Elak Kejadian Buruk Kepada Anak Ketika Dalam Jagaan Pengasuh 10 Tips Pemilihan Ini Mama Papa Mesti Guna


Kejadian tidak diingini kepada bayi memang banyak terjadi akhir-akhir ini. Saranan yang diutarakan oleh bapa ini  elok dijadikan panduan untuk mama papa yang bercadang mencarikan pengasuh untuk anak.
Akhir-akhir ini pelbagai kes dera bayi yang terjadi di rumah pengasuh atau ketika dalam jagaan pengasuh. Tersayat hati membaca kisah-kisah penderaan fizikal dan seksual yang dilakukan oleh pelaku yang tidak bertanggungjawab.

Tidak dinafikan pengasuh mempunyai jasa yang sangat besar membantu ibu bapa dengan menjaga anak-anak sementara ibu bapa keluar bekerja. Malah ada yang penyayang dan menjaga anak asuhan seperti anak sendiri.
Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk dan tidak semuanya elok. Apa yang terjadi sudah pun terjadi. Ambil iktibar daripada apa yang terjadi dalam kes penderaan bayi sebelum ini & berusaha untuk mengelakkan perkara yang buruk terjadi di masa hadapan.
Perkongsian daripada bapa ini ,  Mohd Fadli Salleh tentang pemilihan pengasuh boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang lain.
10 perkara yang mustahak ini perlu diteliti sebelum mengambil keputusan untuk mengupah pengasuh. Berikut ialah perkongsiannya.

10 TIP PEMILIHAN PENGASUH Negara kecoh lagi bila seorang bayi berusia 11 bulan mati didera dan dirogol bangsat yang tidak berperikemanusiaan.
Aku cuba mengelak menulis hal ini kerana tak sanggup nak membayangkan penderitaan anak kecil usia 11 bulan didera sebegitu rupa.
Cuma, sangat perlu aku berkongsi tips yang betul untuk mengelakkan kejadian ini dari berulang di masa hadapan. Ini tips yang aku syorkan.
#1 PILIH SAUDARA & RAKAN RAPAT DULU Pilih adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan rapat terlebih dahulu untuk dijadikan pengasuh. Kita kenal peribadi mereka, kita tahu bagaimana mereka jaga anak-anak kita.
Paling tidak, pilih pengasuh yang disyorkan oleh adik-beradik atau kawan-kawan kita.
#2 ELAK PILIH PENGASUH YANG ADA SUAMI TAK BEKERJA Elakkan hantar ke rumah pengasuh yang mempunyai suami tidak bekerja atau ada rekod dadah/jenayah.
Kebanyakan kes dera/rogol dari suami pengasuh yang ada rekod dadah/jenayah atau kerja tidak tetap.
Ini menyebabkan mereka punya masa luang dengan anak kita dan kadangkala pengasuh tinggalkan anak kita bersama suami bila nak mandi, solat atau ke klinik mahupun ke pasar.
Saat ini risiko besar terutama jika suami pengasuh dibawah pengaruh dadah. Anak kecil kita mereka mungkin pandang sebagai satu alat yang boleh memuaskan nafsu atau satu alat melepaskan geram bila anak itu meragam, berak dan sebagainya.
#3 ELAK PILIH PENGASUH YANG ADA ANAK LELAKI REMAJA Elakkan memilih pengasuh yang ada anak lelaki remaja. Seboleh-bolehnya cuba elak.
Banyak sangat kes berlaku anak lelaki remaja pengasuh merogol budak perempuan usia 4-10 tahun.
Budak-budak itu anggap anak pengasuh bagai abang mereka, pengasuh pula biarkan anaknya bermain dengan anak jagaannya hingga ke bilik. Pernah dilaporkan anak usia 5 tahun dirogol anak pengasuh berusia 15 tahun.
“Abang(anak pengasuh) ajak main tidur-tidur. Kemudian dia buka seluar adik dan suruh pejam mata.”
Lepas itu berlaku peristiwa hitam dan terus berulang dan berulang jika tiada orang perasan dan tiada laporan dibuat.
#4 SIASAT DULU LATAR BELAKANG PENGASUH Siasat latar belakang pengasuh. Sangat penting kita tahu latar belakang pengasuh. Jumpa juga ibubapa yang pernah hantar anak mereka untuk diasuh pengasuh tersebut. Tanya pengalaman ibubapa yang pernah hantar anak ke sana.

#5 JELASKAN APA DO’S & DON’TS TENTANG ANAK KITA KEPADA PENGASUH Bagitahu secara jelas kepada pengasuh DO and DON’T. Apa peraturan kita, bagaimana perlu anak kita dijaga, siapa yang boleh tukar lampin/mandikan anak kita.
Masa ini kena bertegas, anak perempuan kita hanya pengasuh yang mandikan dan tukar lampin. Jangan benarkan anak kita dimandikan/tukar lampin oleh anak lelaki pengasuh atau suaminya.
#6 BUAT SPOT CHECK Lawatan mengejut. Sangat penting sesekali buat lawatan mengejut. Kalau biasa hantar jam 7 pagi dab ambil pukul 5 petang, lawat sahaja jam 10 pagi, sesekali singgah tengahari.
Bila buat lawatan mengejut, masuk dan lihat situasi rumah juga. Tempat tidur anak, bilik air, dapur dan ruang tamu.
#7 TANYA ANAK Selalu berkomunikasi dengan anak (bagi anak yang pandai bercakap). Tanya mereka bagaimana mereka dijaga, siapa yang selalu main dengan mereka, dengan siapa mereka mandi, dengan siapa mereka tidur.
Kena alert setiap perubahan sikap anak-anak kita. Jika makin mendiam atau sakit ketika buang air, lebih baik menanam curiga. Check, siasat, bawa jumpa doktor jika perlu.

#8 PERIKSA TUBUH ANAK Periksa tubuh badan anak selalu. Jika ada kesan lebam, calar dan sebagainya tolong siasat betul-betul. Jangan percaya 100% pada alasan pengasuh.
#9 JIKA ADA TANDA-TANDA MENCURIGAKAN, BUAT LAPORAN POLIS SEGERA Jika ada tanda-tanda anak didera, dirogol dan sebagainya, tolong buat laporan polis dengan segera.
Ramai yang terkena tidak buat laporan polis kerana kasihan dan simpati dengan rayuan keluarga pengasuh. Mereka hanya selamatkan anak-anak mereka sahaja.
Dan akhirnya, anak orang lain pula menjadi mangsa. Tolong jangan penting diri dan selamatkan anak-anak sendiri saja ya!
#10 JANGAN TANGKAP MUAT Jangan tangkap muat cari pengasuh kat Fb sahaja. Jika pun cari di Fb, wajib siasat betul-betul sebelum hantar anak.
Sebaiknya, hantarlah anak kat taska yang berdaftar. Itu yang sebaiknya.

Jika ada orang kata cerewet cara kita pilih pengasuh, biar sahaja mereka terus berkata begitu.
Kerana itu anak-anak yang sangat kita sayangi dan kita berhak sepenuhnya memberi yang terbaik buat mereka.
Buat Baby Zara, damailah dikau di sana..
Sumber: Mohd Fadli Salleh
The post Elak Kejadian Buruk Kepada Anak Ketika Dalam Jagaan Pengasuh, 10 Tips Pemilihan Ini Mama Papa Mesti Guna appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/elak-kejadian-buruk-kepada-anak-ketika-dalam-jagaan-pengasuh-10-tips-pemilihan-ini-mama-papa-mesti-guna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tips Hantar Anak Ke Pengasuh Oleh Yb Hanna Yeoh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat

6 Tips Hantar Anak Ke Pengasuh Oleh Yb Hanna Yeoh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 554 hits
6 TIPS HANTAR ANAK KE PENGASUH OLEH YB HANNA YEOH TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT Assalamualaikum Selamat malam uols Siapa yang tak kenal YB Hanna Yeoh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ...
Tips Berpantang Sendiri Elak Stress Walaupun Kena Jaga Anak Anak Yang Lain

Tips Berpantang Sendiri Elak Stress Walaupun Kena Jaga Anak Anak Yang Lain

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 433 hits
Tips berpantang sendiri yang saya nak kongsikan hari ni sebenarnya adalah dari pengalaman sendiri Bukan mudah tau bila terpaksa berpantang sendiri dalam masa yang sama nak uruskan anak anak yang sudah bersekolah Silap silap boleh mengundang...
4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 475 hits
Mengawal marah apabila berhadapan dengan perangai anak anak adalah satu perkara yang sangat mencabar Lagi mencabar apabila ini berlaku ketika ibu atau bapa keletihan selepas pulang daripada kerja atau pemikiran kusut akibat isu lain Kami ko...
Mama Papa Kena Tahu Dan Ambil Kira Apa Anak Mahu Jangan Buat 5 Perkara Ni Pada Anak

Mama Papa Kena Tahu Dan Ambil Kira Apa Anak Mahu Jangan Buat 5 Perkara Ni Pada Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 366 hits
Kita sebagai ibu bapa sememangnya mempunyai kuasa sepenuhnya pada anak anak kita Namun bukan kesemua kehendak kita mesti dipenuhi kerana anak anak kecil kita juga punya kemahuannya sendiri Adakalanya kita perlu mendengar apa kehendak dan ke...
Tips Ringkas Kesan Anak Yang Didera Di Tempat Jagaan

Tips Ringkas Kesan Anak Yang Didera Di Tempat Jagaan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 399 hits
Baru baru ini sekali lagi rakyat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan kematian bayi perempuan yang disyaki akibat menjadi mangsa penderaan fizikal dan juga disyaki dirogol oleh suami kepada pengasuhnya Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal yang ...
Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni

Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 365 hits
Adakalanya bila anak kita demam lepas sahaja beri ubat kita biarkan sahaja dia main seperti biasa Malamnya pula kita bersenang lenang tidur tanpa rasa takut suhu anak meningkat Sebenarnya hal ini salah mama papa perlu pantau suhu anak Selai...
Nak Suasana Tenang Dalam Rumah Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan

Nak Suasana Tenang Dalam Rumah Mama Papa Kena Buat 5 Tips Ini Salah Satunya Kena Tahu Baca Bahasa Badan Pasangan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 422 hits
Rumah yang sentiasa tenang dan sejuk mata memandang menjadi impian semua Tidak kira ibu ayah dan anak anak sukakan suasana yang tenang ketika di rumah Tapi bagaimana ia boleh dicapai Mudah je tapi kena tahu caranya Bagi mama papa tidak kira...
Jangan Berkira Sangat Dengan Anak Rezeki Kita Makin Murah Mama Papa Take Note

Jangan Berkira Sangat Dengan Anak Rezeki Kita Makin Murah Mama Papa Take Note

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 678 hits
Bila kita nak belikan sesuatu buat anak kita selalu fikir berkali kali sedangkan bila kita nak belikan telefon mahal atau tudung sekalipun kita beli tanpa banyak fikir Jangan berkira sangat dengan anak anak amanah Allah pada kita Hakikatnya...
Tips Memilih Pusat Asuhan Untuk Anak

Tips Memilih Pusat Asuhan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 432 hits
Kerap kali berlaku kes penderaan kanak kanak di pusat asuhan yang menjadi kerisauan kepada semua ibu bapa dalam memilih pusat asuhan taska untuk si kecil Dalam memilih pusat asuhan yang terbaik untuk anak kita perlu mengambil kira pelbagai ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip