Salah Sikit Mengamuk Jangan Marah Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur


Sudah tentu ibu ayah akan merasa rungsing jika anak tidak mahu tidur. Biarpun aktif pada waktu siangnya, dia tetap tidur lewat pada malamnya. Anak-anak yang kurang tidur akan menyebabkan mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya. Inilah salah satu punca mereka akan tantrum pada waktu siang.
Apakah inisiatif yang boleh diambil oleh ibu ayah untuk mengatasi masalah anak tidak mahu tidur ini? Tidur merupakan salah satu keperluan asas dalam fungsi badan manusia sebagaimana bernafas, makan dan minum.
Artikel Menarik: [Jangan Marah Anak Makan Bersepah. Itu Bukti Dia Semakin Bijak!]

Tidur yang cukup dan berkualiti adalah salah satu faktor yang penting bagi kesihatan yang baik, terutamanya bagi anak kecil yang sedang membesar dengan pesat. Tidur yang secukupnya adalah sangat penting bagi memastikan segala fungsi organ dan badan berada di tahap optimum.
Semasa tidur, tisu-tisu atau sel-sel organ penting seperti jantung dan salur darah melalui proses pemulihan. Sel-sel otak si kecil juga dicas semula  dan litar sinaps  baharu dilahirkan semasa tidur.
Hal ini penting supaya keesokan harinya anak anda dapat mempelajari lebih banyak benda baharu, membina memori dan ingatan dan sebagainya. Ia juga membantu  menyeimbangkan emosi dan psikologi dan seterusnya membolehkan anak anda belajar berfungsi dengan baik dalam struktur sosial dan masyarakat.

Artikel Menarik: [Seawal Setahun NAk Anak Ringan Mulut, Kena Rajin Layan. Soal Tak Faham Nombor Dua]
Selain daripada itu, tabiat pemakanan anak anda juga dipengaruhi oleh rutin tidur dan berjaga yang optima dan konsisten kerana sebahagain ritma rembesan hormon yang mengawal selera makan anak anda bergantung kepada tabiat tidur yang sihat.
Kanak-kanak yang berusia 1 – 2 tahun disarankan untuk tidur selama 11 – 14jam sehari. Ini termasuk waktu tidur di siang hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak tidur dalam lingkungan 10 – 12 jam pada usia tersebut. Kanak-kanak di usia ini sudah mula lebih aktif mempelajari benda baharu, menerokai pelbagai aktiviti, dan mungkin akan kurang ‘berminat’ untuk tidur terutamanya di siang hari.
Malah ada kanak-kanak yang melawan keinginan untuk tidur dan hanya akan tidur setelah terlalu kepenatan. Walau bagaimanapun sebagai ibu bapa, kita seharusnya cuba untuk menyusun atur waktu berjaga dan waktu tidur anak sebaik mungkin. Tetapkan waktu tidur yang konsisten supaya anak belajar rutin yang betul.

Apabila menghampiri waktu untuk tidur, hentikan segala aktiviti termasuk gajet elektronik seperti televisyen dan telefon bimbit dan malapkan cahaya di kamar tidur. Berikan snek susunya sambil mendodoikan anak kecil anda sehingga tidur.
Antara simptom atau gejala anak yang kurang tidur adalah cepat marah atau kerap mengamuk, impulsif atau berubah emosi secara mendadak.

Artikel Menarik: [Ambil Sarapan Pagi Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak, Jangan Malas Untuk Bersarapan]
Kadangkala anak yang kurang tidur juga boleh menjadi terlalu hiperaktif buat seketika. Sekiranya ia berterusan, anak yang terlalu kurang tidur pula mungkin kelihatan tidak bermaya dan kurang berminat untuk melalukan aktiviti dan mempelajari benda baharu.

Selain daripada itu, kurang tidur atau tabiat tidur yang tidak sihat juga boleh mempengaruhi selera dan tabiat makan anak-anak. Seterusnya ini akan mempengaruhi tumbesaran anak anda sama ada menyebabkan kekurangan zat dan menjejaskan tumbesaran atau menyebabkan kecenderungan kepada obesiti.
Sumber: Majalah Pa&Ma
 
 
The post Salah Sikit, Mengamuk! Jangan Marah, Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/salah-sikit-mengamuk-jangan-marah-anak-buat-hal-sebab-tak-cukup-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Besarkan Didik Anak Itu Tanggungjawab Bersama Suami Jangan Biar Isteri Urus Seorang Diri

Besarkan Didik Anak Itu Tanggungjawab Bersama Suami Jangan Biar Isteri Urus Seorang Diri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 445 hits
Dalam mendidik anak anak suami dan isteri punya peranan masing masing Jika ibu banyak menumpukan perhatian dengan kerja rumah tak salah rasanya jika ayah membantu uruskan anak anak Barulah ringan sama dijinjing berat sama dipikul Seperti pe...
Kucing Datang Tiba Tiba Di Kediaman Abam Teman Anak Tidur Sejak Arwah Pergi

Kucing Datang Tiba Tiba Di Kediaman Abam Teman Anak Tidur Sejak Arwah Pergi

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 374 hits
Pemergian Abam bukan sahaja ditangisi oleh sahabat handai dan ahli keluarga malahan sebahagian rakyat Malaysia turut terkesan dengan hal tersebut Satu demi satu kisah hidupnya dirungkai dan ternyata betapa hebatnya insan bernama Syed Umar M...
Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

Ibubapa Jangan Lupa Amalkan 7 Doa Terbaik Ini Untuk Anak Anak Berjaya Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1879 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang baik dan mendengar kata kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang beragama Isla...
Kalau Dah Terlepas Suntikan Imunisasi Anak Jangan Abaikan Terus Refer Doktor

Kalau Dah Terlepas Suntikan Imunisasi Anak Jangan Abaikan Terus Refer Doktor

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 400 hits
Dek kerana kesibukan bekerja ada sesetengah ibu bapa yang terlepas jadual suntikan imunisasi anak Mungkin sudah tidak teringat tetapi apabila diteliti semula buku pemeriksaan anak barulah tersedar yang ada suntikan vaksin untuk anak yang ma...
Jangan Berkira Selalu Lah Belanja Anak Makan Itu Rahsia Besar Murah Rezeki

Jangan Berkira Selalu Lah Belanja Anak Makan Itu Rahsia Besar Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 450 hits
Mak ayah bila dah berjanji dengan anak tunaikan lah Lagi lagi bila janji nak belanja anak makan sedap Tak perlu nak lengah lengahkan waktu sebab anak yang menuntut janji itu amat mengharap sebenarnya Anak anak mungkin tak tunjuk tapi dalam ...
Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 542 hits
Adakalanya malang tidak berbau Kecederaan yang berlaku tanpa kita jangka membuatkan anak kecil kita menerima kesan yang berpanjangan hingga membesar Salah satu hal yang perlu dijaga adalah gigi anak anak terutama apabila anak sudah pun mend...
Kita Yang Susukan Anak Bukan Mereka Jangan Mudah Terkesan Dengan Kata Orang

Kita Yang Susukan Anak Bukan Mereka Jangan Mudah Terkesan Dengan Kata Orang

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 293 hits
Setiap ibu yang menyusukan bayi mereka pasti akan ada ujiannya yang tersendiri Ada yang kurang susu payudara terasa sakit dan banyak lagi Semua itu adalah normal dan sangat penting untuk para ibu yang menyusukan anak ini mendapatkan ilmu la...
Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim Ayat Itu Gores Hati Saya

Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim Ayat Itu Gores Hati Saya

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 531 hits
PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi jangan makan harta anak yatim kepada ibunya Sabariah Arshad 63 Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rum...
Tiap Petang Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja Jangan Kecewakan Hati Mereka Beringatlah

Tiap Petang Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja Jangan Kecewakan Hati Mereka Beringatlah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 232 hits
Banyak kemalangan jalan raya berlaku sejak akhir akhir ini ada yang melibatkan kematian ibu bapa kematian anak dan juga kecederaan teruk Yang paling sedih berlaku apabila kemalangan melibatkan ibu bapa dan tinggalah si anak sebatang kara An...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Manjaberries Lancar Dua Produk Baharu Fokus Suplemen Semula Jadi Untuk Wanita

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung