Elak Buat Tiga Cara Ini Bila Air Masuk Dalam Telinga


Elak Buat Tiga Cara Ini Bila Air Masuk Dalam Telinga  || Rasanya kita semua pernah dimomokkan dengan kepercayaan di mana perlu mengetuk telinga lagi sebelah jika air masuk dalam telinga. Aku punfikir benda sama weh!
Ini kerana aktiviti seharian yang biasa seperti mandi di dalam bilik air juga boleh mengakibatkan keadaan ini berlaku lalu menyebabkan ketidakselesaan.
Persoalannya, apakah yang perlu dan tidak perlu dibuat untuk mengeluarkan air masuk dalam telinga?
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih mendalam lagi!
Bahaya air masuk dalam telinga…Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu akan bahayanya terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu perkara yang normal dan biasa terjadi kepada setiap individu.
Ini kerana kita semua sangat kerap terdedah kepada air terutamanya ketika membersihkan diri sendiri.
Bayangkan, aktiviti seharian seperti mandi di bawah pancuran air, di dalam tab, jakuzi, kolam atau laut sudah pasti akan mengakibatkan air masuk dalam telinga.
Meskipun ia normal dan biasa, kalian tidak harus memandang ringan akan perkara ini kerana ia boleh mengakibatkan bahaya terhadap kesihatan jika dibiarkan begitu sahaja.
Bahaya yang diperkatakan itu adalah anda berisiko terkena jangkitan otitis externa atau lebih dikenali sebagai swimmer’s ear.
Apakah ia? Ia adalah sejenis jangkitan yang berpunca daripada bakteria!

Jika dijangkiti dengannya, inilah yang akan terjadi kepada telinga anda:
KegatalanKemerahanKesakitanKeluar cecair jernih yang tidak berbauDisebabkan itu, adalah penting untuk mengeluarkan air daripada dalam telinga dengan cara yang akan kami nyatakan di bawah nanti.
Apa yang perlu dibuat?Air yang masuk dalam telinga mungkin akan menyebabkan anda kekurangan atau kehilangan pendengaran yang boleh jadi bersifat sementara atau kekal jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan susulan.
Jadi, apa yang perlu dibuat sekiranya keadaan ini terjadi?
Keringkan bahagian luar telinga dengan kain yang lembutSengetkan kepala ke arah berlawanan agar air tadi dapat mengalir keluarTarikkan cuping telinga yang dimasuki air ke bawah untuk memudahkan aliran airGunakan alat pengering rambut ke arah telinga yang dimasuki air dengan frekuensi terendahDapatkan ubat titis telinga di farmasi, klinik atau hospitalSekiranya anda tiada masa untuk ke hospital, tiada masalah ya!
Kalian boleh membuat ubat ini sendiri di rumah dengan cara campurkan cuka dengan alkohol dan letakkan 1 sudu kecil sebatian ini ke dalam kedua-dua telinga.
Selepas itu, tegakkan kembali kepala anda yang disengetkan untuk memasukkan sebatian ini dan biarkan sahaja air mengalir keluar daripada telinga dengan sendiri.
Pun begitu, adalah sangat disarankan untuk kalian pergi berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan sebarang diagnosis mengenai telinga yang dimasuki air.

Apa tidak perlu dibuat?Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu cara yang betul untuk mengeluarkan air daripada dalam telinga melalui 5 langkah yang kami berikan di atas tadi.
Berbalik pula pada persoalan utama artikel ini iaitu apakah 3 perkara yang menjadi pantang larang tersebut?
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa pantang larang yang kalian mesti patuhi jika cuba merawat keadaan ini.
Ramai individu melakukan kesilapan ketika berusaha untuk mengeluarkan air daripada telinga tanpa menyedarinya.
Ketahuilah bahawa penggunaan teknik yang salah boleh mencederakan bahagian dalaman telinga kalian.
Bukan itu sahaja, ia juga mungkin akan meningkatkan lagi risiko telinga untuk mendapat jangkitan lebih teruk.
Oleh itu, JANGAN buat 3 perkara ini jika air masuk telinga:
Menggunakan putik kapas kerana ia akan menyebabkan tahi telinga termasuk ke dalam telinga dengan lebih dalam sekali gus menyebabkan jangkitan bakteria lebih mudahMemasukkan jari atau kuku kerana ia hanya akan menyebabkan kecederaan pada bahagian dalaman atau sekitar lubang telingaMenitiskan ubat titis telinga (hydrogen peroxide) sekiranya anda mempunyai keadaan kesihatan atau kelainan pada telingaKonklusinya, sila buat 5 langkah dan elak 3 perkara di atas ini untuk menyelesaikan masalah air masuk dalam telinga anda okay!

Air masuk dalam telinga, jangan dibiarkan!Mungkin ramai yang menyangka bahawa tiada apa yang perlu dibuat jika air masuk dalam telinga kerana ia akan keluar dengan sendiri.
Ya, pemikiran sebegitu mungkin ada benarnya namun ketahuilah bahawa kalian juga berisiko mendapat jangkitan bakteria yang teruk.
Oleh itu, jangan sesekali anda membiarkan sahaja perkara ini berlaku tanpa berbuat sebarang tindakan.
Dalam pada itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati bukan? Jadi sila elak ia daripada berlaku!
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menggunakan alat penutup telinga atau topeng penutup telinga ketika melakukan aktiviti yang melibatkan air.
Tidak kira sama ada kalian mandi di dalam bilik air rumah sendiri atau di takungan air awam, langkah ini wajar diamalkan untuk langkah berjaga-jaga.
Atau lebih mudah, sumbatkan sahaja dengan putik kapas sebelum masuk mandi! Namun diingatkan agar kalian tidak memasukkannya terlalu dalam ya?






Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/12/elak-buat-tiga-cara-ini-bila-air-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jerawat Boleh Tumbuh Sebab Pakai Mask Real Ini Cara Untuk Elak Maskne

Hiburan Jerawat Boleh Tumbuh Sebab Pakai Mask Real Ini Cara Untuk Elak Maskne

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 695 hits
Ketika berdepan pandemik seperti sekarang ke mana pun kita pergi diwajibkan memakai mask Tapi kerana debu dan kotoran yang terperangkap di sebalik mask dipakai itu ada antara kita mendapat jerawat disebabkan pemakaian mask maskne Alahai nak...
Sudah Mempunyai Akaun Spa8i Ini Cara Daftar Spa9 Dan Dapatkan Id Baru Untuk Login Masuk

Sudah Mempunyai Akaun Spa8i Ini Cara Daftar Spa9 Dan Dapatkan Id Baru Untuk Login Masuk

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 899 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRamai yang sudah tahu bahawa Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dinaiktaraf dengan sistem yang lebih teratur daripada SPA8i kepada SPA9 Kini anda bolehlah menggunakan sistem S...
Ingatan Dan Kemurkaan Sultan Orang Politik Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri Besok Ulang Lagi

Ingatan Dan Kemurkaan Sultan Orang Politik Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri Besok Ulang Lagi

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 378 hits
Kalau Menteri hayati sumpah dan ikrar mereka dapat kuasa tak mungkin akan korup dan jadi penyamun
Tips Elak Scam Iphone Jenis Cara Check Condition Ip Baru Secondhand Refurbished

Tips Elak Scam Iphone Jenis Cara Check Condition Ip Baru Secondhand Refurbished

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 560 hits
TIPS elak scam iphone jenis cara check condition ip baru secondhand refurbishedDitulis oleh FamiPerkara yang korang wajib tahu sebelum nak beli iphone sebab perkara ni ramai orang terlepas pandang jangan beli phone mahal mahal tapi kena sca...
Resepi Homemade Satay Ayam Daging Versi Air Fryer

Resepi Homemade Satay Ayam Daging Versi Air Fryer

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 439 hits
1st trial homemade satay ayam daging versi air fryer di musim pkp puas hati Tips nk dpt kn cantik berkilat balik dan sapukan madu air minyak serai skit ResepiIsi ayam 1kg potong kiubDaging lembu 1 2 kg potong kiubBhn blendBwg putih 5Bwg bes...
Liputan Media Isu Air Selangor

Liputan Media Isu Air Selangor

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 294 hits
Liputan Media mengenai pencemaran bau di sungai Semenyih yang menyebabkan Loji Pembersihan Air Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa di henti tugas buat sementara 5 Oktober 2020 Wartawan Sazrin ZainalJurukamera Junaidy Jaafar
Kesedihan Dan Air Mata Mengalir Najib Tangisi Pemergian Tun Rahah

Kesedihan Dan Air Mata Mengalir Najib Tangisi Pemergian Tun Rahah

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 573 hits
December 18 2020 5 27 PMPETALING JAYA Ibu kepada bekas perdana menteri Najib Razak Rahah Mohamed Noah meninggal dunia Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun Kesedihan dan air mata mengalir Tiada kata kata untuk kehilangan ini kata Najib ...
Lebih 2 000 Penghuni Rmm Teluk Kalong Tinggalkan Rumah Dinaiki Air

Lebih 2 000 Penghuni Rmm Teluk Kalong Tinggalkan Rumah Dinaiki Air

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 260 hits
Oleh Penghuni RMM Teluk Kalong Kemaman berpindah ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak pagi tadi Foto NSTP Ghazali Kori CHUKAI Air yang naik secara mendadak memaksa lebih 2 000 penghuni ...
Siri 18 Sejauh Mana Hak Pulau Pinang Guna Air Di Sempadan Sendiri

Siri 18 Sejauh Mana Hak Pulau Pinang Guna Air Di Sempadan Sendiri

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 219 hits
BICARA SEMASA BERSAMA YB MUHAMMAD FAIZ FADZIL TAJUK SEJAUH MANA HAK PULAU PINANG GUNA AIR DI SEMPADAN SENDIRI TARIKH 17 12 2020 MASA 9 00 MALAM MODERATOR MOHD SHAIFUL ROSEMAN PANEL YB MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv