Enam Unit Rumah Pangsa Empat Rumah Teres Terbakar Di Ipoh


Enam Unit Rumah Pangsa, Empat Rumah Teres Terbakar Di Ipoh
IPOH, 29 Dis (Bernama) — Enam unit rumah pangsa di National Garden Flat, Jalan Sultan Nazrin Shah, di sini musnah akibat kebakaran hari ini, namun kejadian tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.49 tengah hari.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati api sedang marak di tiga unit rumah dan kemudian merebak ke tiga unit lain. Rumah pangsa kelas A berukuran 40 kaki x 25 kaki setiap satu itu terbakar kira-kira 90 peratus,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata anggota bomba mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran itu kerana terdapat beberapa unit rumah berkunci dan dipasang jeriji besi.
Shazlean berkata api berjaya dikawal pada 2.30 petang dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 5.49 petang.
Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan 31 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh serta Simpang Pulai selain dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pinji, Menglembu, Pekan Baru serta Bercham.
Dalam kes lain, Shazlean berkata empat rumah teres setingkat di Jalan Muhammad Rashid, Kampung Kuala Pari Hilir, Menglembu, turut mengalami kebakaran kira-kira 4 petang tadi.
“Dua daripada rumah itu musnah kira-kira 90 peratus manakala dua lagi terbakar kira-kira 50 dan 30 peratus. Terdapat dua motosikal masing-masing jenis Yamaha RXZ dan Yamaha 125 juga terbakar 90 peratus,” katanya.
Beliau berkata operasi pemadaman disertai 23 anggota dengan empat jentera daripada BBP Pasir Puteh, BBP Meru Raya, BBP Batu Gajah, selain dibantu tiga anggota PBS Menglembu dengan sebuah jentera.
Susulan kejadian itu, 22 orang daripada empat keluarga terlibat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Kampung Kuala Pari yang dibuka pada 6 petang tadi.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta memaklumkan mangsa terlibat terdiri daripada 13 dewasa, seorang warga emas dan orang kurang upaya serta tujuh kanak-kanak.
BACA: Panggil Orang “Anjing” Boleh Didenda RM2,000, Penjara Hingga 6 Bulan Di Indonesia BACA: Ini “Top 10” Lelaki Paling Kacak & Wanita Paling Cantik 2025 BACA: Selepas 12 Tahun Menyewa, Khairul Aming Akhirnya Beli Rumah Pertama Sumber: Bernama
The post Enam Unit Rumah Pangsa, Empat Rumah Teres Terbakar Di Ipoh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/29/enam-unit-rumah-pangsa-empat-rumah-teres-terbakar-di-ipoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan

Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 115 hits
Empat Kereta Terbakar Di Parkir Berhampiran Kompleks Makanan BUKIT MERTAJAM 22 Dis Empat kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran sebuah kompleks makanan di Jalan Song Ban Kheng di sini musnah dalam kebakaran petang ini ...
Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh Turut Hempap Dua Kereta

Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh Turut Hempap Dua Kereta

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 121 hits
Struktur Hadapan Rumah Teres Runtuh Turut Hempap Dua Kereta Negeri Sembilan Struktur bahagian hadapan empat buah kediaman di Taman Pinggiran Senawang mengalami rekahan dan runtuh dalam kejadian pada Khamis Menurut Balai Polis Senawang di Fa...
Empat Keluarga Terpaksa Berpindah Selepas Kediaman Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Kuala Pari Hilir Ipoh

Empat Keluarga Terpaksa Berpindah Selepas Kediaman Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Kuala Pari Hilir Ipoh

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 90 hits
IPOH Empat keluarga kini terpaksa tinggal sementara di Pusat Pemindahan Sementara selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dahsyat yang berlaku di Kampung Kuala Pari Hilir Ipoh pada Isnin petang Kebakaran itu menjejaskan 22 mangsa ter...
Warden Penjara Ditemui Maut Tertiarap Di Ruang Tamu Rumah Dinaiki Air

Warden Penjara Ditemui Maut Tertiarap Di Ruang Tamu Rumah Dinaiki Air

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 146 hits
ABDUL RASHID ABDUL RAHMANKUANTAN Kehilangan seorang warden penjara yang keluar daripada Pusat Pemindahan Sementara untuk melihat keadaan rumahnya awal pagi tadi terjawab apabila mangsa ditemui mati di rumahnya di Taman Sri Inderapura di sin...
Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman

Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 129 hits
Krismas Lebih Bermakna Buat Warga Rumah Hope Signature Beri Sumbangan Ubah Suai Kediaman Petaling Jaya 16 Disember 2025 Musim perayaan menjadi momen yang sangat bermakna kerana ia diraikan dengan penuh kegembiraan serta kesyukuran Lebih ist...
Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 148 hits
Kuala Lumpur Polis mengesahkan bahawa empat kenderaan mengalami kerosakan dalam sebuah kemalangan yang tular melibatkan sebuah treler di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh Melaka semalam Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan ...
Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Membantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri Melalui Projek Rumah Rakyat Pahang

Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Membantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri Melalui Projek Rumah Rakyat Pahang

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 160 hits
PEKAN Kerajaan Negeri Pahang terus komited membantu rakyat di negerinya untuk mempunyai kediaman sendiri melalui projek Rumah Rakyat Pahang Salah seorang penerima RRP Abdul Razak Abdul Rahman 52 dari Kampung Ketapang Hilir di sini bersyukur...
Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 229 hits
BANGKOK Petarung muda muay thai negara Miki Ghazali Zulfikar membuktikan statusnya sebagai prospek masa depan apabila berjaya menghadiahkan pingat emas acara featherweight 57 kilogram di Sukan SEA Thailand sebentar tadi Turun sebagai petaru...
Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga

Kamal Adli Enggan Lafaz Cerai Mahkamah Dapati Wujud Kekasaran Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 131 hits
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis mencadangkan agar pelakon Kamal Adli melafazkan cerai terhadap isterinya Uqasha Senrose susulan kegagalan laporan Jawatankuasa Pendamai yang dijalankan sebelum ini Bagaima...
Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Countdown Hotspots In Klang Valley

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah

Isu Kesihatan Lelaki Di Malaysia Mengapa Lelaki Hidup Lebih Singkat Dan Apa Puncanya

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

What Could Be The Best New Year Message Ever

Dpsp Upsi Ambilan Mac 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Nasi Lemak Malam

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Kepentingan Buku Program Dalam Majlis Pelancaran Seminar

Top Komen December