Elak Jadikan Covid 19 Wabak Panik Dan Ketakutan



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Mohon surat perjalanan rentas sempadan negeriKALAU Covid-19 tidak bunuh kita, ketakutan dan panik mungkin akan bunuh kita.

Ini bukan lagi wabak penyakit. Ia sudah jadi penyakit mental.

Ketakutan dan panik telah nengambil alih, diapi-apikan oleh ketidakwarasan dan ketidakbertanggungjawaban pengamal media sosial.

Pembelian panik menyebabkan supermarket dan kedai kehabisan barang, harga naik dan bekalan disembunyikan.

Penjualan panik menyebabkan trilion ringgit modal pasaran hancur musnah di merata dunia.
Akibatnya setiap orang yang ada pelaburan atau simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP), mengalami kerugian.

Dilaporkan dua orang telah meninggal dunia akibatnya  di negara kita, bilangan dijangkiti meningkat dan yang sembuh bertambah.
Itulah bahana wabak era digital di mana ketakutan dan panik mudah disebar sehingga menyebabkan manusia hilang akal dan habis wang simpanan.

Saya berusia 73 tahun. Generasi saya melalui pelbagai wabak dan jangkitan maut. Kita takut, tetapi kita tidak panik. Yang selamat dan sembuh, daya tahan jangkitannya menjadi lebih kuat.

Isnin lalu, saya membuat kunjungan biasa kepada doktor saya, seorang bekas pegawai perubatan tentera. Dia menjaga kesihatan saya sejak tahun 1980-an apabila dia menjadi doktor di New Straits Times Press (NSTP) Berhad, Jalan Riong, Kuala Lumpur.

Waktu itu NSTP amat berjaya. Ia mempunyai klinik perubatan sendiri. Ia juga memberi biasiswa kepada kakitangan dan orang luar untuk melanjutkan pelajaran, ada pejabat di London dan New York, menghantar kakitangan untuk menunaikan haji sebagai hadiah perkhidmatan lama, memberi pinjaman perumahan dan kenderaan serta membayar bonus sehingga tujuh bulan.
Itu cerita lama. Bahan nostalgia. Waktu itu ramai anak muda berjaya jadi wartawan dan pengamal perbuhungan awam melalui Skim Latihan Pra-Pengambilan (PETS) yang dimulakan pada akhir 1980’an oleh NSTP sebagai khidmat masyarakat.
Dalam lawatan kepada doktor saya itu, tekanan darah saya 139/60, paru-paru baik, tidak demam dan daya refleks baik. Hanya ada sedikit sakit tekak. Saya tidak merokok dan tidak makan gula mentah jadi itu menyumbang kepada kesihatan.

Dilahirkan dan dibesarkan ketika zaman susah ada kebaikannya. Sesiapa saja yang berjaya melepasi zaman kanak-kanak yang penuh penyakit, kekurangan zat makanan dan tahap kebersihan rendah menjadi lebih kuat.
Setidak-tidaknya itulah yang tercetus dalam perbualan saya dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai kesihatan pada zaman sebelum merdeka dan selepasnya dalam kaitan wabak besar Covid-19 ini.

Dr Siti Hasmah yang pernah bertugas sebagai Pengarah Perubatan Desa di Alor Setar amat peka tentang penyakit dan jangkitannya serta kesan rawatan kepada kesihatan jangka panjang pesakit, khususnya mengenai imuniti.

Waktu itu, taraf kesihatan rendah dan kemudahan rawatan amat terhad. Ada pelbagai penyakit berjangkit yang membunuh atau mencacatkan seperti cacar, taun, demam kepialu (typhoid), malaria, batuk kering dan polio.

Tidak cukup dengan itu, ada pula penyakit yang dibawa oleh binatang ternakan dan haiwan kesayangan.

Dalam perbualan dengan doktor saya pula, kami menyentuh tentang penjagaan dan rawatan kesihatan moden yang mungkin menyebabkan manusia hilang imuniti dan mudah dijangkiti penyakit.

Ini belum lagi diambil kira penyakit yang berpunca daripada keturunan (genetic) dan gaya hidup.
Walaupun pelbagai vaksinasi diberi sejak bayi, ia belum menjamin yang seseorang itu tidak akan dijangkiti penyakit kerana badannya tidak membina imunit semula jadi untuk menyekat penyakit-penyakit baru. 
Jadi dalam kita berjaga-jaga terhadap pandemik atau wabak besar Covid-19 ini, kita jangan panik hingga hilang akal dan kira bicara. Ketakutan kita biarlah berasas.
Masih ingat lagikah bagaimana kita dilanda ketakutan dan panik malah menyangka dunia akan kiamat akibat Y2K?
Bagi saya, Covid-19 menjadi lebih buruk daripada yang sebenarnya kerana sebahagian besar manusia telah menjadi hamba kepada media sosial dan menyalahgunakan kuasa digital.
Wallahuaklam. Terima kasih.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/03/elak-jadikan-covid-19-wabak-panik-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Pembelian Panik Ketika Virus Covid 19 Gunakan Ini Untuk Elak Virus Ketika Membeli

Tak Perlu Pembelian Panik Ketika Virus Covid 19 Gunakan Ini Untuk Elak Virus Ketika Membeli

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 284 hits
Penularan wabak Corona Virus yang bermula daripada Wuhan China kini merebak ke negara kita sehingga meningkat empat kali ganda pada The post appeared first on
Panik Wabak Covid 19 Menular Di Sepanyol Harga Face Mask Melambung Kepada Rm1 419

Panik Wabak Covid 19 Menular Di Sepanyol Harga Face Mask Melambung Kepada Rm1 419

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 320 hits
Bermula dari negara China siapa sangka wabak ini telah menular ke beberapa benua lain Selepas Italy mencatatkan angka kes COVID 19 yang tinggi negara Sepanyol pula menjadi ancaman terbaru kepada wabak ini Berdasarkan laporan terbaru bandar ...
Jangan Jadikan Covid 19 Modal Politik Kecaman Tak Bantu Selesai Masalah Hariri

Jangan Jadikan Covid 19 Modal Politik Kecaman Tak Bantu Selesai Masalah Hariri

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 205 hits
Amin Adnan KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor merasa kecewa dengan segelintir pihak yang menjadikan COVID 19 modal politik sebagaimana kenyataan Pemuda Parti Amanah dengan menyalahkan Perdana Menteri Tan...
Ketakutan Dan Panik Mungkin Bunuh Kita

Ketakutan Dan Panik Mungkin Bunuh Kita

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 244 hits
A Kadir Jasin Kalau Covid 19 tidak bunuh kita ketakutan dan panik mungkin akan bunuh kita Ini bukan lagi wabak penyakit Ia sudah jadi penyakit mental Ketakutan dan panik telah nengambil alih diapi apikan oleh ketidakwarasan dan ketidakberta...
Arahan Penutupan Premis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kerana Wabak Covid 19 Negeri Pahang

Arahan Penutupan Premis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kerana Wabak Covid 19 Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 595 hits
UNTUK MAKLUMAN DAN HEBAHAN ARAHAN PENUTUPAN PREMIS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KERANA WABAK COVID 19 NEGERI PAHANG 1 Memastikan semua premis premis kedai makan di daerah daerah yang mencatatkan kes positif Covid 19 dan di CAMER...
Jakim Tubuh Pasukan Khas Pengurusan Jenazah Wabak Covid 19

Jakim Tubuh Pasukan Khas Pengurusan Jenazah Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 660 hits
Kuala Lumpur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyediakan pasukan khas pengurusan jenazah mangsa wabak COVID 19 Timbalan Ketua Pengarah Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata pasukan itu telah diberi taklimat dan penerangan mengenai kaedah ...
Doa Minta Dijauhkan Elak Wabak Berjangkit Corona Covid 19

Doa Minta Dijauhkan Elak Wabak Berjangkit Corona Covid 19

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 719 hits
Doa Minta Dijauhkan Elak Wabak Berjangkit Corona Covid 19Doa Minta Dijauhkan Elak Wabak Berjangkit Corona Covid 19 Malaysia dikejutkan dengan berita penularan Novel Coronavirus Covid 19 suatu penyakit global Covid 19 mula memasuki Malaysia ...
Kreatif Jurutera Pakai Plastik Sampah Ke Pasar Raya Elak Covid 19

Kreatif Jurutera Pakai Plastik Sampah Ke Pasar Raya Elak Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 222 hits
Zamakhsyari pertama kali mengunjungi pasar raya setelah empat hari berturut turut tidak keluar untuk mendapatkan barangan keperluan sepanjang tempoh PKP KUALA TERENGGANU Tujuan pakai macam ni bukan sekadar menjaga keselamatan dalam masa yan...
Moratorium Pembiayaan Bank Sempena Wabak Covid

Moratorium Pembiayaan Bank Sempena Wabak Covid

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 541 hits
ELOK TANYA DULU BETUL ATAU TIDAK DARI PIHAK BANK ANDA JANGAN NAK KENCING BAYAR HUTANGApa itu moratorium Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda Ini bermakn...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut