Malaysia Patut Contohi Thailand Dalam Melindungi Kedaulatan Raja


Sampai bila penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu terus dibiarkan?
PENGHINAAN ke atas institusi Raja-Raja Melayu, termasuk pemimpin nombor satu negara, Yang DiPertuan Agong (YDPA) sudah menjadi biasa.

Dahulu, jarang sangat kedengaran. Tetapi kini, menjadi kebiasaan. Lebih-lebih lagi sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.
Kita menjadi hairan kenapa ultra kiasu ini begitu berani sedangkan mereka tahu ada ada hukuman (walaupun tidak berat) bakal dikenakan?

Mesti ada perancangan tertentu di sebalik semua kejadian ini.

Cuba buat carian penghinaan terhadap raja Thailand, kita akan ketemu hukuman-hukuman yang dikenakan seperti penjara 6 tahun, 18 tahun, 20 tahun dan 43 tahun. Ada yang dikenakan sehingga 87 tahun.

Begitulah seriusnya negara lain menjaga institusi monarki mereka. Negara kita bagaimana?

Penghinaan bukan dibuat sekali dua, tetapi banyak kali. Seolah-olah tidak ada pengajaran yang diambil.

Penghinaan dilakukan dalam kalangan rakyat negara ini sendiri, bukan orang luar.

Kalau tengok media sosial dalam bahasa bukan Melayu dalam bahasa mereka, lagi teruk. Bukan main lagi mereka mencerca dan mengutuk.

Kenapa terus dibiarkan?
Jika ada yang ditangkap dan didakwa nanti, maka bertempeklah pejuang-pejuang hak asasi manusia dan ultra kiasu mahukan mereka dibebaskan tanpa syarat. Apakah budaya seperti ini patut dibiarkan?

Terbaharu, salah seorang pemimpin ultra kiasu Melayu dengan bukti yang nyata menghina Yang DiPertuan Agong. Media ultra kiasu melaporkan ahli parti sahaja, bagi tujuan mengendurkan dan menjaga nama baik parti itu.

Walhal sebenarnya individu itu sudah boleh dikategorikan sebagai pemimpin. Ini bukan pertama kali ahli/pemimpin parti ini berkelakuan sedemikian?

Apakah mungkin mereka turut bersekongkol untuk mewujudkan negara republik seperti ultra kiasu?

Apabila perkara ini tular, maka pemimpin tertinggi dengan segera berkata, itu bukan suara parti, itu suara individu.


Mudah sangat jawapannya kan? Untuk mengelakkan daripada setitik nila rosak susu sebelanga.

Ini bukan kali pertama mereka dalam kalangan pemimpin/ahli parti ultra kiasu ini mengeluarkan kenyataan menghina raja-raja Melayu. Saya tidak fikir mereka akan hina, jika ada ‘raja dalam kalangan bangsa mereka’. Malangnya, semua raja di negara asal usul sudah lenyap.

Kita tidak nafikan raja-raja perlu ditegur kerana mereka juga adalah manusia biasa, ada nafsu seperti manusia yang lain.

Kadangkala, mereka juga terlanjur akhlaknya, turut merebut kekayaan dan sebagainya, tetapi teguran biarlah beradab.

Kita tidak menafikan hak kebebasan bersuara seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, namun semua ada hadnya.

Saya (rakan-rakan lain) pernah mencadangkan diwujudkan undang-undang keras untuk mengekang penghinaan raja seperti undang-undang Lese Majeste di Thailand.

Namun, ada suara-suara sumbang berpendapat, kedudukan raja Melayu di Malaysia berbeza dengan raja Siam di Thailand.

Apa bezanya? Raja tetap raja. Semua itu sudah ditakdirkan.

Sampai bila penghinaan sebegini patut dibiarkan? Buatlah sesuatu yang boleh mengekang semua ini, dengan memberi pengajaran supaya mereka serik.

Perlu diingat, raja-raja Melayu adalah bukan sekadar pemimpin nombor satu negara, tetapi adalah satu simbol sejarah kedaulatan negara ini. Negara yang berakar umbikan Melayu, yang diperintah oleh raja-raja Melayu. Hilang raja, lenyaplah kedaulatan Islam dan Melayu.

Lebih unik lagi, pernah kita bertanya dan mencari jawapannya, kenapa kita ada sehingga sembilan raja-raja Melayu berbanding dengan negara-negara lain di dunia ini, yang ada hanya satu, tidak seramai kita?

Ini semua sejarah. Ultra kiasu tahu atau tidak semua sejarah ini? Jika jahil, mari kita ajarkan.

Adakah sejarah ini diajar di Sekolah Persendirian Cina. Kenapa kita ada seramai sembilan raja-raja Melayu, bukan satu? Benar, satu hanya akan dilantik sebagai YDPA setiap lima tahun.

Ultra kiasu tidak mahu semua ini, sebab mereka tidak mahu dikaitkan negara ini dengan identiti Melayu.

Justeru, sudah sampai masanya kita bertindak dengan menggubal undang-undang bagi mengenakan hukuman yang lebih keras.

Undang-undang dan peraturan sedia ada masih belum mencukupi untuk menghalang penghinaan ini.

Justeru, undang-undang baru perlu digubal bagi menangani dan membendung perbuatan yang langsung tidak mencerminkan rakyat Malaysia.

Saya merayu kepada pemimpin negara ini. Buatlah sesuatu.

Benda ini nampak kecil, kerana berupa penghinaan, tetapi implikasi sangat besar terhadap strategik licik ultra kiasu untuk merosakkan negara ini.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang meletakkan raja sebagai kuasa tertinggi, penghinaan kepada institusi raja hendaklah dilihat sebagai satu kesalahan besar dan tidak boleh dipandang remeh.

Jika tidak, pasti insiden seperti ini akan terus berulang dan berulang.

Kepada raja-raja Melayu, ampun Tuanku, patik mohon maaf jika terlanjur bicara. Patik pacal yang hina, hanya ingat berpesan, jagalah diri, jagalah keluarga, jagalah akhlak berpasakkan akhlak Islam.

InsyaAllah, selagi pasak itu ada, selagi itulah rakyat akan terus menjunjung kasih dan mempertahankan duli-duli Tuanku. Jika tidak, sukar bagi patik pacal yang hina untuk sama-sama mempertahankan apabila timbul lagi isu-isu sebegini.

Ingatlah, junjungan dan penghormatan itu datang daripada contoh teladan yang mulia. Contohilah akhlak Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat kerana itulah asas kesetiaan raja-rakyat, berpisah tiada.

Apa yang ditinggalkan Baginda dan para sahabat apabila telah tiada, melainkan akhlak mulia yang menjadi ikutan pemimpin-rakyat seterusnya.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/malaysia-patut-contohi-thailand-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amirudin Says Mbs Cms Excluded From Tomorrow S Nsc Meeting On Total Lockdown In Malaysia

Amirudin Says Mbs Cms Excluded From Tomorrow S Nsc Meeting On Total Lockdown In Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 407 hits
Selangor Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari speaks during a press conference in Shah Alam May 19 2021 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR May 20 Selangor Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said the National Security Council meeting...
Jom Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Kain Kayangan Norwex Malaysia

Jom Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Kain Kayangan Norwex Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 685 hits
Jom Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Kain Kayangan Norwex Malaysia Haisss akhirnya aku pun terjebak sama dengan kain kayangan dari Norwex Malaysia ni Dok tengok kengkawan post pasal kain ni kemain rancak sekarang ni dekat socmed masing mas...
Malaysia S New Covid 19 Infections Leap To 6 806 Beating Previous Day S Record High

Malaysia S New Covid 19 Infections Leap To 6 806 Beating Previous Day S Record High

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 380 hits
After recording a new high of 6 075 cases yesterday the Health Ministry said today new Covid 19 infections surged to a further 6 806 cases in the last 24 hour period In a tweet by Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sela...
Galak Menghentam Zionis Terlupa Bersarangnya Freemason Bersepah Dalam Malaysia

Galak Menghentam Zionis Terlupa Bersarangnya Freemason Bersepah Dalam Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 347 hits
Baguslah sudah ada kesedaran dalam kalangan umat Islam di Malaysia untuk menghentam kekejaman tentera Zionis yang tidak berhenti menghalau penduduk asal Palestin untuk mewujudkan negara haram Israel Namun dalam kelantangan mengecam semut di...
Cara Pembuangan Barang2 Terpakai Di Malaysia

Cara Pembuangan Barang2 Terpakai Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 431 hits
Assalamualaikum w b tSemalam ada yang bertanya tentang skip bin di Malaysia since ai tak duduk sana maka ai minta jasa teman2 maya untuk menjawab pertanyaan itu Tak sangka la pulak nama tong besar ni RORO jika di sana Selalunya contractor b...
10 Jenis Laksa Popular Yang Terdapat Di Malaysia Setiap Satu Ada Keunikan Tersendiri

10 Jenis Laksa Popular Yang Terdapat Di Malaysia Setiap Satu Ada Keunikan Tersendiri

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 958 hits
Laksa merupakan salah satu sajian tradisional signatur rakyat Malaysia dan menjadi menu mesti cuba bagi pelancong yang datang ke Malaysia kerana rasa dan keunikannya yang tersendiri Dalam Malaysia sahaja terdapat banyak versi dan jenis resi...
Malaysia Champiang Lagi

Malaysia Champiang Lagi

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 285 hits
COVID 19 MALAYSIA MEMBUKTIKAN KEHYBATANNYA MELONJAK DARI TANGGA KE 11 TERUS TOP 5 HYBAT HYBAT KERAT TAHNIAH Kejayaan melonjakkan diri ke kedudukan no 5 dunia ini harus DIBANGGAKAN oleh para Walaun cai haramjadah warganegara TAK BERGUNA yg m...
Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 377 hits
Penulisan kecil ini tiada sangkutan dengan mana mana parti politik tetapi sekadar pandangan dari penulis yang bukan ahli politik bukan ahli ekonomi atau sebarang pakar Ini ialah pandangan sebagai rakyat jelata yang melihat satu keadaan yang...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan