Elyana Kecewa Dituduh Rakan Baik Tipu Hidap Kanser Mereka Cakap Saya Tak Sakit
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi berbakat, Elyana mengumumkan dirinya sudah bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dihadapinya lebih sepuluh tahun
Elyana kecewa dituduh tipu sakit kanser
Walau bagaimanapun, terbaru Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal meluahkan kekecewaan apabila mendapat tahu terdapat segelintir pihak menuduh dirinya menipu mengenai penyakit yang dialaminya selama ini
Lebih sakit bila kawan baik sendiri tuduh
Apa yang membuat dirinya sedih dan kecewa, dakwaan yang tidak berasas itu sebenarnya disebarkan oleh rakan-rakan karibnya sendiri
“Pada awalnya, saya memang rasa kecewa kerana saya sudah sakit lebih 10 tahun
“Memang banyak sangat dengar, ada juga kalangan rakan baik yang cakap seperti itu.”kata Elyana
Mereka tahu ‘struggle’ saya selama ini
Jelasnya lagi, mereka tahu dirinya sering berulang-alik ke hospital sehinggakan anak sanggup tidak pergi ke sekolah disebabkan tiada sesiapa mahu menghantarnya
“Walaupun dia tahu kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah kerana tiada siapa yang dapat hantar
“Mereka tahu perkara ini.”jelasnya
Malas pening2kan kepala sebab mereka tak faham situasi
Namun begitu, pelatun lagu Tak Tercapai Akalmu itu mengatakan dirinya malas hendak mengambil peduli akan tuduhan yang dilemparkan oleh mereka itu
Bagi dirinya, dia menganggap mereka tidak memahami penderitaan yang terpaksa dialaminya selama lebih sepuluh tahun ini
“Saya menganggap orang seperti ini tidak membantu semasa saya sakit
“Jadi, mereka ini memang tidak tahu kesusahan saya macam mana,” terangnya lagi
Apa2 pun, saya dah maafkan mereka…
Mengulas lanjut, Elyana memberitahu diirnya sudah memaafkan semua pihak terutamanya warganet yang pernah membuat fitnah terhadap dirinya sebelum ini
sumber:Utusan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kelimerah.com/2022/06/elyana-kecewa-dituduh-rakan-baik-tipu.html