahkan doktor pun boleh memberikan maklumat yang salah.”
Nasihatnya adalah berpegang pada penjelasan termudah.
“Perkara yang paling penting adalah sentiasa memastikan fakta anda tepat.”
Seorang pakar estetik, Dr Nadzirah Abdullah pula berkata, banyak maklumat salah mengenai produk kecantikan.
Keprihatinannya berhubung produk pemutihan kulit yang berbahaya menjadi tular dalam talian.
Hal ini mendorong wanita ini untuk turut menggunakan platform TikTok.
“Produk kecantikan yang berbahaya ini murah tetapi boleh menyebabkan lebih banyak bahaya dan tidak selamat,” katanya.
“Memang semua orang ingin kelihatan cantik, tetapi bagi saya, memiliki kulit yang sihat adalah lebih baik.”
Setakat ini, Nadzirah mempunyai lebih dari 48,700 pengikut.
Dia berkata setiap video yang disiarkan melalui akaun TikToknya memerlukan perancangan dengan pasukannya demi memastikan maklumat palsu tidak tersebar.
“Biasanya saya menghabiskan dua hari seminggu bagi merancang dan merakam video dengan pasukan saya,” katanya.
“Saya hanya meletakkan perkara yang penting supaya klipnya pendek, namun bermaklumat.”
Nadzirah menggesa pengguna media sosial untuk sentiasa memeriksa sumber maklumat mereka, terutama perkara yang berhubung dengan kesihatan diri mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/doktor-guna-tiktok-dalam-misi-lawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Pekerja Kilang Dihukum Penjara Penjara Guna Sijil Cuti Palsu

Tiga Pekerja Kilang Dihukum Penjara Penjara Guna Sijil Cuti Palsu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 275 hits
731 total views 312 views today BUKIT MERTAJAM Tiga lelaki pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara lima hari selepas mengaku bersalah manakala tiga wanita minta dibicarakan di Mahkamah Majistret sini atas pertuduhan menggunakan sijil cuti s...
Tak Gentle La 2 Lawan 1 2 Suspek Hentak Kepala Mangsa Guna Helmet

Tak Gentle La 2 Lawan 1 2 Suspek Hentak Kepala Mangsa Guna Helmet

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 319 hits
The ReporterSusulan viral video pergaduhan di sebuah kedai makan di Kok Lanas polis sedang giat mengesan tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata pihaknya mengamb...
Kerajaan Timbang Tambah Vaksin Lawan Varian Baharu

Kerajaan Timbang Tambah Vaksin Lawan Varian Baharu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 269 hits
Khairy bersama Hasni selepas sidang media di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad Kota Iskandar Johor Bahru NSTP Nur Aisyah Mazalan ISKANDAR PUTERI Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menambah vaksin yang berkesan terhadap varian baharu COVID ...
Datuk Wan Abdul Rahim Mencadangkan Agar Pertandingan Satu Lawan Satu Di Kelantan

Datuk Wan Abdul Rahim Mencadangkan Agar Pertandingan Satu Lawan Satu Di Kelantan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 244 hits
BORHAN AHMADVeteran politik Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mencadangkan agar pertandingan satu lawan satu berlaku di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang Sehubungan itu katanya Pakatan Harapan perlu berunding dengan mana ma...
Biro Politik Bersatu Putuskan Lawan Umno

Biro Politik Bersatu Putuskan Lawan Umno

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 283 hits
Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah membuat ketetapan akan mempertahankan kesemua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang disandang wakil rakyatnya andai berlaku pertembungan dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 Me...
Jika Kawan Jangan Lawan Amaran Wan Junaidi Kepada Calon Bersatu Di Sarawak

Jika Kawan Jangan Lawan Amaran Wan Junaidi Kepada Calon Bersatu Di Sarawak

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 302 hits
KUCHING Tidak perlu hantar calon bertanding di sini sama ada secara terbuka atau diam diam Jika ada calon maksudnya kita tidak sehaluan Itu kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuan...
Misi Mamat Belum Selesai

Misi Mamat Belum Selesai

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 215 hits
Kuala Lumpur Ketika pelumba tempatan Terengganu Cycling Team lain sudah meninggalkan bumi Turki jaguh berbasikal lebuh raya negara Harrif Saleh masih mempunyai misi yang perlu dilaksanakan iaitu memburu juara peringkat Tour Mevlana Perlumba...
Berbanding Menggerunkan Lawan Pas Lebih Gerun Hilang Nikmat Kemewahan

Berbanding Menggerunkan Lawan Pas Lebih Gerun Hilang Nikmat Kemewahan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 181 hits
Agak menarik apabila Presiden Putra Ibrahim Ali secara terus terang berkata kerjasama Pas dengan Bersatu dalam PN untuk mendepani PRU15 bukanlah suatu gabungan yang menggerunkan Menurut beliau Bersatu bagi Pas hanyalah tali hayat yang membo...
Lupakan Pas Umno Perlu Bangkit Dan Lawan Kata Penganalisis

Lupakan Pas Umno Perlu Bangkit Dan Lawan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 244 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik melihat Umno hari ini sebagai lemah dan ketakutan walaupun jumlah keahlian dan sokongan akar umbinya kuat Felo Majlis Profesor Nasional Jeniri Amir berkata untuk Umno kembali menjadi kuasa politik ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian