Eksport Sarung Tangan Malaysia Dijangka Lonjak Hampir 20 Peratus


KUALA LUMPUR, 8 FEB: Eksport sarung tangan getah Malaysia dijangka melonjak hampir 20 peratus kepada 230 bilion pasang pada 2020, meningkat daripada 192 bilion pasang tahun lepas ketika dunia bersiap sedia dalam usaha untuk memerangi wabak membawa maut koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Denis Low berkata unjuran pertumbuhan eksport dijangka lebih tinggi berbanding 210-220 bilion pasang yang diunjurkan oleh persatuan itu sebelum ini.
“Ini bermakna hasil eksport sarung tangan getah juga dijangka berkembang lebih tinggi berbanding unjuran terdahulu sebanyak RM20.68 bilion,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi pada Jumaat.
Memandangkan penyakit itu telah menular ke seluruh dunia, Low menjangkakan permintaan global terhadap sarung tangan getah meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus, naik daripada pertumbuhan permintaan biasa pada 8-10 peratus.
“Pada awalnya, dunia dijangka mengimport kira-kira 320 bilion pasang sarung tangan getah tahun ini berbanding 298 bilion pada 2019.
“Dengan penularan wabak ini, permintaan dijangkakan lebih tinggi lagi,” katanya.
Low yang memberi contoh pandemik Influenza A (H1N1) pada 2009 berkata permintaan terhadap sarung tangan getah meningkat 17 peratus pada tahun itu. Berdasarkan kepada situasi semasa H1N1 itu, beliau menjangkakan jualan sarung tangan getah berkembang antara 15 dan 20 peratus tahun ini.
“Ia bergantung kepada tempoh penularan penyakit ini, dan ia sudah pastinya tidak mereda dalam tempoh terdekat ini dan mungkin berlarutan sehingga enam ke lapan bulan lagi,” katanya.
Wabak koronavirus bermula di Wuhan, China pada lewat Disember 2019 dan ketika ini telah menular ke 28 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Setakat Jumaat, lebih 31,000 kes disahkan dan dilaporkan termasuk 15 di Malaysia, manakala kematian telah mencecah 636 orang di tanah besar China.
Malaysia, yang menjadi pengeluar sarung tangan terbesar dunia, pada 1 Februari 2020 berjanji untuk menyumbang 18 juta pasang sarung tangan perubatan ke negara itu dalam usaha untuk membendung penularan wabak tersebut.
Syarikat Malaysia yang berjanji untuk menyumbang sarung tangan perubatan ke China termasuklah Smart Glove Corporation Sdn Bhd (5.8 juta pasang), Top Glove Corporation Bhd (tiga juta pasang), Hartalega Holdings Bhd (2.58 juta pasang), Majlis Penggalakan Eksport Getah Malaysia (2.12 juta pasang), Supermax Corporation Bhd (dua juta pasang), Kossan Rubber Industries Bhd (sejuta pasang), YTY Group (sejuta pasang), Brightway Sdn Bhd (300,000), Koon Seng Sdn Bhd (100,000) dan Careplus Group Bhd (100,000).
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan global.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/eksport-sarung-tangan-malaysia-dijangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singapura Bekalkan 5 2 Juta Topeng Muka Kepada Rakyat Manakala Malaysia Hantar 18 Juta Sarung Tangan Ke China

Singapura Bekalkan 5 2 Juta Topeng Muka Kepada Rakyat Manakala Malaysia Hantar 18 Juta Sarung Tangan Ke China

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 655 hits
Netizen ini mempertikaikan tindakan Malaysia yang dilihat langsung tak patriotik Sepatutnya pertugas kesihatan dan rakyat negara ini yang terlebih dahulu dibekalkan sarung tangan Bak kata pepatah kera di hutan disusukan anak di rumah mati k...
Wabah Virus Corona Malaysia Kirim 18 Juta Sarung Tangan Medis Ke China

Wabah Virus Corona Malaysia Kirim 18 Juta Sarung Tangan Medis Ke China

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 258 hits
Wabah virus corona semakin meluas Sejumlah negara ikut terdampak Malaysia membantu China dengan menyumbangkan 18 juta eksemplar sarung tangan medis
Ilmu Tiada Penghujungnya Tomok Hampir Tamatkan Pengajian Di Universiti Utara Malaysia

Ilmu Tiada Penghujungnya Tomok Hampir Tamatkan Pengajian Di Universiti Utara Malaysia

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 277 hits
Sumber Gambar Astro GempakSeperti korang semua tahu Ohmedia suka kongsi perkara yang dapat jadi inspirasi untuk kita semua Terbaru penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail akan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana...
Mercu Baru Malaysia Reka Bentuk Merdeka 118 Persis Tangan Tunku Abdul Rahman Laung Merdeka

Mercu Baru Malaysia Reka Bentuk Merdeka 118 Persis Tangan Tunku Abdul Rahman Laung Merdeka

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 562 hits
Sememangnya tidak dinafikan bahawa setiap negara mempunyai keinginan untuk membina menara pencakar langit yang menjadi tumpuan dunia Dengan ketinggian yang mencakar langit Malaysia juga tidak terkecuali untuk tersenarai Antara menara yang t...
Penurunan Tol 18 Peratus Di Semua Lebuhraya Kendalian Plus Malaysia Mulai 1hb Februari 2020

Penurunan Tol 18 Peratus Di Semua Lebuhraya Kendalian Plus Malaysia Mulai 1hb Februari 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1400 hits
PENURUNAN TOL 18 PERATUS DI SEMUA LEBUHRAYA KENDALIAN PLUS MALAYSIA MULAI 1HB FEBRUARI 2020Rangkaian lebuh raya terbesar Negara terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan lebuh raya yang berkualitiuntuk keselesaaan pela...
Dymm Yang Di Pertuan Agong Diminta Campur Tangan Menyelesaikan Kemelut Politik Malaysia

Dymm Yang Di Pertuan Agong Diminta Campur Tangan Menyelesaikan Kemelut Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 367 hits
Dymm Yang Di Pertuan Agong Diminta Campur Tangan Menyelesaikan Kemelut Politik Malaysia
Pertumbuhan Ekonomi Q4 Malaysia Jatuh Ke Paras Terendah 3 6 Peratus

Pertumbuhan Ekonomi Q4 Malaysia Jatuh Ke Paras Terendah 3 6 Peratus

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 356 hits
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3 6 peratus pada suku keempat berbanding 4 4 peratus tahun sebelumnya kata Bank Negara Ia dikatakan kadar yang paling rendah dalam satu dekad lalu disebabkan pengeluaran kelapa sawit minyak mentah da...
Indeks Demokrasi Malaysia Lonjak Ke Kedudukan 43

Indeks Demokrasi Malaysia Lonjak Ke Kedudukan 43

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 436 hits
KUALA LUMPUR 4 FEB Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Demokrasi selepas berada di tempat ke 43 tahun lalu berbanding 52 pada 2018 daripada 167 negara yang dinilai Menurut laporan Indeks Demokrasi 2019 yang dikeluarkan Unit Perisika...
Jumlah Perdagangan Malaysia Dijangka Cecah Rm2 Trilion

Jumlah Perdagangan Malaysia Dijangka Cecah Rm2 Trilion

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR 4 FEB Jumlah perdagangan Malaysia dijangka mencecah RM2 trilion pada 2020 kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming Beliau berkata sasaran itu adalah berasaskan kepada jangkaan pemulihan perse...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu