Elaun Apm Patut Naik Kepada Rm80 Sehari Kata Zahid


 
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata walaupun dikira sebagai barisan kedua pertahanan negara anggota APM sering tampil di barisan hadapan mutakhir ini. (Gambar Bernama)
KAJANG: Elaun anggota sukarelawan Agensi Pertahanan Awam (APM) patut dinaikkan kepada RM80 sehari, berbanding RM40 pada masa ini, cadang Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, kadar elaun itu wajar dinaikkan, mengambil kira tugas serta tanggungjawab yang dipikul anggota terbabit, terutama dalam aspek pengurusan bencana.
Katanya, cadangan itu juga akan dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
“Saya lihat ada anggota dan pegawai APM sanggup ketepikan perayaan bersama keluarga untuk membantu mangsa ketika kejadian kebakaran (paip gas) di Putra Heights baru-baru ini,” katanya.
“Saya mahu peranan APM diiktiraf dan elaun yang diberikan untuk kerja sukarela hanya RM40 sehari. Saya sudah berbincang agar disamaratakan (elaun) dengan sukarelawan lain, iaitu sebanyak RM80 sehari.”
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Bulan Pertahanan Awam Tahun 2025 di Ibu Pejabat APM, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Sejak 2023, anggota sukarelawan APM memperoleh elaun harian sebanyak RM40, berbanding cuma RM5 sejak 1970.
Zahid hari ini menegaskan, walaupun dikira sebagai barisan kedua pertahanan negara, anggota APM sering tampil di barisan hadapan mutakhir ini, termasuk susulan bencana di Putra Heights.
Walaupun kejadian berlaku pada Hari Raya kedua, katanya, pegawai dan anggota APM antara yang paling awal tiba di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, beliau memuji kecemerlangan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) yang terlibat dalam misi bantuan mangsa gempa bumi Myanmar.
“Pasukan Smart antara pasukan mencari dan menyelamat khas ternama di Asia selain Jepun. Di seluruh Asean, hanya Malaysia ada pasukan Smart.
“Mereka telah mengharumkan nama negara di Myanmar. Saya telah meminta untuk mereka semua diberi sijil penghargaan,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/elaun-apm-patut-naik-kepada-rm80-sehari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Jumpa Di Mahkamah Kata Zahid Kepada Dr Mahathir

Kita Jumpa Di Mahkamah Kata Zahid Kepada Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 521 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dia akan menjawab di mahkamah berhubung dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa dirinya berjumpa dengan bekas perdana menteri itu untuk membincangkan kes jenayah yang dihadapinya Ini susulan mahk...
Kesian Hang Dalam Malaysia Ni Nama Ratu Hang Soqang Saja Tak Cerdik Sanusi Kata Hangpa Bodow

Kesian Hang Dalam Malaysia Ni Nama Ratu Hang Soqang Saja Tak Cerdik Sanusi Kata Hangpa Bodow

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 200 hits
Ratu Naga disekolahkan orang Perak lepas dakwa lagu Negaraku dinyanyi dalam MandarinHarapandailyApril 5 2025Penyokong pro pembangkang Ratu Naga disekolahkan ramai selepas mendakwa murid di sebuah sekolah di Perak menyanyikan lagu Negaraku b...
Saman Src Rm16 Juta Adalah Derma Sudah Belanja Kata Umno

Saman Src Rm16 Juta Adalah Derma Sudah Belanja Kata Umno

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 175 hits
SRC International dan dua anak syarikat menuntut RM16 juta yang didakwa dipindah secara salah kepada Umno dengan menegaskan parti itu tidak mempunyai asas menerima dana itu PETALING JAYA Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu RM16 juta dit...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Jangan Timbulkan Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vitamin Saraf B Complex Plus With Folic Asid

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

I M Muhyiddin S No 1 Supporter Hamzah Declares Amid Poison Pen Letter Claims