Misz-ella sambung cerita Ekspresi Media 2019 ke Tasik Kenyir. Hari ke dua di Tasik Kenyir, kami ke beberapa lokasi menarik di sini iaitu Pusat Santuari Kelah, Taman Herba, Taman Orkid dan Air Terjun Saok. Sebelum tu, kita berfotoan dahulu berlatarbelakangkan anak air terjun yang comel tu..
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Sebaik sahaja tiba, Misz-ella sangat teruja sebab tempat ini dah berubah menjadi lebih mesra pelancong. Dulu kami perlu hiking berjam-jam untuk ke tempat ikan kelah ni tapi sekarang sudah ada jambatan batu dan jambatan gantung yang tersangatlah cantik, kukuh dan selamat merentasi alam semulajadi Tasik Kenyir untuk sampai ke lokasi ikan kelah ini iaitu Lubok Kejor, Sungai Petang. Dalam perjalanan nak sampai tu, kami berhenti beberapa kali kerana pemandangan sangat lawa, rugi lah tak ambik gambar, kan ..

Perjalanan hampir 45 minit bertemankan keindahan alam semulajadi Kenyir, udara segar dan bunyi-bunyi alam yang mendamaikan jiwa ~ This is heaven .. Bagai syurga kecil jatuh ke bumi *rindu Kenyir*
Sepanjang perjalanan sejauh 1.7km, ada lima pondok rehat berinformasi. Sambil lepas lelah sambil baca infomasi tentang ikan-ikan yang terdapat di Tasik Kenyir ni.
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Lokasi baru lebih selamat dan mesra pengunjung. Tak kira umur ataupun keadaan fizikal, sesiapa pun boleh mandi dengan ikan kelah sekarang ni. Nak tau tak kenapa lokasi bermain dengan kelah ini dipindahkan? Kerana secara fitrahnya, alam semulajadi sentiasa berubah mengikut keadaan semasa .. tempat lama dulu tidak lagi selamat untuk mandi manda kerana dasar air disitu sudah semakin dalam.

Ada dua jenis spesis Ikan Kelah disini iaitu Kelah Hitam dan Kelah Merah. Ikan-ikan disini sebenarnya adalah ikan kelah liar tetapi telah dididik supaya mesra pengunjung. Bila dia kesan kehadiran kita, maka dia pun menghampiri kita secara berjemaah. Dia kiss-kiss sikit .. cuit-cuit sikit .. saja dia nak bermanja-manja .. jangan risau sebab ikan kelah tak de gigi tau. 
Lepas dah selesai bermesra dengan ikan kelah, kami bergerak ke Taman Herba yang terletak di Pulau Sah Kecil. Pulau Sah Kecil adalah pulau yang paling hampir dengan jeti Pengkalan Gawi, iaitu hanya 7km sahaja jaraknya. 

Kiri, kanan, depan belakang semua pokok herba .. rambang mata Misz-ella dibuatnya
Selain dari dapat kenal tumbuhan herba dengan lebih dekat, pengunjung juga dapat merasa air herba yang direbus secara tradisional *guna kayu api* disini dengan percuma.
Misz-ella pun cuba *walau dah pernah cuba sebelum ini* macam-macam rasa .. ada yang pahit, tawar tapi yang pasti semuanya beraroma herba.

Cantik pemandangan di Taman Herba ni. Kalau ke Tasik Kenyir, you all jangan lupa datang ke sini tau. Tiada bayaran masuk dikenakan kerana taman ini dibina dengan tujuan untuk memberi pendedahan serta ilmu kepada pengunjung tentang kewujudan tumbuhan herba yang terdapat di negara kita.
Sebelum balik, jangan lupa berkunjung ke Kedai Cenderamata dan belilah buah tangan dari Taman Herba untuk kesayangan.
Lepas tu kami ke Taman Orkid. Taman Orkid merangkumi Pulau Selimbar Hulu, Pulau Selimbar Hilir dan Pulau Belit. Disini terdapat pelbagai spesis orkid liar dari spesis tempatan dan antarabangsa.
Sejujurnya, Misz-ella bukan peminat orkid tetapi orkid-orkid di sini sangat menawan hati, mungkin kerana ditanam berlatarbelakangkan alam semulajadi. Tengok orkid, nampak air tasik yang cantik! Wowww sangat, kan.


Antara pokok-pokok orkid yang sempat Misz-ella rakamkan. Bayaran masuk ke Taman Orkid ialah RM20.00 untuk seorang dewasa.
Ada jambatan gantung yang menghubungkan ketiga-tiga buah pulau tersebut. Haihh .. rasanya sepanjang trip Ekspresi Media 2019 ke Tasik Kenyir ni, yang paling bahagia ialah mata kerana disajikan dengan pemandangan yang indah-indah belakaa manakala yang paling merana ialah kaki kerana paling banyak kena dera ke sana sini *hehehe*

Di Taman Orkid juga ada chalet terapung yang dibuat khas untuk kaki-kaki pancing yang mahu bermalam di sini. Kalau nak tempah pakej memancing di Taman Orkid ni, hubungi nombor telefon 09-666 8498.
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia
Ada aktiviti Flydrop jugak. Fly lepas tu drop dalam air tasik *Gambar dari Amazing Terengganu*
Gambar dari Amazing Terengganu*Follow FB dan IG Amazing Terengganu untuk lihat post-post diaorang tentang Tasik Kenyir dan Terengganu*
Gambar dari Encik Muadz, Tourism Malaysia|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |