Hiburan Seronok Santai Di Rumah Lama Lama Awas 6 Tabiat Ini Boleh Buat Kulit Wajah Meragam


Punyalah lama duduk di dalam rumah sebab arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sampaikan dah tak ingat tarikh dan hari langsung. Seronok betul dapat berguling sakan tanpa perlu memikirkan masalah nak padankan pakaian dan jenis solekan apa untuk keluar rumah.
Malah ramai yang menyangka bahawa kulit wajah pasti akan gebu bak kulit pau tebal dek tak terdedah dengan cahaya matahari yang melampau dan anasir di persekitaran luar yang boleh merosakkan permukaan wajah.
Tapi kalau anda nak tahu, ada banyak tabiat tidak baik ketika duduk santai di rumah yang sebenarnya dalam diam boleh menyebabkan kulit merajuk dan buat perangai. Yang mana satu anda boleh relate?
Langsung tak nampak bayang matahari

Mungkin anda dah terbayang kulit wajah yang mulus kerana terperap sahaja dalam bilik bak Rapunzel tetapi itu hanyalah angan-angan semata! Memang mengejutkan tetapi jikalau langsung tidak meluangkan masa di luar rumah, kemungkinan besar kulit anda akan mengalami dehidrasi lantas memudahkan jerawat datang menyerang. Jangan mengeluh apabila melihat cermin dan wajah anda mula kelihatan kusam dan kering. Sedih!
Stres terperap buat kulit merajuk

Siapa tak gembira dapat lepak di dalam rumah sahaja dan tak perlu bersusah-payah untuk pergi kerja mahu pun kuliah. Rasa macam dunia ini kita yang punya! Tetapi apabila terperap di rumah dengan aktiviti yang terhad untuk tempoh yang panjang, sudah pasti anda akan mula berasa tertekan. Disebabkan stress kerana mahu melihat semula dunia luar dan kembali kepada norma biasa, ia akan menyebabkan kulit muka menjadi bermasalah kerana turut terkesan dengan tekanan anda. Dah cukup stress, makin tertekan apabila melihat taburan jerawat di sekitar kulit wajah!
Sibuk makan makanan ‘viral’, wajah pun ‘viral’ dengan masalah
kredit – Asian Food Network
Sejak semua orang banyak masa di rumah, macam-macam idea ‘ciptaan’ yang tak pernah difikirkan mula dibuat. Antaranya ialah Dalgona Coffe yang nampak lazat kerana bancuhan kopinya yang likat ditambah pula dengan susu pekat. Umphh! Kalau anda nak tahu, apabila kandungan gula dalam darah mula meningkat, ia boleh menyebabkan penyakit kulit meneruk. Dalam keseronokan anda menikmati minuman penuh gula itu, sekumpulan jerawat juga sedang berseronok kerana dah tak sabar nak bertapak di wajah anda. Keseronokan yang membawa padah!
Waktu tidur bercelaru
kredit Healthline
Bayangkan kini kesemua 24 jam itu dimiliki oleh anda tanpa sebarang komitmen lain. Mulalah nak marathon drama kegemaran tak kisahlah daripada Korea atau pun Amerika, sampai waktu tidur menjadi mangsa keadaan dek nak habiskan satu musim drama sekali tengok sahaja. Tapi jangan terkejut kalau wajah anda dipenuhi dengan jerawat dan nampak kusam tahu. Bukan sahaja waktu tidur sekejap berubah ke petang, sekejap kembali ke malam sahaja yang menyebabkan masalah ini, bahkan tempoh rehat yang kian berkurang juga akan membuatkan kulit anda menghadapi dehidrasi dan ia akan merangsang proses penuaan. Tidak!
Senaman tinggal kenangan
kredit Business Insider
Bila dah syok bermalasan di rumah, jangan kata buat rutin senaman selama 30 minit sehari, nak bergerak ke tandas pun kena ada orang lain tolong heretkan. Walaupun duduk terperap di rumah, ia bukanlah alasan untuk anda duduk keras kejung tanpa bergerak langsung. Senaman ringan sebenarnya mampu untuk rangsang badan anda supaya bekerja. Bukan sahaja kulit anda kekal lembap dan sihat bahkan hormon yang dirembes oleh aktiviti tersebut boleh buatkan anda ceria dan bersemangat.
Asyik berulang kali bersihkan diri

Membersihkan wajah dan badan berulang kali bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada dikerumuni bakteria dan virus. Silap hari bulan, kulit anda jadi kering dan bersisik kerana sabun yang dipenuhi dengan bahan kimia telah menghakis keluar minyak semula jadi pada permukaan kulit. Bukannya makin sihat, nanti semakin teruk pula kulit apabila asyik dilumurkan dengan sabun berpuluh kali sehari.
Apa Kat Cuba “Hilangkan” Stress dan Kekal berseri dan sihat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Perubahan gaya hidup mungkin akan menyebabkan wajah anda turut menerima impaknya. Tak perlu gunakan pelbagai produk penjagaan daripada jenama yang berlainan bagi memastikan kulit wajah kekal berseri sepanjang berada di rumah ketika ini. Nah! Cetaphil Gentle Skin Cleanser hadir sebagai penyelamat kepada dilema kulit kering dan kusam disebabkan oleh pelbagai tabiat buruk yang menjejaskan kulit.

Nak tahu kenapa Cetaphil Gentle Skin Cleanser dicanang sebagai antara produk penjagaan yang baik bahkan menduduki tempat teratas sebagai produk penjagaan yang terjual banyak di hospital dan klinik? Ini kerana pembersih ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah yang berminyak, kering, kombinasi, sensitif dan senang berjerawat. Hebat!

Dek bebas sabun dan juga pewangi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit. Jangan terkejut tahu sebab pembersih ini mendapat pujian daripada pakar dermatologi kerana kemampuannya yang tiada tandingan.
Sebenarnya tak cukup sekadar mempraktikkan pelbagai langkah penjagaan kebersihan yang disarankan oleh pihak bertanggungjawab. Cetaphil Gentle Skin Cleanser merupakan pembantu yang paling ideal dalam mengawal kelembapan wajah supaya berseri dan nampak ‘hidup’. Bahkan seberapa kerap pun anda menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, ianya langsung tidak akan menanggalkan lapisan minyak semula jadi pada wajah anda. 99% daripada wanita juga bersetuju dengan kenyataan menakjubkan ini!

Selain daripada mengamalkan langkah penjagaan diri yang disarankan oleh doktor pakar seperti kerap membasuh tangan selama 20 saat pada setiap kalinya, apa kata anda masukkan juga pembersihan wajah dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ke dalam rutin tersebut. Bukan sahaja amalkan ketika berada di rumah kini, malahan rutin penjagaan ini boleh dikekalkan sampai bila-bila!

Pelakon Lisa Surihani pun dah tak pandang pembersih lain kerana jatuh cinta dengan keberkesanan Cetaphil Gentle Skin Cleanser selepas mula menggunakannya sejak mengandungkan anak kedua. Bak kata orang, cinta pandang pertama!
Kalau nak kulit wajah anda tampil berseri dan sihat seperti Lisa Surihani, sudah tiba masanya untuk anda pilih yang terbaik demi kebaikan wajah anda. Apa tunggu lagi? Dapatkan dengan pantas Cetaphil Gentle Skin Cleanser di farmasi berdekatan.

Tak boleh keluar sewenang-wenangnya kan? Apa susah, anda boleh miliki produk ini secara atas talian menerusi e-store rasmi Cetaphil di laman pembelian online popular iaitu Shopee dan juga Lazada.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk hebat ini, boleh layari laman web Cetaphil.
Amalkan penjagaan kulit wajah yang sihat bersama Cetaphil Gentle Skin Cleanser!




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://superterkini.blogspot.com/2020/05/hiburan-seronok-santai-di-rumah-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hitam Pun Boleh Jadi Putih Kenyataan Zulin Aziz Mengenai Warna Kulit Jadi Perdebatan Netizen

Hiburan Hitam Pun Boleh Jadi Putih Kenyataan Zulin Aziz Mengenai Warna Kulit Jadi Perdebatan Netizen

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 849 hits
Umum sedia maklum bahawa pengacara dan juga pelakon iaitu Zulin Aziz telah melalui transformasi yang mengagumkan apabila berjaya mengurangkan berat badannya sehingga berjaya menjadi ramping Hebat Dek ramai peminat yang meminta tips daripada...
Hiburan 5 Benda Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Dengan Unifi Sepanjang Pkp Ini

Hiburan 5 Benda Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Dengan Unifi Sepanjang Pkp Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 490 hits
Fuh Pejam celik pejam celik dah 3 bulan kita terpaksa duduk di rumah kerana PKP Memang boleh mati kutu dan kebosanan dibuatnya terutama jika tiada talian Internet yang pantas di rumah Ha Abang Nara bersyukur betul kat rumah nie dah lama ada...
Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya

Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 383 hits
Elakkan 10 Tabiat Penyebab Wajah Kelihatan Berusia Sebelum Waktunya Tiada siapa yang mahu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar Baik orang muda seawal pertengahan 20an apatah lagi yang sudah menjangkau 40an 50an memang bimbang bila acap...
Hiburan Nur Sajat Sediakan Rumah Baru Buat Keluarga Daif

Hiburan Nur Sajat Sediakan Rumah Baru Buat Keluarga Daif

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 342 hits
Sedih melihat keadaan insan yang kurang bernasib baik usahawan kosmetik terkemuka Nur Sajat tampil menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga susah dan golongan terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan kerana COVID 19 Sajat dalam pe...
Hiburan Memang Copy Paste Emma Maembong Dedah Wajah Ibu Semasa Muda Jadi Perhatian Netizen

Hiburan Memang Copy Paste Emma Maembong Dedah Wajah Ibu Semasa Muda Jadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 1178 hits
Semua pasti sedar bahawa Emma Maembong memang cantik dek kacukan daripada kedua ibu dan ayahnya Bagi yang tidak mengetahui pelakon cantik ini mempunyai darah kacukan Melayu dan Scotland memang tak dapat disangkal kecantikannya itu Bukan sah...
Macam Macam Benda Di Rumah Yang Dijaga Ketat Oleh Ibu Pokoknya Kita Nggak Boleh Pegang

Macam Macam Benda Di Rumah Yang Dijaga Ketat Oleh Ibu Pokoknya Kita Nggak Boleh Pegang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 380 hits
Namanya juga kebiasaan lucu ibu benda benda begini aja tingkat penjagaannya lebih ketat dibanding anak sendiri
Hiburan Nabil Mahir Dedah Kisah Wajah Alami Masalah Jerawat

Hiburan Nabil Mahir Dedah Kisah Wajah Alami Masalah Jerawat

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 472 hits
Berkongsi foto lama dirinya ketika berusia 20 tahun di laman Instagram pengacara Nabil Mahir mencuri tumpuan netizen Ia mendapat perhatian apabila Nabil difahamkan memuat naik fotonya yang dirakam pada tahun 2008 di mana wajahnya dilihat ti...
Hiburan Persediaan Sambut Aidilfitri Suram Luqman Faiz Akui Mahu Pakai Baju Raya Lama

Hiburan Persediaan Sambut Aidilfitri Suram Luqman Faiz Akui Mahu Pakai Baju Raya Lama

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 357 hits
Tidak membuat sebarang persediaan khusus bagi meraikan sambutan Aidilfitri penyanyi Luqman Faiz akui mahu pakai baju raya lama untuk beraya nanti Menurut Luqman persiapan itu dibuat secara sedehana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bers...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya