Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar


Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN – PM Anwar
CYBERJAYA, 8 Ogos (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa adalah antara pemimpin dunia dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang mewakili Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, berkata pengesahan yang positif sudah diterima daripada Lula dan Ramaphosa, manakala Trump telah menyatakan kesediaannya untuk hadir menerusi perbualan telefon baru-baru ini.
“Memastikan kehadiran mereka hanyalah langkah pertama. Ujian yang lebih besar ialah memastikan mereka meninggalkan Malaysia dan ASEAN dengan rasa bahawa masa mereka di sini benar-benar bermakna. Kita perlu pastikan kunjungan mereka membuahkan hasil yang bernilai kekal. Seluruh dunia akan memandang ke arah kita. Justeru, kita perlu menjayakannya dengan cemerlang,” kata beliau.
Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmian sambutan Hari ASEAN ke-58 di sini hari, yang diadakan bersempena dengan ulang tahun penubuhan ASEAN, bertemakan “Ke Arah Masa Depan ASEAN yang Inklusif dan Mampan”. Perdana Menteri berkata ulang tahun itu ialah saat untuk menilai semula dan merenung sejauh mana kemajuan yang dicapai blok serantau ini dan perjalanan yang bakal ditempuhi.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, akan menganjurkan sidang kemuncak di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan” di Kuala Lumpur pada Oktober ini, menghimpunkan pemimpin dari 10 negara anggota dan rakan dialog untuk membincangkan isu keselamatan serantau, kerjasama ekonomi dan masalah global yang mendesak.
Anwar berkata visi dan sumbangan pemimpin terdahulu, yang melihat isu melangkaui kepentingan domestik untuk mempertimbangkan keperluan negara jiran, rantau dan dunia, kekal relevan walaupun berdepan cabaran selepas merdeka dan ketegangan geopolitik.
“Dan saya berani katakan tanpa sebarang keterlaluan bahawa pengasas ASEAN akan melihat kepada kemajuan kita dengan rasa bangga,” kata beliau.
Bagaimanapun, beliau berkata ASEAN tidak boleh menganggap bahawa blok itu telah melupakan motivasi dan kebimbangan mereka yang menandatangani Deklarasi Bangkok pada 1967, iaitu Adam Malik (Indonesia), Tun Abdul Razak (Malaysia), Narciso Ramos (Filipina), S. Rajaratnam (Singapura) dan Thanat Khoman (Thailand).
“Bapa-bapa pengasas ASEAN memahami bahawa tugas pertama rantau ini ialah memastikan bahawa negara Asia Tenggara dapat hidup bersama-sama dalam suasana harmoni dan bekerjasama. Mereka juga menyedari bahawa Asia Tenggara perlu memikul tanggungjawab utama untuk keamanan, keselamatan dan kemakmurannya sendiri. Keyakinan itu masih berdegup dalam hati ASEAN,” kata beliau sambil menambah prinsip itu kekal relevan hingga kini.
Anwar berkata keamanan antara negara ialah asas kepada komuniti serantau dan tidak boleh mengambil mudah perkara itu, serta mengabaikan tanggungjawab untuk membentuk penyelesaian serantau bagi masalah di rantau ini.
Merujuk kepada ketegangan di sepanjang sempadan Thailand–Kemboja baru-baru ini, Anwar berkata situasi itu ialah peringatan tentang betapa pantasnya krisis boleh memuncak jika dibiarkan tanpa penyelesaian.
Perdana Menteri berkata perjanjian gencatan senjata antara dua negara jiran itu berjaya dicapai hasil sokongan penuh dan solidariti seluruh pemimpin ASEAN.
BACA JUGA: Trump Sah Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 Di Kuala Lumpur – PM Anwar “Sebagai Pengerusi, Malaysia bekerja secara konstruktif untuk memudah cara rundingan antara dua negara. Saya ingin mengiktiraf sokongan dan mandat daripada sahabat-sahabat saya, Sultan Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah), presiden dan perdana menteri di ASEAN yang sentiasa memberikan sokongan penuh dan pengesahan mereka, dan inilah pencapaian yang luar biasa,” kata beliau.
ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand dengan penandatanganan Deklarasi Bangkok oleh lima negara pengasas – Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand – oleh Menteri Luar masing-masing.
Blok serantau itu dibentuk untuk mempromosikan keamanan, kestabilan dan kerjasama serantau di tengah-tengah cabaran pascakolonial dan ketegangan Perang Dingin. Keanggotaannya kini berkembang kepada 10 negara, dengan Brunei menyertai pada 1984, Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997) dan Kemboja (1999). Timor-Leste telah diterima secara prinsip pada 2022 dan kini dalam proses keanggotaan penuh.
Hari ini, ASEAN mempunyai gabungan populasi lebih 680 juta orang dan Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah lebih USD3.6 trilion (2024), menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia. ASEAN beroperasi secara konsensus dan tidak campur tangan, menumpukan kepada kerjasama politik–keselamatan, integrasi ekonomi dan kerjasama sosiobudaya di bawah kerangka Komuniti ASEAN pada 2015.
Turut hadir pada sambutan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Sumber: Bernama
The post Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/08/empat-pemimpin-utama-dunia-dijangka-hadir-ke-sidang-kemuncak-asean-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trump Sah Hadir Sidang Kemuncak Asean Ke 47 Di Kuala Lumpur Pm Anwar

Trump Sah Hadir Sidang Kemuncak Asean Ke 47 Di Kuala Lumpur Pm Anwar

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 139 hits
Trump Sah Hadir Sidang Kemuncak ASEAN Ke 47 Di Kuala Lumpur PM Anwar KUALA LUMPUR 31 Julai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan kehadirannya ke Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober...
Pembangkang Cuba Burukkan Negara Anwar Kembalikan Keprcayaan Dunia

Pembangkang Cuba Burukkan Negara Anwar Kembalikan Keprcayaan Dunia

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 139 hits
Sham GhazSaat Pembangkang Gagal main Isu untuk turunkan Anwar negara jiran kita percayakan Anwar Ibrahim boleh jadi orang tengah perang Thailand Kemboja harini Pembangkang Gagal tak reti nilai kaca dan permata Wakil Us dan China juga turut ...
Anwar S Four Wins As Asean Chair According To Veteran Thai Journalist

Anwar S Four Wins As Asean Chair According To Veteran Thai Journalist

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 141 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s success in mediating a ceasefire between Cambodia and Thailand which resulted in an immediate halt to armed clashes along their disputed border was hailed as a major diplomatic victory The courageous and decis...
Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 131 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke 58 di Cyberjaya Selangor pada 8 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 8 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian gencatan senjata antara Thailand da...
Anwar Seloroh Suruh Tahan Sanusi Hadir Himpunan Turun Anwar

Anwar Seloroh Suruh Tahan Sanusi Hadir Himpunan Turun Anwar

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Dataran Merdeka Kuala Lumpur dijangka dibanjiri orang ramai hari ini berikutan penganjuran Himpunan Turun Anwar anjuran Perikatan Nasional Kenapa penting Perhimpunan ini mendapat perhatian selepas Menteri Besar Kedah Datuk Seri...
Lima Tonggak Utama Tentukan Hala Tuju Ai Negara Pm Anwar

Lima Tonggak Utama Tentukan Hala Tuju Ai Negara Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 179 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 12 Ogos Lima ...
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara Asean Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 146 hits
Washington Kenakan Tarif 19 Peratus Ke Atas Malaysia Empat Negara ASEAN Lain KUALA LUMPUR 1 Ogos Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat berkuat kuasa pada hari ini Menerus...
Jumpa Pakcik Di Tengah Hi Way Jalan Kaki 20km Nak Ke Pekan Sedih Baca

Isteri Penentu Kejayaan Wakil Rakyat Bn Datuk Seri Najib Tun Razak

Brother Ni Tegur Seorang Pemuda Yang Belajar Agama Sebab Dia Hisap 39 Vappe 39 Ini Respon Dia

Kotak Perfume Custom Murah Berkualiti Pilihan Tepat Untuk Usahawan Kosmetik

Kesihan Wanita Andartu Ini Di Reject Bakal Mertua Atas Alasan Sukar Bagi Anak Namun Akhirnya

A Rose For A Rose Ros S First Puma Collection Is A Personal Tribute

Selamat Maju Jaya Puan Dayu

Roti Kering Bergula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 160

Kelas Tuisyen Online Sekolah Rendah Fly High Education Centre

Istemewa Hari Ini Kepada Rakan Guru Dan Staff Sokongan

Ideas Hello Fresh Beef Burger Recipe

Ogos Bulan Kelahiran Dak Adik

Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025