Eloklah Diadakan Prk Di Enam Kawasan Lompat Sokongan Itu


 
Setakat ini tiga daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang melompatkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bersedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan perlembaan parti itu pada 2 Mac ini membuatkan mereka tiada pilihan lain.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman.

Ini bermakna, ketiga-tiga Ahli Parlimen ini tidak mahu berpatah balik menyokong Bersatu dan PN yang telah memenangkan mereka sebagai Ahli Yang Berhormat pada PRU15 lalu.

“Daripada kami tarik balik sokongan (kepada Anwar) dan kembali menyokong pihak asal (BERSATU) yang tak boleh buat apa-apa, kami rela rakyat yang buat keputusan (melalui pilihan raya).

“Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengosongkan kerusi sekiranya ia kenyataan yang perlu diterima,” kata mereka.

Pokoknya, mereka tidak akan berganjak darioada memberi sokongan kepada Anwar yang telah diputuskan sebelum ini.

Berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber Bersatu, pindaan perlembagaan Bersatu yang akan dilakukan esok (2 Mac) hampir memberi tiada pilihan untuk enam Ahli Parlimen yang telah mengalihkan sokongan kepada Anwar itu.

Ia antara lain dikatakan menetapkan seseorang Ahli Parlimen yang merupakan ahli Bersatu tidak dibenarkan memberi sokongan kepada pihak lain selagi mereka masih ahli parti, melainkan perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Untuk mengelakkan daripada tergugur sebagai Ahli Parlimen, ia hanya boleh dilakukan dengan mereka kembali bersama Bersatu dan PN.

Dalam hal ini, kenyataan tiga Ahli Parlimen berkenan yang sedia mengosongkan kerusi mereka adalah suatu langkah terpuji.

Diharapkan selepas 2 Mac nanti, mereka tidak berlengah lagi berbuat demikian sebagai mengotakan apa yang telah dijanji itu.

Jangan pula nanti janji dicapati lagi dengan macam-macam alasan dan hujah rekaan.

Sebaiknya tiga lagi rakan mereka – Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnanin Abdul Khalid, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkafperi Hanapi yang turut mengalihkan sokongan kepada Anwar, sedia juga mengosongkan kerusi mereka.

Jika sudah begitu ketetapan pindaan perlembagaan Bersatu, tambahan lagi mereka pun masih ahli Bersatu sehingga sekarang, terima sajalah keperluan mengosongkan kerusi itu dengan hati yang terbuka.

Daripada segi maruah sebagai pemimpin pun, dengan peralihan sokongan yang dilakukan itu, hanya dengan meletakkan jawatan dan kemudian bertanding semula saja yang dapat membersihkan nama mereka semula.

Kalah menang dalam pilihan raya kecil nanti, biarkan rakyat menentu dan mengadilinya.

Di waktu yang sama, daripada segi tafsiran pindaan perlembagaan yang dibuat Bersatu nanti, diharapkan juga Speaker Parlimen, Johari Abdul tidak membuat tafsiran yang lebih memihak kepada kerajaan semata-mata, meski perlantikannya ke jawatan itu diputuskan oleh PH dan Anwar.

Tafsiran mestilah dibuat berdasarkan keadilan dan untuk memelihara maruah Ahli-Ahli Parlimen bersama gelaran Ahli Yang Berhormat yang mereka sandang.

Lagi pula, sebagaimana PH sebelum ini mengecam hebat kumpulan Azmin Ali yang khianat melalui Langkah Sheraton, menyimpan “enam jahanam” ini tidak pun memberi markah tambahan kepada Anwar dan kerajaan perpaduan di mata rakyat.

Apa lagi sokongan yang diberi itu hanya demi mendapatkan peruntukan dan kerana kerana ada kelompongan dalam akta lompat parti.

Maka, lebih baiklah ada pilihan raya kecil dan PH/BN mesti berusaha sebaik mungkin untuk merampas enam kawasan terbabit melalui cara yang sah lagi dihormati.

Jika PH/BN gagal sekali pun menang dalam semua enam pilihan raya kecil itu nanti, setidak-tidaknya semua sokongan yang bersama Anwar adalah asli yang masuk memberi sokongan melalui pintu depan, sekaligus meletakkan kerajaan madani lebih dihormati. – ShahbudinHusin 01/03/2024.





 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/eloklah-diadakan-prk-di-enam-kawasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daripada Enam Kerusi Lompat Satu Daripadanya Sangat Berpotensi Dirampas Semula Maka Biarkan Saja Ada Prk

Daripada Enam Kerusi Lompat Satu Daripadanya Sangat Berpotensi Dirampas Semula Maka Biarkan Saja Ada Prk

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 298 hits
Melalui perhimpunan agung khas yang diadakan petang tadi pindaan perlembagaan Bersatu untuk menghalang Ahli Ahli Parlimennya mengalih sokongan secara individu kepada pihak lain berjaya diluluskan secara sebulat suara Pindaan itu mewajibkan ...
Lirik Lagu Masihkah Ada Rasa Itu Misha Omar

Lirik Lagu Masihkah Ada Rasa Itu Misha Omar

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 391 hits
Dalam cinta yang terindahAdanya dirimu yang memeluk erat jiwakuKusangka indah selamanyaCinta sampai hujung nyawaDia merubah kisah kitaMesti hati ini masih mengharapkan kamu hadir kembali dan meluah apa yang terjadiAku masih dengan cerita ya...
Adakah Menginap Di Homestay Itu Bagus

Adakah Menginap Di Homestay Itu Bagus

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 158 hits
Menyingkap Keajaiban Penginapan di Homestay Panduan MenyeluruhMenginap di homestay menjadi pilihan popular dikalangan pelancong moden hari ini Tetapi adakah pengalaman ini benar benar memuaskan Mari kita terokai dengan lebih mendalam Pengal...
Riya Itu Syirik Kecil

Riya Itu Syirik Kecil

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 191 hits
Daripada Mahmud bin Labid Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil Para Sahabat bertanya apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah Nabi saw bersabda Itulah Riya Allah S...
Pas Adalah Benteng Terakhir Melayu Oleh Itu Pas Harus Dipecahkan

Pas Adalah Benteng Terakhir Melayu Oleh Itu Pas Harus Dipecahkan

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 240 hits
bebasnews myBy 28 02 2024 Mereka kini menyerang pula ke arah Pas dari pelbagai sudut dengan menggunakan jari jemari orang Melayu sendiri Gambar hiasan Foto via GoogleSEMASA saya menulis buku Cuit Dilema Melayu Baru pada 2013 saya menyebut M...
Apa Itu Kad Pengenalan Haiwan

Apa Itu Kad Pengenalan Haiwan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 299 hits
Apa itu Kad Pengenalan Haiwan Beberapa minggu lepas cik en berkesempatan untuk kursus Pet Passport di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Putrajaya Dari hilang segala nota cik en nak kongsikan dengan korang dan juga sebagai sim...
Taat Pada Pemimpin Itu Sifat Muslim Sejati

Taat Pada Pemimpin Itu Sifat Muslim Sejati

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 261 hits
Nabi juga berpesan supaya berhati hati dengan Bahkan Nabi mewajibkan supaya kita mentaati pemerintah walaupun atas perkara yang tidak kita sukai selagi tidak diarahkan melakukan perkara mungkar Titah Tuanku Sultan Selangor tu memerintahkan ...
Asyik Bawa Watak Lelaki Baran Shukri Yahaya Tak Kisah Marah Yang Saya Lakonkan Itu Adalah Perasaan Diri Sendiri

Asyik Bawa Watak Lelaki Baran Shukri Yahaya Tak Kisah Marah Yang Saya Lakonkan Itu Adalah Perasaan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 235 hits
Sedar tak sedar pelakon Shukri Yahaya sebenarnya banyak membawakan watak seorang lelaki yang pemarah atau panas baran kan nbsp var currentUrlTwo window location hostname window location pathname console log var vi
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord