Elak Risiko Lsd Malaysia Gantung Import Lembu Kerbau Thailand


Bernama JPV menasihatkan pemain industri supaya melaporkan kepada pihak berkuasa veterinar berdekatan sekiranya terdapat lembu dan kerbau yang menunjukkan gejala jangkitan LSD.

Wabak LSD yang menjangkiti lembu di Thailand dikhuatiri bakal menyebabkan kerugian kepada penternak tempatan di Malaysia jika import haiwan itu diteruskan. Gambar: AP Malaysia menggantung serta-merta pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand selepas menilai risiko penularan penyakit lumpy skin disease (LSD) yang dilaporkan menular di lebih 41 wilayah di negara itu.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) ketetapan tersebut diambil bagi membendung risiko penularan penyakit LSD dari Thailand demi kepentingan industri penternakan ruminan negara.
“Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyeru semua pemain industri seperti pengimport, peraih dan penternak memberi kerjasama dengan membatalkan tempahan (sekiranya ada) dengan pihak pembekal lembu dan kerbau di Thailand,” menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.
Jabatan itu berkata pemain industri juga dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa veterinar negeri serta daerah berdekatan sekiranya terdapat lembu dan kerbau di ladang atau kandang menunjukkan gejala jangkitan LSD untuk tindakan kawalan dan pencegahan.
“Walaupun penyakit LSD tidak zoonotik iaitu tidak menjangkiti manusia tetapi memberi kesan ekonomi kepada industri penternakan ruminan dan kerugian akibat penurunan berat badan, penurunan pengeluaran susu, keguguran dan kemandulan pada ternakan yang terjangkit,” katanya.
Sebagai usaha membanteras kemungkinan penyeludupan lembu dan kerbau dari Thailand, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Agensi Kawalan Sempadan untuk mempertingkatkan kawal selia di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
Jabatan Kastam dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pula akan mempertingkatkan pemeriksaan di pintu masuk negara bagi menghalang kemasukan lembu dan kerbau dari Thailand, katanya.
Pada 2 Jun lepas, Pengarah Maqis Kedah P. Lily Rosalind dilaporkan berkata pihaknya telah mengesan penyakit LSD pada 42 ekor lembu yang diimport dari Thailand di stesen kuarantin dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Menurutnya, kesemua lembu itu adalah sebahagian daripada 1,434 ekor lembu yang diimport pada 26 April lepas dan menjalani tempoh kuarantin sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/elak-risiko-lsd-malaysia-gantung-import.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cap Gesa Sekat Import Lembu Hidup Dari Thailand Elak Penyakit Lsd

Cap Gesa Sekat Import Lembu Hidup Dari Thailand Elak Penyakit Lsd

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 270 hits
MALAYSIA NOW Wabak penyakit LSD yang menjejaskan haiwan ternak boleh berjangkit melalui nyamuk lalat dan kutu Wabak LSD yang menjangkiti lembu di Thailand dikhuatiri bakal menyebabkan kerugian kepada penternak tempatan di Malaysia jika impo...
Penyakit Lsd Pada Lembu Tidak Menjangkiti Manusia

Penyakit Lsd Pada Lembu Tidak Menjangkiti Manusia

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 362 hits
Oleh KUALA LUMPUR Penyakit Lumpy Skin Disease tidak menjangkiti manusia tetapi menyebabkan produktiviti ternakan itu menurun termasuk kemandulan pada lembu jantan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam kenyataan berkata penyakit itu dikesan m...
Malaysia Patut Contohi Thailand Dalam Melindungi Kedaulatan Raja

Malaysia Patut Contohi Thailand Dalam Melindungi Kedaulatan Raja

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 338 hits
Sampai bila penghinaan terhadap Raja Raja Melayu terus dibiarkan PENGHINAAN ke atas institusi Raja Raja Melayu termasuk pemimpin nombor satu negara Yang DiPertuan Agong sudah menjadi biasa Dahulu jarang sangat kedengaran Tetapi kini menjadi...
Malaysia To Cease All Imports Of Cattle From Thailand

Malaysia To Cease All Imports Of Cattle From Thailand

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 264 hits
An outbreak of lumpy skin disease has spread to some 41 provinces in Thailand PETALING JAYA Malaysia has immediately ceased all imports of cows and buffaloes from Thailand according to the veterinary services department This comes after an ...
Masih Wajarkah Safawi Rasid Amp Sumareh Berada Dalam Xi Malaysia Berdepan Thailand

Masih Wajarkah Safawi Rasid Amp Sumareh Berada Dalam Xi Malaysia Berdepan Thailand

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 248 hits
Tiga perlawanan sudah kita lalui secara meritnya di UAE dan satu aksi tidak rasmi kelibat Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh masih tidak dirasai sehingga kini Apa yang berlaku Masihkah perlu kita sandarkan harapan kepada mereka berdua yang ...
Cp Foods Singapore Kembali Import Produk Makanan Dari Kilang Thailand Terjejas Covid 19

Cp Foods Singapore Kembali Import Produk Makanan Dari Kilang Thailand Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 246 hits
SINGAPURA Charoen Pokphand Foods Singapore hari ini menyatakan ia kembali mengimport semula produk makanan dari kilangnya di Saraburi Thailand di mana terdapat penularan COVID 19 dalam kalangan ratusan pekerjanya di sana Demikian menuru
Siapa Kata Semua Rakyat Malaysia Menderita Disebabkan Covid 19

Siapa Kata Semua Rakyat Malaysia Menderita Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 332 hits
Profits double for Robert Kuok s PPB Group Robust demand for palm oil and sugar doubled the profits of PPB Group the company controlled by Malaysia s richest man Robert Kuok According to a Forbes report PPB s net profit rose to RM420 2 mill...
Skandal Lembaga Getah Malaysia Nazlan Sedia Disiasat

Skandal Lembaga Getah Malaysia Nazlan Sedia Disiasat

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 416 hits
Dato Ahmad Nazlan Idris Bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Dato Ahmad Nazlan Idris menyatakan beliau bersedia disiasat berikutan Skandal yang dibongkarkan sebuah NGO Nazlan turut menyatakan beliau tidak lagi menjadi Pengerusi LGM sejak ...
Malaysia Total Lockdown

Malaysia Total Lockdown

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 354 hits
1 June 2021Allahhuakbar segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam Tuhan yang maha pengasih dan penyayang kami mohon perlindunganMu dari segala bencana dan wabak ini perkongsian dari fb kak rose tepek kat sini buat peringatan diri sendiri t...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine