Elak Pupus Pupuk Belajar Jawi Di Kalangan Melayu Mulai Sekarang


Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar 30 tahun usaha perluas Jawi terbantut akibat permainan retorik
BANGI – Agenda memartabatkan tulisan Jawi perlu diperkembangkan dalam kalangan orang Melayu terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke peringkat negara.
Meskipun langkah berkenaan disifatkan sebagai terpuji, namun usaha itu sering kali terbantut kerana menerima bantahan daripada pelbagai pihak khususnya bukan Melayu.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, untuk memastikan tulisan berkenaan tidak mengalami nasib sama seperti tulisan Rencong, Kawi dan Pallava, orang Melayu wajar memainkan peranan aktif.
“Aktif di sini bermaksud kalau boleh semua orang Melayu terlibat dalam urusan tulisan Jawi khususnya dalam penggunaannya.
“Usaha itu harus bertenaga kerana kadang-kadang ia lebih kepada retorik maknanya tenaga serta perancangan pun kurang.
“Selain itu, saya kira tidak boleh cepat putus asa kerana dalam keadaan dunia yang moden dan tulisan Rumi itu begitu popular. Oleh itu, tidak boleh patah semangat dalam usaha nak melestarikan dan memartabatkan tulisan Jawi ini” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, sudah 30 tahun usaha untuk memartabatkan dan melestarikan tulisan Jawi ini berada ditakuk lama.
“Baru-baru ini pun kita nak perkenalkan tulisan Jawi dalam sekolah (vernakular) tengok bantahannya. Sama juga apabila hendak perkenalkan tulisan Jawi pada papan tanda di Pahang,” katanya.
Justeru, Prof Kok Seong menyarankan supaya strategi untuk memartabatkan tulisan Jawi diubah dan pada masa sama agenda di peringkat negara diteruskan.
“Kalau kita ubah sebagai agenda Melayu saya pasti (tulisan Jawi) akan bergerak dan tidak akan pupus pada masa terdekat bahkan akan berkembang.
“Oleh itu mulai sekarang, pupuk Jawi dalam kalangan Melayu. Peringkat negara boleh diteruskan tetapi yang kita nampak negara sahaja yang kita usaha,” katanya yang menggesa pemimpin Melayu terlibat sama.
Pada masa sama, Prof Kok Seong turut menyarankan orang Melayu melibatkan diri dalam ‘Kempen Hari Jumaat Hari Jawi’.
“Saya kira bagus sekali setiap hari Jumaat dinamakan hari Jawi. Di sini orang Melayu perlu main peranan aktif dan kalau boleh hantar mesej dalam media sosial pun menggunakan tulisan Jawi,” katanya.
Terdahulu, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tidak mustahil tulisan Jawi bakal mengalami nasib sama seperti tulisan Rencong, Kawi dan Pallava jika tidak diperbetulkan daripada sekarang, kerana ia semakin dilupakan.
Katanya, kekhuatiran itu mempunyai asas yang kuat kerana perkara itu sudah pun berlaku kepada tulisan Melayu lama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/elak-pupus-pupuk-belajar-jawi-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mulai Sekarang Kemenag Akan Pasok Materi Khutbah Jumat

Mulai Sekarang Kemenag Akan Pasok Materi Khutbah Jumat

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 333 hits
Kementerian Agama pada Selasa mengatakan akan memasok materi khutbah Jumat sebagai bagian dari upaya mendukung peningkatan kualitas para pemuka agama khatib Direktur Jenderal Bimas Islam Kemenag Kamaruddin Amin dalam webinar mengatakan pada...
Pas Umno Main Isu Melayu Sekarang Senyap

Pas Umno Main Isu Melayu Sekarang Senyap

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 331 hits
Ketika kerajaan PH hari hari disebutkan mengenai kes Allahyarham Adib Sampai keluarga Allahyarham Adib digunakan untuk mileage politik Sekarang mana kes Adib Apa kes Senyap Hanya mahu dituduh atas Seksyen 143 Kanun Keseksaan sahaja Iaitu pe...
Facebook Pupuk Kesedaran Pengalaman Penggunaan Internet Yang Selamat Di Kalangan Belia

Facebook Pupuk Kesedaran Pengalaman Penggunaan Internet Yang Selamat Di Kalangan Belia

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 238 hits
Facebook Malaysia dengan kerjasama sebuah organisasi bebas Teach For Malaysia kini memperkenalkan sebuah program literasi digital dikenali sebagai We Think Digital Difahamkan program ini telah dilancarkan sekitar tahun 2019 lalu dan kini ia...
Kalau Ph Perintah Sekarang Bani Melayu Maki Pn Tak Kena Ke

Kalau Ph Perintah Sekarang Bani Melayu Maki Pn Tak Kena Ke

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 254 hits
Via WhatsApp Cerita KALAU Kalau Hari nie bukan Dato Seri Dzulkifli Ahmad tapi Dato Sri Mujahid yg didapati positif Covid19 rasa2 dah bergegar bumi Malaysia ini dengan laungan anjing DAP PH Babi tukar kerajaan Kalau Hari nie Tun M yg cakap x...
Elak Ph Didominasi Dap Bangkit Semula Parti Melayu Mesti Bersatu

Elak Ph Didominasi Dap Bangkit Semula Parti Melayu Mesti Bersatu

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 291 hits
PN UMNO perlu tumpu permuafakatan demi kestabilan politik Melayu BANGI Parti Melayu di dalam Perikatan Nasional perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk saling bersatu demi memastikan kestabilan dan jaminan politik Melayu Islam PN tidak bol...
Dewan Rakyat Bersidang 27 Hari Mulai 2 Nov Belanjawan 2021 Dibentang 6 Nov

Dewan Rakyat Bersidang 27 Hari Mulai 2 Nov Belanjawan 2021 Dibentang 6 Nov

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 325 hits
PETALING JAYA Dewan Rakyat akan bersidang semula selama 27 hari mulai 2 Nov hingga 23 Dis ini dengan Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 4 petang 6 Nov Bagaimanapun Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Rakyat Mohd Nor Aswadi Md ...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro