Daripada Enam Kerusi Lompat Satu Daripadanya Sangat Berpotensi Dirampas Semula Maka Biarkan Saja Ada Prk




Melalui perhimpunan agung khas yang diadakan petang tadi, pindaan perlembagaan Bersatu untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimennya mengalih sokongan secara individu kepada pihak lain berjaya diluluskan secara sebulat suara.


Pindaan itu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan di mana melalui perbuatan mengalihkan sokongan itu, keahlian mereka dikira terbatal secara automatik.


Usul pindaan yang dikemukakan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja itu adalah selari Perkara 49A Perlembagaan atau merujuk kepada Akta Anti Lompat Parti.


Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin berkata, selaras pindaan perlembagaan yang diluluskan, keahlian Ahli Parlimennya yang mengalih sokongan akan terbatal secara automatik.


“Maknanya dia tidak akan jadi ahli dan kerusi itu kosong. Bila kosong akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maka pilihan raya kecil bagi kerusi yang terlibat itu akan diadakan,” katanya.


Beliau bagaimanapun menambah, selepas pindaan itu dikuatkuasakan dan mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS, pihaknya akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen yang telah mengalih sokongan kepada kerajaan madani untuk mendapat kepastian mengenai pendirian sebenar mereka.


“Kita tanya balik, kamu kata kamu ahli Bersatu tetapi kamu sokong belah sana. Jadi mengikut pindaan perlembagaan yang telah diluluskan, itu adalah perbuatan salah,” katanya lagi.


Mahiaddin juga berharap Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul tidak “berdolak-dalik” apabila Bersatu nanti menyerahkan notis pengosongan kerusi di enam kawasan Parlimen terbabit.


Berdasarkan beberapa tulisan sebelum ini, saya berulang kali menegaskan, secara prinsipnya, Ahli Parlimen yang belot daripada parti yang menjadikan mereka Ahli Parlimen memang wajib mengosongkan kerusi yang sedang diduduki.


Mandat memilih Ahli Parlimen baru mesti dikembalikan kepada rakyat atau pengundi membuat pilihan semula atas pembelotan yang telah dilakukan.


Berkaitan isu ini, enam Ahli Parlimen berkenaan tidak perlu lagi berlawan hujah untuk terus mempertahankan kerusi Ahli Parlimen mereka kerana tindakan itu tidak ubah seperti mempertahankan kebatilan.


Tanyalah diri sendiri, bermoralkah perbuatan mereka mengalih sokongan sebelum ini dan kemudian selepas Bersatu meminda perlembagaan, masih juga lagi ingin mempertahannnya?


Jadilah pemimpin yang bermaruah sedikit, kosongkan saja kerusi tanpa banyak alasan dan serahkan kepada pengundi membuat pilihan semula.


Kepada PH yang kini mengetuai kerajaan madani, mereka juga hendaklah ingat bahawa Akta Anti Lompat Parto adalah perkara yang diperjuangkan gabungan itu dan Anwarlah yang berjaya meniadikannya realiti sebagai syarat menyokong kepimpinan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sebelum ini.


Untuk itu, pindaan perlembagaan yang dilakukan Bersatu adalah selaras dengan Akta Anti Lompat Parti yang diperjuangkan Anwar dan seharusnya tiada masalah untuk diberikan sokongan.


Caranya ialah dengan RoS meluluskan pindaan tersebut tanpa banyak soal dan sekiranya Bersatu menghantar notis kekosongan enam kerusi berkenaan, Speaker Parlimen haruslah juga bersetuju dengannya.


Biar diadakan semula pilihan raya kecil di enam kawasan Parlimen tersebut.


Hanya dengan cara demikian nama Anwar dan kerajaan yang dipimpinnya terpelihara daripada segi kewibawaan dan benar-benar dilihat menolak amalan, sama ada lompat parti atau lompat sokongan.


Lagi pula, sokongan enam Parlimen Bersatu itu kepada Anwar dan kerajaan bukanlah sokongan yang asli, selain tanpa mereka pun, kedudukan kerajaan sudah cukup stabil dengan 148 Ahli Parlimen tidak goyang lagi di belakangnya.


Hakikatnya, tanpa enam Ahli Parlimen berkenaan, Anwar masih boleh bertahan sebagai Perdana Menteri dengan selesa sehingga PRU16 akan datang.


Yang lebih penting lagi, jika diadakan PRK pula, yang akan bertanding di keenam-enam kawasan Parlimen itu nanti ialah UMNO dan bukan PKR atau PH.


Ertinya, Anwar dan PH tidak tercalar walau sedikiy pun melalui PRK yang bakal diadakan itu.


Begitu pun, meski UMNO yang akan bertanding, daripada enam kawasan itu, salah satu daripanya iaitu Gua Musang sangat berpotensi untuk dirampas semula jika calon yang diletakkan adalah Tengku Razaleigh Hamzah.


Pada PRU15 lalu, Fengku Razaleigh hanya tewas 163 undi kepada calon Bersatu/PN, Mohd Azizi Abu Naim.


Dengan demikian, bukankah lebih menguntungkan UMNO, rakan kongsi PH sendiri, jika PRK dapat diadakan semula? – ShahbudinHusin 02/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/02/daripada-enam-kerusi-lompat-satu-daripadanya-sangat-berpotensi-dirampas-semula-maka-biarlah-ada-prk.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/daripada-enam-kerusi-lompat-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eloklah Diadakan Prk Di Enam Kawasan Lompat Sokongan Itu

Eloklah Diadakan Prk Di Enam Kawasan Lompat Sokongan Itu

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 146 hits
Setakat ini tiga daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang melompatkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersedia untuk mengosongkan kerusi masing masing jika pindaan perlembaan parti itu pada 2 Mac ini membuatkan mereka t...
Bersatu Tuntut Prk Semula Kosongkan Kerusi 6 Mp Paling Tadah

Bersatu Tuntut Prk Semula Kosongkan Kerusi 6 Mp Paling Tadah

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 152 hits
Bersatu berusaha mengosongkan enam kerusi parlimen yang dipegang anggota parti itu yang baru baru ini mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pihaknya bercadang untuk menyer...
Gila Lah Sekolah Ni Seorang Guru Saja Ajar Satu Sekolah Dari Tadika Sampai Darjah 5

Gila Lah Sekolah Ni Seorang Guru Saja Ajar Satu Sekolah Dari Tadika Sampai Darjah 5

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 180 hits
Sekolah rendah di kawasan terpencil yang hanya memiliki seorang guru untuk mengajar semua mata pelajaran adalah perkara yang biasa di Thailand tetapi bagi sebuah sekolah yang terletak hanya tujuh kilometer dari ibu kota wilayah timur laut N...
Hiburan Ajl38 Ini Satu Perasaan Yang Sangat Pelik Amir Jahari

Hiburan Ajl38 Ini Satu Perasaan Yang Sangat Pelik Amir Jahari

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 233 hits
Penyanyi dan juga juara Anugerah Juara Lagu ke 38 Amir Jahari mengakui masih berasa pelik dengan kemenangannya pada malam tadi Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Jahari 32 perasaan itu mungkin disebabkan pertama kali dalam seumur ...
Kata Penganalisis Bersatu Mungkin Hilang 2 Kerusi Jika Prk

Kata Penganalisis Bersatu Mungkin Hilang 2 Kerusi Jika Prk

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 128 hits
Nora MahparSuhaili Abdul Rahman dan Syed Abu Hussin dikatakan berkemampuan mempertahankan Labuan dan Bukit Gantang sekiranya PRK diadakan PETALING JAYA Dua daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dik...
Evolusi Perjuangan Satu Sorotan Semula

Evolusi Perjuangan Satu Sorotan Semula

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 155 hits
BANYAK SANGAT ERA PERJUANGAN PARTI YANG BERKAWAN SEMUA KENA K3NCING NGAN LEBAI DEPA JA BETUL ORANG LAIN TAK BETUL BELAKA 1 Era sebelum 2015Kami mahukan sebuah negara Islam negara yang terlaksana di dalamnya undang undang syariah yang sepenu...
Video Isi Pembicaraan Jokowi Dan Surya Paloh Akan Sangat Bermanfaat Bagi Politik Negara

Video Isi Pembicaraan Jokowi Dan Surya Paloh Akan Sangat Bermanfaat Bagi Politik Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 120 hits
Presiden Jokowi blak blakan isi pembicaraan dengan Ketua Umum Nasdem Surya Paloh kemarin
Dah Tak Tahan Sangat Pertama Kali Dalam Sejarah Peminat Buang Air Besar Di Acara Anugerah Muzik

Dah Tak Tahan Sangat Pertama Kali Dalam Sejarah Peminat Buang Air Besar Di Acara Anugerah Muzik

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 260 hits
Seorang peminat tular di media sosial selepas dia membuang air besar di tengah tengah acara Anugerah Muzik Hanteo berdekatan dengan tempat duduk penyanyi idola ARTIKEL BERKAITAN Disebabkan itu kebanyakan penyanyi idola K Pop telah dilihat m...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord