Elak Cukai Di Bawah Sst Siapa Yang Untung


Walaupun diakui semua bahawa sistem GST lebih telus, ramai yang tidak faham bagaimana ianya mengurangkan kegiatan pengelakkan cukai berbanding sistem SST yang ada banyak kelemahan.
GST berperanan memastikan setiap peringkat urusniaga dipantau secara teliti sebelum barang itu dijual di pasaran.

Lain kata, GST ialah sistem berperingkat manakala sistem SST hanya melibatkan peringkat permulaan (cukai jualan) dan cukai terakhir (cukai servis).

Di bawah GST, peniaga disetiap peringkat mesti melaporkan dan membayar Output GST untuk menuntut balik Input GST yang mereka telah bayar.

Keperluan ini tidak wujud untuk sistem SST.

Cukai jualan SST hanya dikenakan di atas pengilang ataupun pengimpot apabila menjual produk mereka kepada pemborong.

Pemborong tidak kena.

Oleh itu, ianya membuka ruang kepada pengilang untuk menjual kepada pemborong yang juga milik ataupun kawan mereka.

Harga jualan dari pengilang kepada pemborong akan dikurangkan. Dengan ini, cukai jualan yang dibayar kepada kerajaan lebih rendah.

Pemborong pula akan menjual kepada peruncit pada harga sebenar dan mengaut keuntungan luar biasa.

Ini bermakna pihak pengilang dan pemborong yang juga pihak mereka akan untung lebih banyak manakala kerajaan rugi.

Oleh kerana di dalam situasi pengelakan cukai ini, keuntungan pemborong kini akan luar biasa tinggi, mereka akan mengambil langkah untuk mengurangkan keuntungan untuk mengelak dari membayar cukai korporat yang tinggi.

Nak untung lebih bukan senang tetapi kalau nak rugi lebih, ianya sangat mudah.

Ada banyak cara - termasuk membuat pembayaran tinggi kepada pihak luar negara dan inilah antara sebab pengaliran dana keluar negara secara haram (illicit capital outflow) berlaku.
Selama berpuluh tahun, Malaysia diklasifikan sebagai antara negara yang paling tinggi berlakunya illicit capital outflow.

Di bawah sistem SST (yang sebenarnya dua cukai), ada juga banyak situasi di mana ada produk yang dikenakan dua kali cukai - iaitu cukai jualan dan cukai servis.

Sebagai contoh, minimum tin yang dikenakan cukai jualan 10% diperingkat pengilang akan juga dikenakan cukai servis 6% apabila dihidang di restoran.

Begitu juga dengan alat-ganti kereta yang dipasang di bengkel kereta di mana cukai servis turut dikutip.

Oleh kerana tidak ada lagi insentif untuk restoran ataupun bengkel kereta melaporkan jualan sebenar, cukai servis yang dikutip oleh mereka tidak dibayar kepada kerajaan dan disimpan sebagai untung tambahan.

Ini antara sebab mengapa ada setengah-setengah restoran ataupun bengkel kereta tidak memberi resit rasmi.
Ini berbeza dengan sistem GST di mana mereka perlu lapor jualan sebenar untuk menuntut balik input GST mereka.

Inilah sebab mengapa ramai peniaga lebih suka cukai SST berbanding GST, mengapa pengaliran dana secara haram keluar negara kita selalu tinggi dan mengapa berlakunya pengelakan cukai yang tinggi.

Seperti yang ditunjuk di bawah pengiraan ini, selain keuntungan lebih tinggi untuk peniaga untuk kedua-dua senario SST, harga jualan akhir kepada pengguna akhir juga lebih tinggi berbanding GST.
Di bawah sistem SST: harga setengah barang lebih tinggi, peniaga lebih gembira dan kutipan cukai kerajaan ialah lebih rendah.

Ini alah sebab lebih dari 90% dari negara-negara lain didunia telah bertukar kepada sistem GST dari sistem SST.

Hanya Malaysia satu sahaja yang pulang kepada SST selepas melaksanakan GST.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://matkilaupenang.blogspot.com/2018/12/elak-cukai-di-bawah-sst-siapa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shakira Didakwa Elak Cukai 14 5 Juta Euro

Shakira Didakwa Elak Cukai 14 5 Juta Euro

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 379 hits
MADRID Pihak pendakwa raya Sepanyol akan memfail aduan di sebuah mahkamah terhadap Shakira atas dakwaan mengelak membayar cukai berjumlah 14 5 juta Euro menurut satu laporan kelmarin Peguam Shakira menafikan dakwaan itu Loading
Kat Sekolah Ada Orang Pegang Bawah Ini Tak Kawan Lelaki Anak Kecil Itu Mengangguk Wajah Ibunya Dah Pucat Lesi

Kat Sekolah Ada Orang Pegang Bawah Ini Tak Kawan Lelaki Anak Kecil Itu Mengangguk Wajah Ibunya Dah Pucat Lesi

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 780 hits
Kat sekolah ada orang pegang bawah ini tak Kawan lelaki Anak kecil itu mengangguk wajah ibunya dah pucat lesi Ibu bapa selalu dinasihatkan untuk memantau segala aktiviti anak anak agar tidak terjebak dengan perkara yang tidak diingini Selai...
Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah Rm5 Ribu

Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah Rm5 Ribu

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 471 hits
Betul Ke 70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu Kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan Kaji selidik ini dilakukan oleh Sweet Ring Ramai Rakyat Malaysia...
Nasihat Zeti Th Perlu Diletak Bawah Bnm

Nasihat Zeti Th Perlu Diletak Bawah Bnm

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 312 hits
12 Disember 2018Tan Sri Zeti Akhtar Aziz KUALA LUMPUR Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyokong keputusan kerajaan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia Bekas Gabenor...
Masih Di Bawah Umur Perampok Driver Grabcar Di Palembang Dituntut 10 Tahun Bui

Masih Di Bawah Umur Perampok Driver Grabcar Di Palembang Dituntut 10 Tahun Bui

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 232 hits
Jaksa Penuntut Umum menuntut Franata Ariwibowo selama sepuluh penjara dalam kasus perampokan disertai pembunuhan driver Grabcar Sofyan Terdakwa merupakan satu dari empat pelaku yang terlibat
Pasar Rakyat Jadi Arena Jokowi Dan Sandiaga Merebut Suara Masyarakat Bawah

Pasar Rakyat Jadi Arena Jokowi Dan Sandiaga Merebut Suara Masyarakat Bawah

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 332 hits
Pasar adalah pusat pergumulan rakyat yang kerap luput dari para pemangku jabatan di Ibu Kota kata Jusman
Buat 2 Kerja Dulu Berjemaah Gelakkan Ahmad Maslan Sekarang Bawah Ph Sah Sah Kena Buat 2 Kerja

Buat 2 Kerja Dulu Berjemaah Gelakkan Ahmad Maslan Sekarang Bawah Ph Sah Sah Kena Buat 2 Kerja

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 355 hits
Dulu kalian semua gelakkan idea Ahmad Maslan supaya melakukan dua kerja kerana ia bukanya luar biasa Tetapi hari ini setelah hanya 6 bulan PH memerintah sudah ramai yang terpaksa melakukan dua kerja kerana hidup semakin susah ekonomi lembap...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping