Elak Menyerabutkan Fikiran Sendiri Dengan Mengamalkan 7 Perkara Ini


Fikiran kita boleh jadi serabut apabila banyak perkara yang difikiran dan perlu diuruskan sekaligus. Tapi sebenarnya, anda boleh elakkan dari menyerabutkan fikiran dengan mengamalkan tujuh perkara di bawah. Kenapa saya gunakan perkataan ‘elak daripada menyerabutkan fikiran’? Kerana ia benda yang boleh dikawal oleh diri kita sendiri.
#1- Terima Realiti Hidup Sekarang
Terima realiti hidup dan jangan meratap-ratap mahupun berkeluh-kesah dengan perkara yang tidak ada. Berkeluh-kesah dengan apa yang tidak ada hanya akan menjemput rasa tidak bersyukur. Jika gaji sebanyak itu, maka sesuaikan cara hidup dan kehendak dengan jumlah tersebut. Fahamkan juga ahli keluarga, pasangan atau ibu bapa tentang kemampuan hidup sekarang hanya setakat itu sahaja.
Terima realiti hidup tidak sama dengan pasrah, tetapi kita berpijak pada realiti dan kenyataan sekarang, dalam masa sama terus berusaha meningkatkan mutu kehidupan.
#2- Jangan Mudah Percaya Dengan Perkara Yang Anda Dengar, Lihat Atau Rasa
Tak semua perkara yang anda dengar dan lihat itu betul, bahkan hal yang anda rasa dan fikirkan juga tak semestinya betul. Beri ruang kepada diri untuk bertenang dan mencari kefahaman yang sebenar tentang suatu perkara. Hal begini boleh mengelak fikiran anda menjadi serabut dengan berfikir hal yang belum pasti. Apa yang kita rasa, fikir, dengar dan lihat akan mempengaruhi tindakan, jadi tapis dengan baik apa yang anda rasa, fikir, dengar dan lihat.
#3- Kawal Perkara Yang Boleh Dikawal Sahaja
Kawal perkara yang boleh dikawal sahaja contohnya sikap sendiri, usaha sendiri, cara kita menguruskan kerja, keluarga dan lain-lain. Jangan menyerabutkan kepala dengan perkara yang tidak boleh dikawal seperti pandangan dan sikap orang.
Lepaskan perkara yang tak boleh dikawal. Pandangan orang terhadap kita bukan tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita hanya menjaga sikap dan kata-kata sendiri sahaja.
#4- Belajar Menunggu
Banyak perkara dalam hidup ini memerlukan proses dan tempoh menunggu. Orang yang memulakan perniagaan tidak akan senang sekelip mata, mereka perlu berusaha dan menunggu. Orang yang sedang belajar juga perlu menunggu sebelum memperoleh segulung sijil. Untuk beli kereta dan rumah pun, kita perlu menunggu hingga kewangan benar-benar stabil, bukan naik gaji sahaja terus selera pun jadi besar.
Pendek kata, menunggu bukan perkara yang buruk. Usah terperangkap dengan instant gratification (ganjaran segera) yang banyak dipaparkan di media sosial hari ini. Apabila kita sudah faham bahawa banyak perkara perlu menunggu, maka fikiran juga tidak akan cepat serabut memikirkan perkara yang kita belum dapat.
#5- Jangan Peningkan Kepala Dengan Hal Yang Tidak Berkaitan Anda
Lihat kehidupan seharian kita, berapa banyak masa dihabiskan dengan mengambil tahu kisah kehidupan orang lain – hal rumah tangga orang, perceraian orang, perbalahan orang, gaji orang, harta orang dan segala macam hal yang tidak berkaitan dengan anda.
Adakah hal ini mendatangkan manfaat pada kehidupan sendiri? Jika jawapannya tidak bahkan lebih banyak keburukan, maka jauhkanlah dari memeningkan kepala dengan hal-hal begini. Silap hari bulan, hubungan anda dengan pasangan pula boleh jadi keruh apabila perbualan tentang hidup orang lain bertukar menjadi perselisihan kerana pandangan yang berbeza.
#6- Jangan Menagih Kebahagian Dan Kegembiraan Dari Sesiapa, Anda Boleh Menciptanya Sendiri
Orang yang menagih kebahagiaan dan kegembiraan adalah orang yang hanya melihat perbuatan orang lain yang kena dengan kehendaknya sahaja yang boleh buat dia bahagia. Kita bahagia apabila pasangan kita buat begini dan begitu. Kita tak gembira disebabkan rakan buat begini dan begitu. Dalam tak sedar, kita meletakkan kegembiraan dan kebahagian bergantung kepada orang lain bukan diri sendiri. Jadi, apabila mereka tak melakukan seperti yang kita harapkan, kita jadi tak gembira dan bahagia.
Kegembiraan dan kebahagian sebenarnya boleh diusahakan oleh diri sendiri. Tanya diri semula, apa yang boleh membuatkan diri anda bahagia tanpa melibatkan orang lain. Adakah anda gembira apabila anda boleh memasak hidangan yang sihat? Adakah anda gembira apabila boleh belanja pasangan sekali-sekala? Adakah anda gembira jika rumah dalam keadaan kemas?
Jika sesekali anda perlukan bantuan orang untuk merealisasikannya, itu tidak mengapa, kerana ia bukan kebergantungan, ia hanya bantuan, jadi bezakannya.
#7- Jangan Mudah Terasa, Tidak Semua Perkara Perlu Diambil Serius
Ada akan mudah rasa serabut apabila mudah terasa hati. Kadang-kadang orang tidak berniat pun hendak menyakiti hati kita, atau kata-katanya hanya sekadar di bibir sahaja, tetapi kerana kita mengambilnya serius, hati mudah terasa, dan fikiran jadi tidak tenang.
Bezakan antara gurauan, cakap-cakap kosong, nasihat yang baik, kritikan yang membina atau kritikan yang menjatuhkan. Tidak semua perkara ini perlu diambil serius, ambillah yang perlu sahaja. Tidak semua perkara perlu dianggap sebagai serangan peribadi buat diri. Belajar untuk tidak mempedulikan kata-kata orang seandainya ia tidak beri manfaat buat diri kita.
Kesimpulannya, fikiran jadi serabut bukan kerana orang lain. Kadang-kadang kerana tindakan yang kita pilih dan lakukan sendiri. Keserabutan fikiran boleh dikurangkan apabila kita lakukan perkara di atas, InsyaAllah.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Elak Menyerabutkan Fikiran Sendiri Dengan Mengamalkan 7 Perkara Ini appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/elak-menyerabutkan-fikiran-sendiri-dengan-mengamalkan-7-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertanggung Jawab Penuh Terhadap Semua Perkara Yang Anda Sendiri Buat Pilihan

Bertanggung Jawab Penuh Terhadap Semua Perkara Yang Anda Sendiri Buat Pilihan

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 263 hits
Ada beberapa falsafah berbeza dalam bab membuat pilihan yang sehingga sekarang masih tetap dibahaskan Pertamanya ahli falsafah yang percaya bahawa manusia sebenarnya tidak punya keupayaan untuk memilih Semua yang berlaku termasuk apa yang a...
Fakta Fakta Brigadir Rat Tewas Bunuh Diri Tembak Kepalanya Sendiri Hingga Kasusnya Ditutup

Fakta Fakta Brigadir Rat Tewas Bunuh Diri Tembak Kepalanya Sendiri Hingga Kasusnya Ditutup

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 284 hits
Kematian Brigadir RAT diyakini akibat bunuh diri menembakan kepalanya saat berada di dalam mobil Toyota Alphard
Drama Lelaki Itu Kerana Ayah Adik Beradik Terkahwin Sesama Sendiri

Drama Lelaki Itu Kerana Ayah Adik Beradik Terkahwin Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Siapa tonton drama TV3 tajuknya Lelaki Itu lakonan Dato Adi Putra Che Puan Sarimah Ibrahim Fazura dan ramai lagi Trending juga drama ni sekarang Tapi ye la ada juga orang cakap jarang dah tengok drama di ...
Tak Ingin Bergantung Impor China Bakal Tanam Durian Sendiri

Tak Ingin Bergantung Impor China Bakal Tanam Durian Sendiri

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 145 hits
Provinsi Hainan harus memperluas rantai industrinya untuk meningkatkan nilai produk durian dan mengembangkan merek lokal
Syok Sendiri Demi Kepuasan

Syok Sendiri Demi Kepuasan

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 375 hits
MASIH rancak adakan persembahan di merata lokasi Syok sendiri demi kepuasan TATKALA penyanyi lain memburu tapak kukuh dalam industri muzik arus perdana Velvet Aduk selesa mengatur kerjayanya dengan rentak sendiri Pengurusannya kecil tapi se...
Kieda Crepe Jual Baju Jenama Sendiri Netizen Soal Kalau Beli Nak Pakai Ke Mana

Kieda Crepe Jual Baju Jenama Sendiri Netizen Soal Kalau Beli Nak Pakai Ke Mana

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 204 hits
Usahawan makanan Kieda Crepe jual baju jenama sendiri pula selepas perniagaan makanan dengan tagline support vendor meraih perhatian ramai Guna jenama Kieda Crepe Dia yang tampil dengan perniagaan baju membuatkan ramai terkejut memandangkan...
Euro Akan Membantu Diri Sendiri

Euro Akan Membantu Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 169 hits
Gejala gejala kelemahan pertama dalam pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat telah menjadi alasan yang meyakinkan dalam mendukung peralihan pembetulan EUR USD ke arah penembusan tren menurun Ini memerlukan penyejukan ekonomi AS yang lebih la...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia