Saman Src Rm16 Juta Adalah Derma Sudah Belanja Kata Umno


 
SRC International dan dua anak syarikat menuntut RM16 juta, yang didakwa dipindah secara salah kepada Umno dengan menegaskan parti itu tidak mempunyai asas menerima dana itu. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu RM16 juta diterima Umno daripada Jendela Pinggiran Sdn Bhd (JPSB) adalah kekal sebagai derma atau sumbangan kepada parti politik itu bagi melaksanakan aktiviti parti, program amal, dan kebajikan rakyat.
Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan, berkata dalam rekod Umno sejak April 2015, tiada sebarang aduan, bantahan atau tuntutan diterima parti itu berkenaan dengan penerimaan RM16 juta tersebut.
“Hanya selepas lebih enam tahun, tuntutan ini dibuat terhadap Umno oleh plaintif-plaintif yang mendakwa bahawa RM16 juta itu diserahkan kepada Umno secara salah dan penipuan (fraud) akibat pelanggaran kewajipan dan pecah amanah oleh bekas pengarah-pengarah plaintif-plaintif,” kata saksi defendan itu mewakili Umno, menurut Bernama.
Beliau berkata demikian menerusi pernyataan saksinya pada perbicaraan kes saman difailkan SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya – Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd (JPSB) terhadap Umno dan Umno Selangor pada Mei 2021.
Menurut Sumali, plaintif-plaintif dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), termasuk pengarah-pengarahnya atau wakil-wakilnya, juga tidak pernah hadir atau terlibat dalam setiap aktiviti dan program yang telah dianjurkan dan dilaksanakan Umno.
“Dalam rekod Umno, tidak ada sebarang surat-menyurat antara plaintif-plaintif atau IPSB dengan Umno. Oleh itu, RM16 juta itu kekal sebagai derma atau sumbangan kepada Umno.
“Atas alasan ini, Umno tidak ada sebab untuk meragui atau mengkhuatiri derma dan sumbangan yang diterima daripada JPSB, yang mana Umno juga menerima derma dan sumbangan daripada pelbagai pertubuhan korporat lain sebelum ini,” jelasnya.
Sumali berkata, Umno juga tidak langsung mempunyai pengetahuan RM16 juta berkenaan diserahkan kepada Umno bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerana perkara itu tidak pernah dimaklumkan kepada Umno dan tidak dicatat di mana-mana surat-menyurat atau dokumen dalaman Umno.
“Derma dan sumbangan yang diterima daripada JPSB ini pada April 2015 telah pun dibelanjakan oleh Umno bagi penganjuran dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti serta program amal dan kebajikan untuk rakyat.
“Adalah jelas, tuntutan plaintif-plaintif sebenarnya adalah terhadap bekas pengarah-pengarahnya dan IPSB, bukannya Umno,” katanya.
Pada prosiding hari ini, peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili Umno, manakala plaintif diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli.
Dalam saman terhadap Umno, plaintif menuntut RM16 juta, yang mereka dakwa telah dipindahkan secara salah kepada parti politik itu dengan menegaskan bahawa Umno tidak mempunyai asas untuk menerima dana itu.
Saman kedua melibatkan tuntutan RM3.5 juta terhadap Umno Selangor yang juga didakwa telah menerima dana tersebut.
Perbicaraan di hadapan Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/saman-src-rm16-juta-adalah-derma-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Harus Stop Tren Edit Foto Ala Studio Ghibli Ini Kata Hayao Miyazaki

Netizen Harus Stop Tren Edit Foto Ala Studio Ghibli Ini Kata Hayao Miyazaki

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 244 hits
Tren edit foto Ghibli AI dinilai cukup meresahkan mengingat perjuangan Hayao Miyazaki yang menghabiskan hidupnya untuk seni
Dengar Kata Delete Dah Video Ada Yang Nak Bayar Balik Rm 100 Mp Permatang Pauh Bagi

Dengar Kata Delete Dah Video Ada Yang Nak Bayar Balik Rm 100 Mp Permatang Pauh Bagi

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 192 hits
Pak Ya SiamTengok mata kuning macam ada penyakit hati hahaha Barua Fawwaz la tu trooper fawwaz MATA KUNING SAKIT HATI TAK PA KOT AMBIK BARANG CUBA BAWA PI URIN TENGOK IKWAN RAZAK Siapa boleh bantu saya Tolong sampaikan hajat saya nak bayaq ...
Berbeza Jangan Sampai Serang Peribadi Kata Salleh

Berbeza Jangan Sampai Serang Peribadi Kata Salleh

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 97 hits
Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata kejayaan politik bukan hasil kerja seorang individu PETALING JAYA Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak menyeru kepada perpaduan dalam parti sambil menegaskan kejayaan parti politik bergantu...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada