Dadah Enam Individu Termasuk Seorang Remaja Ditahan Di Jitra




ALOR SETAR: Polis menahan enam individu termasuk seorang remaja berumur 16 tahun dan merampas dadah seberat 23.94 kilogram bernilai RM576,000 dalam serbuan di Kampung Tanah Merah, Jitra, dekat sini, semalam.

 
Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam serbuan yang dilakukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah itu, tiga lelaki dan tiga wanita ditahan di sebuah rumah dua tingkat pada pukul 3.45 pagi.

 
“Hasil pemeriksaan polis menjumpai satu beg kanvas di ruang tamu rumah itu yang di dalamnya mengandungi 12 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 5.44 kg, satu bungkusan plastik berwarna hijau yang mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar berisi syabu seberat 1.01 kg dan 24 bungkusan plastik syabu dengan berat 905.20 gram.

 
“Keenam-enam suspek yang berumur antara 16 hingga 34 tahun itu ditahan dan beberapa barang kes turut disita bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

 
Katanya, antara barangan yang dirampas ialah masing-masing sebuah kereta jenis Mercedes Benz, Honda Civic, Perodua Myvi, kereta BMW dan Honda City serta tiga motosikal, barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM10,260.

 



Hasanuddin berkata siasatan lanjut ke atas seorang daripada suspek itu telah membawa kepada penemuan beberapa lagi dadah di dalam sebuah kereta jenis Proton Satria Neo yang diletakkan berhampiran kawasan rumah berkenaan.

 
“Di dalam kereta tersebut polis menemukan satu kotak kertas yang mengandungi 15 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 6.75 kg, satu beg kanvas berisi 15 bungkusan plastik heroin seberat 6.75 kg dan satu beg galas berisi tiga bungkusan dadah syabu seberat 3.04 kg.

 
“Jumlah keseluruhan dadah yang berjaya dirampas ialah heroin seberat 18.95 kg yang bernilai RM378,000 dan syabu seberat 4.99 kg yang bernilai RM198,000,” katanya.

 
Beliau berkata tiga daripada suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau yang melibatkan pelbagai kes dan hasil saringan air kencing pula mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis syabu.

 
“Permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/dadah-enam-individu-termasuk-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Ditahan Lenyek Kaki Polis

Remaja Ditahan Lenyek Kaki Polis

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 375 hits
BUTTERWORTH Seorang remaja ditahan selepas melanggar seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini malam tadi Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komis...
Enam Termasuk Bayi Selamat Nahas Jalan Raya

Enam Termasuk Bayi Selamat Nahas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 321 hits
Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT ENAM individu termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun selamat apabila Proton Iswara dinaiki mereka terlibat dalam nahas jalan raya di Jalan Perserai Batu Pahat Johor IHSAN BOMBA JOHOR BATU PAHAT Enam individ...
Enam Anggota Polis Ditahan Peras Ugut Orang Awam

Enam Anggota Polis Ditahan Peras Ugut Orang Awam

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 402 hits
Ketua Polis Selangor CP Datuk Noor Azam Jamaludin KUALA LUMPUR Enam anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut orang awam di sekitar Serdang semalam Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi...
Ismail Sabri 456 Individu Ditahan Dikompaun Ingkar Pkp

Ismail Sabri 456 Individu Ditahan Dikompaun Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR 31 OKT Seramai 456 individu ditahan dan dikompaun kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan semalam kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka...
Kes Bunuh Polis Menahan Rakan Sekolah Mangsa Seorang Remaja Wanita 19 Tahun

Kes Bunuh Polis Menahan Rakan Sekolah Mangsa Seorang Remaja Wanita 19 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 664 hits
HULU TERENGGANU Polis menahan seorang remaja wanita berusia 19 bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya 19 di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu Telemong di sini semalam Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mo...
Degil 519 Individu Ingkar Pkpb Ditahan

Degil 519 Individu Ingkar Pkpb Ditahan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 323 hits
MENTERI Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 519 individu ditahan semalam kerana enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Beliau berkata daripada jumlah itu kegagalan untuk mematuhi penjarakan sosial...
26 Individu Dicekup Termasuk Wanita Leka Berjudi

26 Individu Dicekup Termasuk Wanita Leka Berjudi

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 261 hits
26 individu dicekup termasuk wanita leka berjudi Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Oct 2020 10 28PM
Usahawan Kosmetik Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Rm5 Juta Netizen Mulakan Siasatan Csi Siapakah Gerangannya

Usahawan Kosmetik Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Rm5 Juta Netizen Mulakan Siasatan Csi Siapakah Gerangannya

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 723 hits
Shah Alam Polis menahan lima rakan sejenayah termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana Seri Kembangan Serd...
Hendak Balap Liar Di Kembangan Tujuh Remaja Diciduk Tim Pemburu Preman

Hendak Balap Liar Di Kembangan Tujuh Remaja Diciduk Tim Pemburu Preman

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 215 hits
Ia mengatakan aksi balap liar tersebut membahayakan pengguna jalan karena menutup area masuk jalan tol Penangkapan tujuh pemuda tersebut didasari laporan masyarakat tentang adanya aksi balap liar di lokasi tersebut
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan