Untuk masuk ke laluan Teluk Pandan Besar, kami perlu menyeberangi sungai melalui jambatan konkrit di jeti
Berjalan santai sambil menikmati suasana hutan bakau
Sesekali kami berhenti untuk memerhati alam semula jadi di sini
Jumpa pondok, kami singgah duduk sekejap
Pukul 1 tengah hari - kami tiba di penghujung laluan platform kayu. Terdapat papan tanda arah laluan hutan bagi laluan Lintang, Teluk Paku, Teluk Pandan dan Tanjung Rhu. Perjalanan merentas hutan bermula di sini.
Tak jauh berjalan, kami tiba di satu persimpangan dengan papan tanda arah. Kami ambil ke kanan untuk ke laluan Teluk Pandan Besar
Jumpa bunga cantik bertaburan di lantai hutan. Saya tak pasti bunga apa, agaknya bunga pokok keruing
Pemegang tangga kayu ni tak kukuh. Lebih stabil melangkah jika kita gunakan trekking pole.
Sambil berjalan, perhatikan tanda nama pokok. Saya suka baca nama-nama pokok, lepas tu senyum sendiri sebab tak pandai menyebut dengan betul
Cendawan pelbagai rupa, warna dan saiz
Laluan landai yang melegakan. Ada struktur batu besar di tepi laluan, saya jadi leka memerhatikan titisan air berjatuhan dari dinding batu tersebut
Tiba di satu tempat - ada notis berkenaan merokok dan terdapat sebuah bangku. Ingatkan notis larangan merokok dalam hutan taman negara, rupanya suruh berhenti sini kalau nak hisap rokok. Kami berhenti duduk sekejap di bangku tersedia, kita merokok dulu! Ehh…minum air je 😄
Pukul 1.40 tengah hari - kami tiba di kawasan berbatu. Kalau tadi kami berada di hutan dengan pokok besar dan rapat, selepas ini kami dapat menyaksikan pemandangan berbeza di hutan kerangas. Inilah antara keunikan Taman Negara Bako, terdapat pelbagai jenis hutan dalam sebuah taman negara. Cukup menarik|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |