Elok Lihat Dulu Pekung Kudis Bersatu Kata Pemuda Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 12, 2022 11:57 AM
Pemuda Umno, hari ini membidas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa bahawa pemimpin Umno yang rakus untuk berkuasa sedang mencetuskan ketidakstabilan politik dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob

Dalam satu kenyataan, bendaharinya, Johari Yazid berkata, ketidakstabilan adalah kerana kerajaan menjadi haru-biru dengan pentadbiran yang kacau-bilau kerana walaupun diterajui Umno, namun sebahagian besar anggota jemaah menteri adalah dari Bersatu.

“Malah jika diperhatikan senarai menteri dan timbalan menteri, kita akan dapat menyaksikan bahawa satu pertiga dari barisan kabinet diisi oleh kepimpinan Bersatu,” katanya.

Johari berkata, kemelut politik dalam kerajaan hari ini dicetuskan oleh Bersatu yang sering mendesak Ismail Sabri untuk menamakan timbalan perdana menteri dari parti mereka.

Ini kerana kepemimpinan Bersatu khuatir bahawa mereka semakin hilang cengkaman pengaruh.

“Tindakan kepimpinan Bersatu yang kerap mengugut menarik sokongan dari kerajaan pimpinan Ismail Sabri setiap kali tuntutan parti itu tidak dipenuhi, menggambarkan betapa Bersatu sememangnya sebuah parti yang korupsi dan gila kuasa kerana mahu kerajaan sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak mereka,” katanya.

Justeru, Johari berkata sebelum Wan Ahmad Fayhsal mahu menyelar kepimpinan Umno sebagai rakus kuasa, elok kiranya dia melihat dahulu “pekung, kudis dan sopak yang bersarang pada tubuh partinya sendiri.”

“Apatah lagi sebilangan pemimpin Bersatu sendiri gagal mempamerkan sebarang track record yang baik untuk membuktikan mereka layak berada dalam kerajaan.

“Malah di waktu rakyat sedang bergelut dengan krisis bekalan makanan haiwan ternakan, kenaikan harga barangan asas, kekurangan bekalan minyak masak dan penurunan harga minyak sawit dunia; kepimpinan Bersatu pula sibuk mengasak PM untuk menamakan pemimpin mereka sebagai calon TPM.

“Bukankah tindakan ini menunjukkan betapa Bersatu sebuah parti yang tamak kuasa?” soalnya.

Johari seterusnya menjelaskan mengapa Umno mahu pilihan raya umum ke-15 diadakan secepat mungkin kerana menyedari bahawa pentadbiran Ismail Sabri ketika ini sangat rapuh.

“Mengapa Wan Ahmad Fayhsal dan Bersatu perlu khuatir untuk berhadapan PRU sehingga sanggup menggunakan pelbagai alasan agar tempohnya ditunda sehingga tarikh matang?

“Seandainya rakyat merasakan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sebagai pilihan terbaik dalam PRU nanti, maka Umno dan BN akan sentiasa berlapang dada untuk menerima, asalkan kerajaan yang dibentuk benar-benar mendapat mandat dari rakyat,” katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan Wan Fayhsal sebagai berkata kumpulan minoriti dalam Umno seolah-olah ‘sakit mata’ melihat kestabilan yang diusahakan oleh Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin, sebelum ini.

Dia juga dilaporkan berkata pilihan raya umum ke-15 perlu ditangguhkan kerana kerajaan masih sibuk cuba membendung kesan akibat daripada pandemik Covid-19.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/elok-lihat-dulu-pekung-kudis-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elok Pm Lantik Dua Tpm Mahadzir Khalid Dari Umno Dan Seorang Lagi Dari Bersatu

Elok Pm Lantik Dua Tpm Mahadzir Khalid Dari Umno Dan Seorang Lagi Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 161 hits
Sama ada wujud atau tidak perjanjian untuk melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu beberapa perkembangan yang berlaku akhir akhir ini nampaknya menjadikan Ismail Sabri Yaakob tidak lagi punya banyak pilihan Pilihan paling wajar d...
Laaa Teruk Betoi Menteri Pas Kata Seorang Orang Umno Memang Betoi Pun

Laaa Teruk Betoi Menteri Pas Kata Seorang Orang Umno Memang Betoi Pun

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 330 hits
BOB KELANANGLAAA teruk betul la pemimpin UMNO kata menteri PAS adalah tidak membantu langsung masalah negara malah melabel menteri2 PAS sebagai menteri cap ayam WALAUN xmarah ker olamak2 PAS dihina sedemikian apa nak kisah sangat asalkan da...
Umno Bukan Nak Tadbir Negara Kata Dr Mahathir

Umno Bukan Nak Tadbir Negara Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 224 hits
agendaily com28 06 2022Tun Dr Mahathir Mohamad semasa diwawancara dengan Agenda Daily baru baru ini di pejabatnya Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya Bekas Perdana Menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kepemimpinan UMNO yang ha...
Umno Pas Dan Bersatu Menipu Rakyat

Umno Pas Dan Bersatu Menipu Rakyat

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 310 hits
Nampaknya Umno PAS dan Bersatu banyak menipu rakyat Apa yang on the surface berbeza dengan apa yang behind the scene Mereka perlu lebih tulus dan ikhlas dan juga bagitahu rakyat apa sebenar yang sedang berlaku
Seramai 50 Orang Ahli Armada Parti Bersatu Temerloh Keluar Parti Bertindak Sertai Umno

Seramai 50 Orang Ahli Armada Parti Bersatu Temerloh Keluar Parti Bertindak Sertai Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 187 hits
TEMERLOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Temerloh hari ini menerima tamparan apabila seramai 50 orang yang terdiri daripada ahli Angkatan Bersatu Anak Muda tampil beramai ramai untuk menyertai UMNO Lebih menarik mereka yang diketuai...
Ismail Presiden Umno Pru Belum Mana Datang Senarai Baharu Kata Ahmad Maslan

Ismail Presiden Umno Pru Belum Mana Datang Senarai Baharu Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 226 hits
Poster saf kepimpinan Umno yang didakwa akan berlaku selepas pemilihan parti itu mula tersebar dan mendapat perhatian setiausaha agung parti Ahmad Maslan PETALING JAYA PRU belum pemilihan belum mana datang senarai baharu itu maklum balas Se...
Nur Jazlan Bersatu Wielding Ros Against Umno

Nur Jazlan Bersatu Wielding Ros Against Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 232 hits
Datuk Nur Jazlan Mohamed accused RoS of intentionally withholding its approval for Umno s amendment to its constitution which would let it further delay internal elections up to six months after the general election 8211 Bernama photo KUALA...
Bercakap Benar Satu Dosa Pemuda Umno

Bercakap Benar Satu Dosa Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 162 hits
Memecat seseorang tanpa sebab ITU mulia Bukankah Tajuddin hanya tunaikan permintaan Zahid untuk wartawan bertanya dia tentang isu pemecatan Apakah bagi PEMUDA UMNO pembohong penipu lanun korup ITU lebih mulia dari bercakap benar TAJUDDIN me...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya