Ekpresi Media Kenyir 2019 Trekking Ke Pokok Melunak Dan Gua Bewah


Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak sambung kisah Bercinta dengan alam seperti yang Misz-ella war-warkan sebelum ini. Tasik Kenyir, bukanlah asing pada Misz-ella kerana pernah beberapa kali ke sini tetapi bila dijemput untuk sertai trip Ekspresi Media 2019 ke Tasik Kenyir ini oleh pihak Tourism Malaysia, hati Misz-ella tetap teruja kerana Tasik Kenyir sentiasa dekat di hati.

Kalau masih ada yang belum tau tentang kisah Tasik Kenyir, mari Misz-ella nak cerita. Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik Kenyir terhasil daripada pembinaan Empangan Jenagor, iaitu empangan hidro-elektrik terbesar di Asia Tenggara yang siap dibina sepenuhnya pada tahun 1986 dengan tujuan untuk menjana kuasa elektrik bagi penduduk Terengganu khususnya dan negara, amnya. 

Tasik Kenyir merupakan kawasan tadahan air yang sangat besar iaitu seluas 370km (lebih besar dari Singapura). Terdapat beratus-ratus sungai yang mengalir ke Tasik Kenyir. Tasik Kenyir dikelilingi oleh 340 gugusan pulau kecil. Kalau kita perhatikan betul-betul, ia sebenarnya adalah hutan belantara yang berada di atas paras air. Bermakna, akar-akar pokok hutan tersebut berada di dasar Tasik Kenyir dan ini berlaku selepas kawasan seluar 38,000 hektar di Tasik Kenyir ditenggelami air.



Sebelum wujudnya Tasik Kenyir, tempat ini dahulunya adalah penempatan penduduk Kampung Melur, Kelitok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terengganu, Kerbak dan Kampung Belimbing. 

Kedudukan kampung-kampung tersebut terlalu jauh di pedalaman. Hidup mereka terasing, bagai berada di dunia yang lain. Pengangkutan yang ada hanya lah jalan air. Kalau nak ke pekan Kuala Berang, mereka perlu naik sampan atau perahu. Dua hari baru sampai. Selepas mendarat, mereka perlu berjalan kaki setengah hari untuk sampai ke pekan. Penduduk kampung hidup bergantung kepada sumber alam semulajadi sehinggakan duit tiada nilai dan tidak berharga untuk mereka pada waktu itu. Penduduk-penduduk kampung tersebut dipindahkan seawal tahun 1950an iaitu sebelum Empangan Kenyir dibina. Kampung-kampung ini sekarang berada di dasar Tasik Kenyir kerana ditenggelami air semasa proses pembinaan Empangan Jenagor.

Menarik, kan sejarah awal Tasik Kenyir ni dan seharusnya berbanggalah kita kerana Malaysia ada Tasik Kenyir yang gah ini.


Gambar oleh Encik Muadz, Tourism Malaysia
OK .. jom kita sambung kisah trip Ekspresi Media 2019 ke Tasik Kenyir yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia ini. Walau dah banyak kali ke sini, Misz-ella tak pernah sekalipun menginap di resort, sebaliknya mesti menginap di Houseboat. Houseboat ni macam rumah lah, ada ruang tamu, bilik tidur, bilik air, dapur tetapi dia ada enjin. Ada beberapa port tertentu di mana houseboat akan parking dan disitu lah tempat kami bermalam. Kalau pergi di musim cuti, seronok tau sebab di dalam kegelapan malam tu, nampak lampu di sana sini *lampu dari houseboat lain lah you alls .. * langsung tak rasa sunyi.


Pemandangan dari tingkap bilik houseboat .. cantik, kan.

Yang paling best duduk di houseboat ni ialah bangun pagi, tenang rasa hati dan bahagia biji mata melihat hanya yang indah-indah belaka. Yang kedua best ialah tiada signal telekomunikasi di sesetengah tempat. Tak da line telefon, internet jauh sekali *ohhh .. heaven .. baru betul-betul bercuti, kan*

Gambar oleh Encik Muadz, Tourism Malaysia
Aktiviti pertama kami di Tasik Kenyir adalah menjejaki pokok melunak dengan menaiki speed boat. Setiap houseboat harus ada speed boat kerana ianya lebih laju .. kadang-kadang rasa macam naik roller coaster dibuatnya .. tinggal lagi tak terbalik je. 
Sesudah sessi taklimat, kami teruskan perjalanan untuk menjejaki pokok melunak yang terbesar di Malaysia ini.
Perjalanan sejauh 45 minit melalui denai-denai dan hutan ini agak santai. Trek nya tidak terlalu mencabar dan sesuai untuk semua peringkat umur.



Disebabkan hutan-hutan di Tasik Kenyir 'dara' maka segala biodiversiti nya masih terpelihara. Sepanjang perjalanan, kami temui kesan tapak kaki anak harimau

Dan kesan tapak kaki tapir

Gambar oleh Encik Muadz, Tourism Malaysia
Akhirnya, sampailah kami ke pokok melunak. Tahukah anda bahawa Malaysia ini bumi bertuah? Kedudukan Malaysia yang hampir dengan garisan Khatulistiwa membuatkan kita mendapat cahaya matahari hampir 365 hari setahun, waktu siang dan malam kita seimbang, kita dikelilingi lautan, ada air terjun, sungai dan Malaysia mempunyai hutan hujan tropika (rainforest) yang tertua di dunia, lebih tua dari Amazon. Hutan kita cantik, menjadi kawasan tadahan hujan dan pokok-pokok di dalam hutan ini menjadi canopy menapis karbon dari udara agar hanya oksigen yang bersih sahaja memasuki paru-paru kita? 
Besar, kan pokok ni. Pokok melunak ini dikatakan berusia hampir 314 tahun dengan ketinggian melebihi 100 kaki. Pokok melunak atau nama botaninya Pentace Hassk ini hidup di hutan hujan tropika dan dikatakan mempunyai nilai yang tinggi di dalam industri pembalakan.

Gambar oleh blogger Hans. Lawatilah blog dia di sini ye.
Terlalu besar ukurlilit pokok melunak ini iaitu bersamaan dengan 22 pemeluk orang dewasa. Buat pencinta alam macam Misz-ella, jumpa pokok yang besar dan cantik seperti ini adalah heaven ... al-maklumlah, saya memang suka masuk hutan dan sangat sayang kepada pokok-pokok anugerah Allah SWT kepada kita ni.
Gambar oleh Encik Muadz, Tourism Malaysia
Dah puas melihat dan bermesra dengan pokok melunak, kami teruskan perjalanan untuk ke Gua Bewah, gua batu kapur yang terdapat di negeri Terengganu. Tak jauh pun, bersebelahan dengan kawasan pokok melunak sahaja, tapi perlulah naik speed boat.
Misz-ella ingat lagi kali terakhir Misz-ella ke Tasik Kenyir, tak dapat masuk ke Gua Bewah ini kerana ditutup kepada orang awam. Kali ini 'berjodoh' saya dengan Gua Bewah gara-gara Tourism Malaysia. Alhamdulillah *happy gila*
Nak sampai ke pintu Gua Bewah harus menaiki hampir seratus anak tangga. Bila tengok dari bawah ... *fuhh semangat*
Tetapi langsung tidak membosankan kerana terdapat pelantar-pelantar rehat. Berhenti sekejap ambil nafas dan berfotoan ... cantik, kan Tasik Kenyir ni ... airnya biru kehijauan *tak puas mata memandang*
OK .. Misz-ella dah sampai ke pintu Gua Bewah *setelah penat mendaki ratusan anak tangga tu ..*
Satu perkara yang Misz-ella pelajari dari trip kali ini ialah, kalau ke Tasik Kenyir, guna lah servis Tour Guide yang bertauliah kerana banyak ilmu yang dapat kita ketahui dari mereka. Sebelah kiri Misz-ella ialah Encik Khairul Abu Bakar, tour guide tersohor di Kenyir yang pernah memenangi Anugerah The Best Nature Tourist Guide manakala sebelah kanan Misz-ella pulak ialah Kartunis Ujang yang komik-komik beliau saya baca dari umur belasan tahun lagi. Beli satu majalah Gila-Gila berebut lima beradik baca .. siap sorok bawah bantal lagi! Kartunis Ujang adalah antara orang yang mempopularkan Ekspedisi Memancing di Tasik Kenyir, iaitu seawal tahun 2009 iaitu tahun dimana pertandingan memancing yang pertama diadakan di Tasik Kenyir yang dianjurkan oleh beliau. Siapa nak masuk pertandingan memancing di Tasik Kenyir pada bulan November 2019 ni, bolehlah cari beliau di sini. 
Di dalam Gua Bewah ini ada galeri yang boleh kita lawati. Bewah bermaksud kenduri-kendara. Ini membuktikan bahawa tamadun awal manusia *zaman prasejarah* bermula di gua ini. Beberapa peralatan lama seperti pinggan mangkuk dijumpai di sini dan pada tahun 2009, rangka manusia tertua di negara kita telah dijumpai. Rangka yang dinamakan Bewah man itu dipercayai berusia 16,000 tahun dan kini disimpan di Muzium Terengganu. 
Perjalanan di dalam Gua Bewah agak mudah kerana terdapatnya soft board dan cahaya dari lampu solar yang dibina untuk kemudahan pengunjung.

Gambar oleh Encik Muadz, Tourism Malaysia
Usia geologi Gua Bewah ini dipercayai menghampiri 300 juta tahun. Kebanyakan stalagtit dan stalagmit di gua ini sudah matang dan tidak boleh membesar lagi kerana tiada lagi titisan yang mengandungi kalsium berkarbonat.
Tetapi ada juga yang masih boleh membesar seperti yang ini ..
Ini menarik kerana ia kelihatan seperti orang sedang Sujud *gambar dari FB Hidayah*
Antara yang boleh kita temui di dalam Gua Bewah ini adalah lumut bercahaya yang glow in the dark dan ketam comel. 

Dan kerana Tasik Kenyir sangat cantik, Misz-ella pun tak lepaskan peluang berfotoan disini.

Selepas itu, kami pun pulang ke kawasan Air Terjun Lasir dan bermalam di situ. Aktiviti petang itu adalah mandi manda di Air Terjun Lasir tapi Misz-ella tak pergi kerana sudah beberapa kali ke air terjun yang cantik itu.

Satu perkara yang Misz-ella suka nak kongsikan kepada pembaca semua adalah, keindahan alam semulajadi Tasik Kenyir sangat istimewa, datang berkali-kali pun tak jemu. Nanti Misz-ella kongsikan lagi kisah-kisah di Tasik Kenyir ye. You guys jangan lupa datang dan check it out!












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2019/04/ekpresi-media-kenyir-2019-trekking-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekspresi Media 2019 Tasik Kenyir Santuari Kelah Taman Herba Taman Orkid Air Terjun Saok

Ekspresi Media 2019 Tasik Kenyir Santuari Kelah Taman Herba Taman Orkid Air Terjun Saok

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 956 hits
Hello pembaca kesayangan Misz ella sambung cerita Ekspresi Media 2019 ke Tasik Kenyir Hari ke dua di Tasik Kenyir kami ke beberapa lokasi menarik di sini iaitu Pusat Santuari Kelah Taman Herba Taman Orkid dan Air Terjun Saok Sebelum tu kita...
Gua Kelam Perlis Percutian Keluarga 2019

Gua Kelam Perlis Percutian Keluarga 2019

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 860 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraTroback holiday with family26 29 3 19Terengganu perlisSalah satu Tempat menarik yang kami pergi time holiday hari tu ialah GuA KeLam PerLis thank sister in low and her family bawak kami masuk gua hari tu satu ...
Bantuan Sara Hidup 2019 Kategori Bujang Sudah Mula Di Bayar

Bantuan Sara Hidup 2019 Kategori Bujang Sudah Mula Di Bayar

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 567 hits
Mungkin rata rata golongan bujang telah menerima surat rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia di mana memberitahu dimana anda layak untuk menerima pembayaran RM100 yang lulus di bawah kategori bujang Bantuan Sara Hidup seperti diumumk...
Perhimpunan Bulanan Bil 3 2019 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Perhimpunan Bulanan Bil 3 2019 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 328 hits
Perhimpunan Bulanan Bil 3 2019 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan dengan tema Amalan Berbudi Bahasa dan Nilai Nilai Murni Teras Kecemerlangan Organisasi Next urusetia SKP...
Bujang Dapat Bsh Rm100 Pada Akhir Mac 2019

Bujang Dapat Bsh Rm100 Pada Akhir Mac 2019

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 485 hits
Bujang dapat BSH RM100 pada akhir Mac 2019 Dalam kenyataan akhbar Berita Harian pada akhir Februari 2019 yang lepas ada mengatakan Kerajaan setuju beri Bantuan Sara Hidup kepada individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkal...
Manchester United Tour 2019 Akan Berkunjung Ke Singapura

Manchester United Tour 2019 Akan Berkunjung Ke Singapura

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 272 hits
Penyokong dan peminat Manchester United di Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang ini apabila pasukan United dijadulkan akan mengharungi aksi pramusim di Singapura China dan Wales United akan beraksi menentang Inter Milan di Stadium N...
Polis Sedia Tem Bak Jatuh Sekiranya Ada Dron Diterbangkan Semasa Lima 2019

Polis Sedia Tem Bak Jatuh Sekiranya Ada Dron Diterbangkan Semasa Lima 2019

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 443 hits
Polis Sedia Tem bak Jatuh Sekiranya Ada Dron Diterbangkan Semasa LIMA 2019 Malaysia sekali lagi menganjurkan acara dwi tahunan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 yang berlangsung secara rasmi 26 hingga 30 Mac ini LIMA 2019...
Isra Miraj 27 Rajab 1440 H Jatuh Pada 3 April 2019 Perintah Sholat Pertama Kali Lewat Nabi Muhammad

Isra Miraj 27 Rajab 1440 H Jatuh Pada 3 April 2019 Perintah Sholat Pertama Kali Lewat Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 303 hits
Peristiwa Isra Mi Raj 2019 atau tanggal 27 Rajab 1440 H akan jatuh pada 3 April 2019 mendatang Peristiwa Isra Mi Raj 27 Rajab ternyata perintah shalat pertama kali lewat Nabi Muhammad bukan 5 Rakaat Isra Mi raj yang biasa diperingati umat m...
Februari 2019 Ojk Catat Industri Jasa Keuangan Terus Tumbuh Positif

Februari 2019 Ojk Catat Industri Jasa Keuangan Terus Tumbuh Positif

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 266 hits
Otoritas Jasa Keuangan melaporkan berbagai pertumbuhan positif lembaga jasa layanan keuangan pada Februari 2019 Antara lain meningkatnya penyaluran kredit perbankan penghimpunan Dana Pihak Ketiga hingga total aset likuiditas perbankan
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin