Enam Beradik Hilang Ayah Lepas Tiga Jam Balik Dari Umrah Tiada Lagi Orang Nak Bawa Jalan Jalan Sedihnya


Sebelum ini pernah tular kisah seorang bapa tunggal yang buntu kerana perlu menjaga enam orang anak yang masih kecil setelah berpisah dengan bekas isteri dua tahun yang lalu kerana menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan dia tidak lagi mampu bekerja.
Dia juga turut menyatakan rasa bimbang dengan nasib keenam-enam anaknya yang masih kecil jika ditakdirkan umur tidak Panjang akibat menghidap pelbagai penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, asma dan batu karang.
enam orang anak yang ditinggalkan Kamarul Sharizam Ternyata kegusarannya itu menjadi kenyataan, Allahyarham Kamarul Sharizam, 40 menghebuskan nafas yang terakhir selepas pulang menunaikan umrah pada Selasa yang lalu.
Dalam satu laporan akhbar menyatakan Kamarul Sharizam meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) selepas pulang menunaikan umrah 5.05 petang Selasa sebaik tiba di hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan akibat mengadu tidak sihat.
Memetik laporan akhbar tersebut yang sempat menemuramah anak sulung Kamarul Sharizam, Muhammad Haikal Nashriq, 13, berkata sejak ibu dan bapanya berpisah, bapanya sendirian menguruskan adik-beradiknya yang berusia dari dua hingga 11 tahun.
“Ketika ayah ada, dia jaga kami dan kami jaga ayah kerana dia sakit. Saya dan dua lagi adik lelaki yang berusia sembilan serta 11 tahun membantu ayah menguruskan tiga adik perempuan berusia dua, empat dan tujuh tahun.
Allahyarham Kamarul Sharizam bersama keluarga ketika tiba di KLIA selepas pulang dari Umrah “Ayah sering tunaikan permintaan kami seperti membawa kami berjalan-jalan dan membelikan permainan namun kini ayah sudah tiada,” katanya penuh sayu.
Bapa saudara ambil tanggungjawab jaga anak-anak Kamarul Sharizam Sementara itu, Kamarul Shahril Kamarudin, 35, adik kepada Kamarul Sharizam berkata, dia bertanggungjawab terhadap enam anak yatim itu dan sudah membuat perancangan jangka pendek untuk mereka.
“Muhammad Haikal Nashriq yang mengalami masalah autisme akan menetap bersama adik saya, Norul Arshada Kamarudin, 29, di Seremban memandangkan rumahnya berdekatan sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.
“Muhammad Harraz Nashriq, 11, dan Muhammad Azrin Nashriq, 9, ditempatkan di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina yang diuruskan adik saya, Mohamad Zatullah Kamarudin, 27.
“Qaseh Nurqisha Irdani, 4, dan Qaseh Irdanu Qaisara, 7, akan dijaga sepupu saya manakala Qaseh Al-Qausar, 2, kini dijaga seorang ustaz yang sedang melengkapkan proses untuk mengambilnya sebagai anak angkat.
“Apa yang paling penting adalah mereka semua berada di sekitar pengawasan saya dan adik-beradik lain. Mereka semua kini menjadi tanggungjawab kami,” katanya.
Hembus nafas terakhir selepas tiga jam pulang dari umrah Sementara itu Mohamad Zatullah, 27, berkata, dia menjemput arwah yang baru pulang menunaikan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 petang selasa
“Ketika itu abang sudah kelihatan tidak sihat lalu saya terus bawanya ke HTJS untuk rawatan.
“Sebaik tiba di hospital, saya pimpin abang dan meletakkannya di kerusi roda.
“Namun abang tiba-tiba rebah dan pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum dia disahkan meninggal dunia,” katanya.

Mohd Zatullah yang juga pengasas Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina berkata, arwah abangnya menerima tajaan menunaikan umrah itu dan dia ke Tanah Suci bersama seorang rakan.
“Arwah gembira apabila dapat menunaikan umrah dan sepanjang arwah di sana, saya mengambil tanggungjawab menjaga enam anaknya.
“Saya tak sangka dia ‘pergi’ selepas tiga jam pulang ke tanah air,” katanya.
Menurutnya, jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang, 11 pagi semalam.
sumber: Hmetro
 
 
The post Enam Beradik Hilang Ayah Lepas Tiga Jam Balik Dari Umrah. Tiada Lagi Orang Nak Bawa Jalan-jalan, Sedihnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/enam-beradik-hilang-ayah-lepas-tiga-jam-balik-dari-umrah-tiada-lagi-orang-nak-bawa-jalan-jalan-sedihnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Ayah Setuju Tukar Nama Tanah Kat Kami Adik Beradik Baru Nak Tinggalkan Ayah Di Rumah Orang Tua Anak Perempuan

Lepas Ayah Setuju Tukar Nama Tanah Kat Kami Adik Beradik Baru Nak Tinggalkan Ayah Di Rumah Orang Tua Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 1052 hits
Ayah dan ibu itulah permulaan anak anak kepada titik tolak kejayaan pada hari ini Kejayaan kita pada hari ini bukan hanya kerana usaha kita semata mata tetapi doa dan restu yang telah diberikan oleh mereka Tanpa kita sedari segala kudrat da...
Wanita Tekad Terjun Tingkat 19 Hotel Di Genting Lepas Kecewa Dengan Suami Amp Hilang 200 Ribu Kerana Berjudi

Wanita Tekad Terjun Tingkat 19 Hotel Di Genting Lepas Kecewa Dengan Suami Amp Hilang 200 Ribu Kerana Berjudi

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 522 hits
Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah hidup yang dihadapi seseorang supaya dapat keluar daripada situasi yang mungkin boleh membelenggu diri mereka Lebih mengejutkan para penyelidik meramalkan menjelang 2020 satu orang akan ...
Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 521 hits
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa ...
Tipu Mertua Kata Anak Dah Hilang Rupanya Ayah Tiri Dah Bunuh Anak Tanam Dalam Belukar

Tipu Mertua Kata Anak Dah Hilang Rupanya Ayah Tiri Dah Bunuh Anak Tanam Dalam Belukar

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 312 hits
Isu keganasan terhadap kanak kanak menjadi bualan hangat masyarakat sekarang dan menjadi perkara yang paling sensitif Siapa yang tidak kenal dengan bekas peguam yang kini aktif di laman Twitter Sir Kamarul berkongsi detik hitam seorang ibu ...
Zarina Zainuddin Bawa Madu Amp Anak Autisme Tunai Umrah

Zarina Zainuddin Bawa Madu Amp Anak Autisme Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 381 hits
Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat umrah bersama ibunya Zahura anak lelaki Muhammad Raizal Azrai dan madunya Datin Seri Hajah Norhasimah hari ini Menerusi laman Instagram miliknya pelakon b...
Tiada Istilah Bayi Tahan Mata Tak Nak Tidur Bayi 1 3 Bulan Berjaga Tak Lebih 2 Jam

Tiada Istilah Bayi Tahan Mata Tak Nak Tidur Bayi 1 3 Bulan Berjaga Tak Lebih 2 Jam

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 751 hits
Banyak yang berubah bila ibu disahkan hamil terutama sekali fizikal si ibu Perasan tak makin lama saiz payudara makin besar dan warna puting payudara mula berubah warna Semua perubaha yang berlaku ada sebabnya Perubahan badan si ibu berlaku...
Bawa Isteri Dalam Pantang Jual Bantal Siapa Sangka Hikmah Hilang Kerja Bekas Jurutera Kini Jutawan Bantal

Bawa Isteri Dalam Pantang Jual Bantal Siapa Sangka Hikmah Hilang Kerja Bekas Jurutera Kini Jutawan Bantal

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 423 hits
Segala kejayaan dan kemewahan yang dikecapi hari ini bukan mudah Semuanya daripada kritikan dan penolakan yang pernah diterima satu masa dahulu Rahsia kejayaan bermula dengan angan angan yang tinggi dan untuk memastikan kejayaan itu tercapa...
Pengorbanan Bila Lelaki Nak Kahwin Kerja 24 Jam

Pengorbanan Bila Lelaki Nak Kahwin Kerja 24 Jam

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 470 hits
Hari ini seorang pemuda berusia 24 tahun datang mengadu penat badan letih Tak larat nak kerja Dr tengok rekod Dr ingat dia ni Bulan lepas pun dia ada datang dengan alasan yang sama Kali ni alasannya sama Letih Dan sama macam bulan lepas Dr ...
Mamat Khalid Isteri Bercadang Bawa Bercuti Rehat Dari Kerja Lepas Keluar Hospital

Mamat Khalid Isteri Bercadang Bawa Bercuti Rehat Dari Kerja Lepas Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 286 hits
ISTERI BERCADANG BAWA MAMAT KHALID BERCUTI REHAT DARI KERJA Bercadang membawa suaminya bercuti ke kawasan peranginan di tepi pantai sebaik dibenarkan keluar dari hospital nanti isteri kepada pengarah terkenal Mamat Khalid iaitu Hasmah Hassa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya