Syok Sendiri Demi Kepuasan


MASIH rancak adakan persembahan di merata lokasi.. (📸 ©hmetro.com.my) klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) 'Syok sendiri' demi kepuasan TATKALA penyanyi lain memburu tapak kukuh dalam industri muzik arus perdana, Velvet Aduk selesa mengatur kerjayanya dengan rentak sendiri. Pengurusannya kecil tapi sentiasa bergerak.

Velvet atau nama sebenarnya Velvet Lawrence Aduk, 37, akui dia memilih untuk syok sendiri atas kepuasan peribadi. Dia enggan letakkan harapan atau tekanan demi ketenangan sendiri.

Baginya, berkarya mengikut cita rasa peribadinya ternyata jauh lebih menyeronokkan. Dia juga tidak kisah keluarkan wang sendiri dalam pembikinan lagu mahupun muzik video.

"Memang banyak juga ajakan atau pertanyaan kenapa saya tak buat 'comeback' dalam arus perdana. Ia termasuk cuba naikkan nama semula dengan menyertai program popular.

"Bagaimanapun, saya rasa sudah selesa dan seronok dengan rentak sendiri sekarang. Sudah tiada keinginan untuk mengejar populariti dan memang tidak kisah pun kalau sekadar dikenali peminat sedia ada.

"Ia sebenarnya agak memudahkan corak berkarya saya. Saya buat apa yang memang kena di hati, laburkan wang sendiri, dan tidak perlu ikut cita rasa orang lain," kata penyanyi kelahiran Penampang, Sabah itu.

Nekad berpangkalan di negeri kelahiran sendiri, Velvet juga selesa jalani kehidupan sederhana. Dia seronok segala hal lengkapi hidupnya termasuk berkeluarga, kerjaya sebagai penyampai di Sabah.

Menurutnya, tiada apa yang dia perlu dikejar lagi kerana banyak sisi hidupnya dikira sudah cukup sempurna. Dia mahukan perkara itu berkekalan tanpa perlu anjakan besar atau pembaharuan drastik.

"Pada tahap ini, apa saja yang saya usahakan adalah pada kadar sederhana. Termasuk juga kemunculan persembahan, penghasilan lagu, dan fokus kepada apa yang berharga depan mata.

"Saya masih lagi bekerja makan gaji demi mengukuhkan ekonomi sendiri. Bukan sekadar bergantung kepada tawaran-tawaran berkaitan muzik semata-mata," katanya.

Namun, Velvet mengambil keputusan besar mengadakan showcase di Kuala Lumpur, tempoh hari. Istimewanya, acara itu berlangsung sangat intim sekitar 200 penonton.

Bertempat di Jao Tim, menurutnya dia juga sebenarnya terkejut dengan sambutan itu. Jika ikutkan, dia tidak melakukan promosi besar-besaran pun mengenai showcase terbabit. VELVET pilih haluan sendiri corak kerjaya seni, elak hadapi tekanan. ( 📸 ©hmetro.com.my) "Saya sangat terharu apabila agak ramai juga hadir. Padahal, saya taklah uar-uarkan sangat kerana saya pun enggan mengharap ramai akan hadir. Cukuplah saya rasa puas dapat hiburkan yang ada.

"Melihat wajah-wajah sahabat rapat dan yang dikenali pun sudah memadai. Saya juga cukup tersentuh bila mendapat maklum balas yang cukup baik daripada hadirin ketika itu.

"Paling menyentuh, rakan sekerja dan majikan saya sanggup terbang dari Sabah memberi kejutan kepada saya di acara itu. Tambah semangatlah saya berikan persembahan mantap," katanya.

Dalam pada itu, Velvet berharap dia akan tetap rancak berkarya dan adakan persembahan di mana-mana pun selagi permintaan ada. Bukan sekadar di Sabah semata-mata.

"Saya sentiasa terbuka mengadakan persembahan di mana-mana pun. Tempoh hari pun saya berpeluang mendekati peminat sewaktu jayakan sebuah persembahan di negeri itu.

"Memang sekarang lebih banyak fokus di negeri sendiri tapi saya akan terus meneroka peluang di lokasi berbeza. Saya suka melihat corak penerimaan peminat di setiap tempat khususnya lokasi baharu," katanya.

Dalam pada itu, Velvet masih lagi rancak mempromosi album inggerisnya yang dilancarkan pada hujung tahun lalu. Berjudul Darkest Knight, album terbabit sangat peribadi untuknya.

"Album itu saya hasilkan sepenuh jiwa raga. Saya sudah tidak fikir pasal lagu itu akan pergi jauh asalkan dapat keluarkan segala isi hati menerusi lagu-lagu itu. Lagipun, memang sudah lama saya idamkan album inggeris," katanya.

SOURCE: Penulisan Georgie Joseph di Harian Metro Disiarkan pada: April 29, 2024 @ 6:00am

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2024/04/syok-sendiri-demi-kepuasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluar Dolla Keputusan Paling Sukar Syasya Rizal Lakukan Demi Kelangsungan Hidup

Keluar Dolla Keputusan Paling Sukar Syasya Rizal Lakukan Demi Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 130 hits
Keputusan paling sukar Syasya Rizal adalah keluar daripada kumpulan Dolla sebelum mengejutkan ramai apabila mendirikan rumah tangga pada 20 April 2024 yang lalu Akhirnya Syasya beri kenyataan Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh Syasya ...
Bahlil Target Ri Tambah Saham Freeport Jadi 61 Demi Kesejahteraan Rakyat

Bahlil Target Ri Tambah Saham Freeport Jadi 61 Demi Kesejahteraan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 125 hits
Pemerintah merencanakan memperpanjang Freeport sampai 2061 dengan menambah saham 10 persen modal saham
Demi Hong Haein Park Sunghoon Beri Komen Terhadap Pengakhiran Yoon Eunsung Dalam Queen Of Tears

Demi Hong Haein Park Sunghoon Beri Komen Terhadap Pengakhiran Yoon Eunsung Dalam Queen Of Tears

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 144 hits
Park Sung hoon telah ditemu bual mengenai lakonannya dalam Queen Of Tears Artikel Berkaitan Dalam temu bualnya bersama pihak media Park Sung hoon telah meluahkan perasaannya terhadap pengakhiran Queen Of Tears Katanya Detik terakhir Yoon Eu...
Foto Berantas Nyamuk Dbd Museum Tekstil Jakarta Difogging Demi Keamanan Pengunjung

Foto Berantas Nyamuk Dbd Museum Tekstil Jakarta Difogging Demi Keamanan Pengunjung

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 82 hits
Kegiatan fogging ini dilakukan untuk memberikan rasa aman dan nyaman bagi pengunjung museum di tengah tingginya kasus DBD
Demi Ongkos Kondangan Pemuda Nekat Curi Motor

Demi Ongkos Kondangan Pemuda Nekat Curi Motor

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 68 hits
Kurang dari 24 jam polisi langsung menangkap pelaku di kediamannya
Anak Ketua Polis Daerah Maut Tertembak Pistol Bapa Sendiri

Anak Ketua Polis Daerah Maut Tertembak Pistol Bapa Sendiri

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 206 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan Polis siasat kematian anak KPD Lahad Datu KPN KOTA KINABALU Anak perempuan seorang ketua polis daerah di...
Terkahwin Adik Beradik Sendiri Amp Hamil Lakonan Hannah Delisha Amp Aedy Ashraf Jadi Bualan

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Amp Hamil Lakonan Hannah Delisha Amp Aedy Ashraf Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 161 hits
Kini drama berjudul Lelaki Itu hangat menjadi bualan ramai apabila ia memaparkan plot terkahwin adik beradik sendiri di luar pengetahuan masing masing Drama lakonan hebat Aedy Ashraf dan Hannah Delisha itu mengenai situasi tersebut telah me...
Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Persediaan Tamadhan Dan Raya

Choosing The Perfect Plants To Brighten Up Dark Spaces

Graft Videos Aimed At Weakening My Govt Says Hajiji

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel