Anak Asyik Meragam Bila Makan Di Luar Bapa Ini Kongsi Pengalaman Handle Anak Aktif
Apabila mempunyai anak kecil, bukan mudah untuk golongan ibu bapa mengawal keletah mereka ketika berada di luar lebih-lebih lagi sewaktu makan di kedai. Lumrah anak kecil yang suka meneroka dan tak duduk diam ditambah pula mood yang selalu berubah-ubah membuatkan ada ibu bapa ‘serik’ nak bawa anak-anak makan di luar.
Sama seperti ibu bapa lain, Encik Akif yang juga pensyarah psikologi berkongsi pengalaman bagaimana dia menguruskan anak kecil yang aktif ketika berada di luar. Semoga bermanfaat buat semua.
“Bagi saya & isteri, nak bawa anak berumur 1 tahun yang agak aktif untuk makan di luar sangat mencabar”
Ini cara bagaimana kami melakukannya:
1. Salah seorang masuk kedai dulu & buat pesanan.
Seorang lagi teman anak berjalan-jalan di luar. Bagi dia keluarkan “energy” dulu.
2. Kalau dia tak nak jalan-jalan, kami akan bawa buku untuk dibacakan.
3. Kadang kala kalau mood dia tak berapa baik, terpaksa dukung bawa jalan-jalan untuk tenangkan dia dulu.
4. Sementara suap dia makan, bagi dia pegang props. Kali ini ada orang bagi belon
5. Sementara isteri makan, saya pula layan budak ni baca buku.
6. Akhirnya dapat juga makan
7. Yang paling ialah “teamwork.” Kalau buat berseorangan memang kelam kabut.
Ini bukan perkongsian berdasarkan kajian-kajian atau teori-teori parenting. Ini hanya pengalaman kami sendiri sahaja. Ada ibu bapa di luar sana yang hadapi isu yang sama?
Mungkin boleh kongsi tips juga di sini 😁✊🏻
Kredit: Akif Basri
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Asyik Meragam Bila Makan Di Luar, Bapa Ini Kongsi Pengalaman ‘Handle’ Anak Aktif appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-asyik-meragam-bila-makan-di-luar-bapa-ini-kongsi-pengalaman-handle-anak-aktif/