Enam Termasuk Tiga Beranak Ditahan Bersama Dadah Rm8 14j


Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket mengedar dadah selepas menahan enam individu termasuk seorang warga emas bersama anak serta menantunya, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM8.14 juta dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Negeri Datuk Sahabudin Abd Manan berkata kesemua mereka yang berumur antara 28 dan 59 tahun, yang juga termasuk seorang wanita warga Thailand, ditahan dalam serbuan antara pukul 4.30 pagi dan 9.30 pagi.
Beliau berkata ia bermula dengan penahanan dua lelaki, termasuk ketua sindiket itu yang berumur 35 tahun di dalam sebuah kereta di kawasan Sungai Nibong bersama dua kilogram syabu, dan siasatan mendapati mereka dalam perjalanan menghantar bekalan dadah kepada pembeli di George Town.
Menurutnya dalam serbuan berikutnya di sebuah rumah di Sungai Nibong, polis menahan seorang lelaki selepas menemui dadah di dalam rumah berkenaan; dan seterusnya selepas memeriksa sebuah lagi rumah di Bayan Lepas, polis menahan seorang lagi lelaki yang disyaki terbabit.
“Hasil soal siasat telah membawa polis kepada sebuah rumah di Balik Pulau yang dijadikan tempat menyimpan stok dadah, yang turut didiami isteri serta ibu kepada ketua sindiket berkenaan,” katanya dalam sidang media di George Town hari ini.
Katanya ekoran serbuan itu polis merampas syabu seberat 133.3 kilogram (kg), ketamin (20.7 kg), serta dadah jenis heroin base (11.1 kg) yang kesemuanya bernilai RM8.14 juta, dan rampasan itu merupakan kejayaan terbesar Kontinjen Polis Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
Sahabudin berkata siasatan polis mendapati sindiket itu mendapatkan bekalan dadah daripada Thailand, dan bahan terlarang itu dipercayai dibawa masuk melalui laluan darat menerusi Sintok, Kedah, sebelum dihantar ke Pulau Pinang juga menerusi jalan darat.
Beliau berkata isteri kepada ketua sindiket itu merupakan seorang warga Thailand berusia 28 tahun yang dipercayai mempunyai hubungan dengan rangkaian sindiket pengedaran dadah di negara berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut.
“Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki serta seorang anak perempuan yang masih kecil, dan mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan nenek mereka yang berusia 59 tahun turut ditahan dalam serbuan itu. Wanita berkenaan dipercayai ahli sindiket dan mempunyai pengetahuan berhubung kegiatan anak lelakinya,” katanya.
“Ketua sindiket itu tidak bekerja manakala tiga lagi yang positif dadah merupakan nelayan serta peniaga buah-buahan. Dua lelaki mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah. Kesemua enam individu itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,”tambahnya. Bernama
Polis tahan 12 individu, rampas ganja bernilai RM2.16 juta

The post Enam termasuk tiga beranak ditahan bersama dadah RM8.14j appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/20/enam-termasuk-tiga-beranak-ditahan-bersama-dadah-rm8-14j/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dadah Enam Individu Termasuk Seorang Remaja Ditahan Di Jitra

Dadah Enam Individu Termasuk Seorang Remaja Ditahan Di Jitra

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 224 hits
ALOR SETAR Polis menahan enam individu termasuk seorang remaja berumur 16 tahun dan merampas dadah seberat 23 94 kilogram bernilai RM576 000 dalam serbuan di Kampung Tanah Merah Jitra dekat sini semalam Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Ha...
Datuk Antara Tiga Ditahan Kes Pelaburan Tak Wujud

Datuk Antara Tiga Ditahan Kes Pelaburan Tak Wujud

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 228 hits
Perdaya orang ramai labur dalam urus niaga forex mata wang kripto JOHOR BAHRU Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk antara tiga individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah pelaburan forex dan urus mata wang kripto tidak wujud di...
4 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Bersama 55 Bungkus Air Ketum

4 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Bersama 55 Bungkus Air Ketum

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 213 hits
Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan dalam serbuan polis di sebuah premis bersama dengan 55 bungkus air ketum lapor Harian Metro Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majib Mohd Ali berkata serbuan yang dilakukan pada jam 9 malam ...
Tiga Termasuk Dua Bergelar Datuk Direman Bantu Siasatan Sindiket Penipuan Sms

Tiga Termasuk Dua Bergelar Datuk Direman Bantu Siasatan Sindiket Penipuan Sms

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 269 hits
Tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima hari sehingga 14 Nov kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipu...
23 Individu Termasuk Anggota Imigresen Ditahan Disyaki Salahguna Pengesahan Cap Di Sempadan Negara

23 Individu Termasuk Anggota Imigresen Ditahan Disyaki Salahguna Pengesahan Cap Di Sempadan Negara

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 353 hits
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman antara tiga dan tujuh hari terhadap 23 individu termasuk anggota Jabatan Imigresen Malaysia bagi membantu siasatan berhubung isu penyalahgunaan pengesahan cap di sempadan negar...
Palsu Cap Sempadan 3 Termasuk Timbalan Pengarah Imigresen Ditahan

Palsu Cap Sempadan 3 Termasuk Timbalan Pengarah Imigresen Ditahan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 276 hits
Disyaki terlibat sindiket pemalsuan cap keluar masuk warga asing PUTRAJAYA Tiga lagi pegawai Jabatan Imigresen Malaysia termasuk Timbalan Pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ditahan Suruhanjaya Pencegahan Ra...
Harga Ron95 Dan Ron97 Turun Tiga Sen Diesel Enam Sen

Harga Ron95 Dan Ron97 Turun Tiga Sen Diesel Enam Sen

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR 6 NOV Harga runcit RON95 dan RON97 masing masing turun tiga sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 7 hingga 13 November ini Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95 RON97 dan diesel ada...
Usahawan Kosmetik Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Rm5 Juta Netizen Mulakan Siasatan Csi Siapakah Gerangannya

Usahawan Kosmetik Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Rm5 Juta Netizen Mulakan Siasatan Csi Siapakah Gerangannya

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 493 hits
Shah Alam Polis menahan lima rakan sejenayah termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana Seri Kembangan Serd...
Enam Termasuk Bayi Selamat Nahas Jalan Raya

Enam Termasuk Bayi Selamat Nahas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 242 hits
Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT ENAM individu termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun selamat apabila Proton Iswara dinaiki mereka terlibat dalam nahas jalan raya di Jalan Perserai Batu Pahat Johor IHSAN BOMBA JOHOR BATU PAHAT Enam individ...
Mcdonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak Kanak Oku Di Perlis

Ex Boss Datang Rumah

Jadual Sekolah Berubah Sepanjang Ramadan Sesi Petang Tamat Lebih Awal Kpm

Elak Dan Rawatan Dengan Makan Minum Yang Halalan Toiyibban Adalah Asas Utama

Minum Petang Dengan Cekodok Resepi Emak

World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Pengalaman Pembedahan Kanser Lipoma

Tapaulah Launches Website And New Lunchbox Series


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

China Matahari Terbit Di Jade Dragon Snow Mountain

Afc Champions League Match Results Jdt Vs Pohang 18 February 2025

Elevate Your Workplace Efficiency With The Revolutionary Tablet Huawei Matepad Pro 13 2

Kanser Tahap Akhir Sembuh Sepenuhnya

Tiga Maut Berhampiran Resort Air Panas Kepekatan Tinggi Gas Toksik