Drama Lelaki Itu Kerana Ayah Adik Beradik Terkahwin Sesama Sendiri


Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Drama Lelaki Itu (TV3) : Kerana Ayah, Adik-Beradik Terkahwin Sesama Sendiri ! Siapa tonton drama TV3 tajuknya Lelaki Itu lakonan Dato Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, dan ramai lagi. Trending juga drama ni sekarang. Tapi ye la, ada juga orang cakap jarang dah tengok drama di TV. Tak apa, kita sama. Hari tu tertengok satu episod tak berapa pasti episod berapa terus dapat rasa ehh cerita ni macam boleh Catch up walaupun CCL tak follow cerita ni dari episod pertama .

Drama ni menarik dengan pelbagai isu kekeluargaan yang biasa dikendalikan oleh Peguam-peguam Syarie dan mungkin ada dalam kalangan kita yang membaca ini juga tahu perkara ini berlaku dalam kalangan kita.
Tak nak ulas tentang curang ke, faraid ke, Fazura kena pukul tapi boleh bertahan banyak kali dengan suami sebelum fasakh dalam kes tersebut. CCL tertarik dengan isu Perkahwinan Adik-beradik sebapa antara Khairullah (Aedy Asyraf) dan Batrisya (Hannah Delisha). Ini isu besar yang semua orang patut buka mata dan tahu kenapa saya paling tak suka orang kahwin senyap-senyap.
Mereka pasangan muda yang berkahwin lari (di London sebab belajar disana tak dapat restu keluarga perempuan), dapat tahu yang mereka adalah adik-beradik Sebapa (satu bapa, lain ibu). Emosi satu hal, yang lebih berat kalau dah beranak-pinak lagi jemmmm.
Ada beberapa isu yang CCL baca dan CCL kongsikan pada korang juga .
✅ Macam mana boleh jadi Poligami senyap-senyap?
Cara orang nak poligami ni sebenarnya secara betul, pihak lelaki perlu memfailkan permohonan Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dan dapatkan kebenaran Hakim bukan kebenaran isteri pertama. Jadi, boleh jadi isteri pertama datang untuk bersetuju atau mungkin tak setuju dan lalui proses bicara.
Tetapi, kalau si suami tu tipu alamat rumah isteri pertama, dan kemudian notis dihantar ke alamat yang salah atau suami guna apa jua helah untuk tidak memberitahu isteri, kes mungkin berjalan secara sebelah pihak jika penyampaian saman telah disempurnakan.
Ini yang kadangkala terjadi di Mahkamah. Isteri tak tahu suami ada naik Mahkamah dan dapat perintah Poligami. Tapi perlu ingat, memberi maklumat atau keterangan palsu adalah dikira kesalahan dan boleh dikenakan hukuman Denda atau Penjara atau kedua-duanya.

✅ Apa yang selalu terjadi bab kahwin senyap ni?
Paling common, nikah di Sempadan Thailand dan balik Malaysia tak buat Pengesahan di Mahkamah Syariah. Ada juga yang balik Malaysia buat pengesahan, tapi isteri tak dimaklumkan.
Saya selalu cakap sebelum ini, kesan yang paling teruk kahwin senyap ni, adalah kepada WANITA. Betul, jujur saya cakap. Kalau tak buat pengesahan, kesannya pada wanita dari segi pusakanya, dari segi kelahiran anak yang tak boleh dinasabkan kepada bapanya dan pelbagai lagi.

✅ Macam mana boleh tak tahu satu bapa?
Dalam drama itu, tak tahulah bagaimana Nabila Huda kahwin senyap-senyap dengan Dato Adi Putra tu. Katanya kahwin atas sebab kesiankan nasib Nabila kemudian terus tinggalkan tanpa berita dah cerai atau tidak.
Kalau mereka berkahwin secara sah, cuma tak diberitahu, mungkin anak-anak yang kahwin akan dapat tahu mereka adik-beradik bila diminta Sijil Nikah ibu ayah di Pejabat Agama. Samalah kalau Nikah Siam pun, pejabat agama akan mintak buat pengesahan di Mahkamah dulu sijil nikah mak ayah.
Masalah timbul bila anak-anak yang kahwin ni pun kalau kahwin senyap-senyap di luar negara tanpa melalui prosedur perkahwinan luar negara. Asal cukup Rukun jer nikah ni. Tapi tak semak pun Syarat Sah Nikah. 
Tambah pula yang tak siasat latar belakang family. Terus berkenalan, bercinta dan nak kahwin saja. Sebab tu Islam suruh taaruf betul-betul sebelum nikah.

✅ Apa perlu buat kalau dah ‘terkahwin’ dan tersetubuh tanpa sengaja?
Kalau dah berkahwin, mereka tak boleh sebut cerai sebab cerai hanya untuk orang yang nikahnya sah. Tapi, kalau pernikahan sebegini berlaku, namanya Nikah Fasid, iaitu pernikahan yang tidak sah dari segi syarat sah nikah.
Haram hukumnya seorang lelaki berkahwin dengan saudara perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Ada pertalian darah dan nasab disitu. Kalau diteruskan juga, sepanjang hidup akan terus hidup dalam perzinaan.
Jadi, mereka perlu buat Permohonan Faraq Nikah di Mahkamah Syariah, iaitu mohon untuk membatalkan perkahwinan ini, dan mohon ampun serta bertaubat atas ketidaksengajaan isu ini.

✅ Bagaimana kalau ada anak atau cucu hasil pertubuhan yang tidak sah ini? 
Anak yang lahir daripada perkahwinan tidak sah ini tidaklah dianggap sebagai Anak Tak Sah Taraf. Tapi, namanya adalah Anak Wati’ Syubhah atau persetubuhan yang diragui. 
Dari sudut undang-undang dan Hukum Syarak, anak-anak itu boleh dibin atau binti kepada bapanya serta mewarisi pusaka dan perwalian kerana mereka dianggap sebagai Anak Sah Taraf. 
Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003Sek. 114. Persetubuhan syubhah
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan, dan kemudiannya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.
❤️ Kesimpulan
Saya perlu juga memberi kredit kepada Penerbit dan Pengarah Drama ini kerana membawa satu penceritaan yang boleh memberi nilai ilmu kepada masyarakat. Bosan juga kalau drama asyik cintan cintun saja. Masyarakat tak belajar sesuatu.
Pengajaran paling besar yang saya nak follower semua belajar adalah ‘Jangan Kahwin Senyap-senyap’. Kalau boleh jangan terfikir langsung nak buat macam tu. Fikirkan kesan jangka panjang. 
Kalau ada yang baca ni dah terkahwin senyap-senyap, jangan tunggu pasangan dah mati baru nak buat pengesahan. Menyesal nanti.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2024/04/drama-lelaki-itu-tv3-kerana-ayah-adik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkahwin Adik Beradik Sendiri Amp Hamil Lakonan Hannah Delisha Amp Aedy Ashraf Jadi Bualan

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Amp Hamil Lakonan Hannah Delisha Amp Aedy Ashraf Jadi Bualan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 177 hits
Kini drama berjudul Lelaki Itu hangat menjadi bualan ramai apabila ia memaparkan plot terkahwin adik beradik sendiri di luar pengetahuan masing masing Drama lakonan hebat Aedy Ashraf dan Hannah Delisha itu mengenai situasi tersebut telah me...
Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 263 hits
Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram Baru baru ni tonton drama Lelaki Itu yang sedang ditayangkan don t i TV 3 setiap jam 10 malam Salah satu babak cerita yang aku suka dan tertarik ialah babak di mana...
Adik Beradik Ayah Aku Semua Kategori Kaya Tiap Kali Raya Rumah Aku Diorang Tak Nak Masuk Katanya Panas Dan Berbau

Adik Beradik Ayah Aku Semua Kategori Kaya Tiap Kali Raya Rumah Aku Diorang Tak Nak Masuk Katanya Panas Dan Berbau

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum semua Aku tak tahu orang lain diorang dan adik beradik macam mana mungkin sama dengan aku dan mungkin tidak Aku yakin sangat kita ni yang anak dan adik beradik boleh nampak mak ayah kita macam mana tapi setakat memerhati kal...
Pengarah B Doh Penerbit Amp Pelakon Pun B Doh Babak R G L Hannah Delisha Dalam Drama Lelaki Itu Undang Kecaman

Pengarah B Doh Penerbit Amp Pelakon Pun B Doh Babak R G L Hannah Delisha Dalam Drama Lelaki Itu Undang Kecaman

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 233 hits
Drama Lelaki Itu yang kini sedang ditayangkan di saluran TV3 menjadi tumpuan warga maya sejak ia ditayangkan tidak lama dahulu dek kehebatan para pelakon yang membintangi naskah arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif itu Babak r gol dra...
Anak Suka Buat Sepah Mak Ayah Jangan Marah Marah Itu Petanda Mereka Seorang Yang Genius

Anak Suka Buat Sepah Mak Ayah Jangan Marah Marah Itu Petanda Mereka Seorang Yang Genius

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 225 hits
Bila anak suka ibu bapa janganlah marah marah Sebenarnya itu petanda mereka seorang yang genius Cuba kenal pasti ciri ciri menerusi perangai anak kerana golongan genius ini sering menunjukkan sikap pelik dan ganjil berbanding yang lain Mala...
Hiburan I Nak Anak Ni Dia Tak Salah Perkahwinan Sumbang Mahram Hamil Plot Drama Lelaki Itu Raih Perhatian Ramai

Hiburan I Nak Anak Ni Dia Tak Salah Perkahwinan Sumbang Mahram Hamil Plot Drama Lelaki Itu Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 223 hits
Dapat dilihat di platform media sosial drama arahan Erma Fatima yang berjudul Lelaki Itu kini menjadi bualan ramai sejak episod memaparkan plot terkahwin adik beradik tanpa pengetahuan masing masing disiarkan Bakal timang cahaya mata Lakona...
Sempat Promote Peminat Terhibur Drama Lelaki Itu Papar Album K Pop Dalam Babak Hannah Delisha

Sempat Promote Peminat Terhibur Drama Lelaki Itu Papar Album K Pop Dalam Babak Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 228 hits
Selain K Drama drama Lelaki Itu turut menjadi bualan penonton di Malaysia sekarang Artikel Berkaitan Untuk pengetahuan Lelaki Itu adalah drama yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Dato Adi Putra Che Puan Sarimah Ibrahim Fazura Nabila ...
Kalau Boleh Aku Nak Korek Balik Kubur Mak Kau Dituduh Calarkan Kereta 3 Adik Beradik Yatim Teruk Dihina Ibu Saudara

Kalau Boleh Aku Nak Korek Balik Kubur Mak Kau Dituduh Calarkan Kereta 3 Adik Beradik Yatim Teruk Dihina Ibu Saudara

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 180 hits
Baru baru ini tular di platform TikTok satu video yang ditularkan oleh seorang pengguna Haziq telah menggundang rasa simpati dan geram daripada netizen Ibu saudara hina dan maki Dalam video tersebut seorang wanita yang dipercayai merupakan ...
Tak Sangka Pagi Tadi Kali Terakhir Abang Call Mak Ayah Adik Mangsa Nahas Helikopter Terhempas

Tak Sangka Pagi Tadi Kali Terakhir Abang Call Mak Ayah Adik Mangsa Nahas Helikopter Terhempas

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 165 hits
Malang tidak berbau alangkah sedihnya apabila insan tersyang pergi meninggalkan kita dalam sekelip mata Baru saja bersua atau bersembang tiba tiba dapat perkhabaran musibah menimpa orang yang kita sayangi Begitulah yang berlaku kepada kelua...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut