Eksplorasi Gua Fairy Cave Nature Reserve Bau Kuching


Menyambung kembali catatan trip ke Kuching, Sarawak pada bulan Mei lalu. Catatan terdahulu - Serangan Agresif Monyet dan Menunggu Bot Yang Tidak Kunjung Tiba.
Selesai aktiviti eksplorasi hutan di Taman Negara Bako, saya dan Encik Suami bergerak menuju ke Bau untuk melakukan aktiviti eksplorasi gua di Gua Pari-Pari atau lebih dikenali sebagai Fairy Cave.
Antara tarikan lain yang terdapat di Bau - Gua Angin (Wind Cave), Tasik Biru dan Paku Rock Maze Garden. Dari jalan besar kita boleh nampak papan tanda untuk ke tempat-tempat tersebut. Tetapi dengan masa yang terhad, saya cuma boleh memilih satu tempat sahaja iaitu Fairy Cave

Kami tiba di Fairy Cave Nature Reserve kira-kira pukul 2.30 petang. Risau juga jika kami terlewat sampai kerana waktu terakhir untuk masuk adalah pada pukul 3 petang dan waktu lawatan berakhir pada pukul 4 petang. Kalau tak dapat masuk kali ini, entah bila lagi kami akan datang ke sini

Untuk masuk, cuma perlu bayar RM1 sahaja. Sebagai langkah keselamatan, pengunjung diwajibkan memakai kasut bersesuaian dan bawa lampu suluh sendiri. Bagi yang datang tak memakai kasut bersesuaian, boleh menyewa kasut di sini dengan caj sebanyak RM3. 
Pengunjung perlu mendaki anak tangga setinggi empat tingkat sebelum tiba di pintu gua. Anggaplah ini latihan stamina sebab nanti dalam gua ada banyak lagi anak tangga perlu didaki 😄
Tangga terakhir sebelum memasuki pintu gua

Encik Suami sebenarnya sedang mengalami sakit kaki kiri dek terpelecok sewaktu menuruni laluan berbatu di hutan taman negara, tapi berdegil nak ikut sama masuk ke gua. Mungkin risaukan saya yang bersungguh nak masuk berseorangan

Sebaik memasuki pintu gua, kita perlu mendaki anak tangga konkrit. Kemudian mendaki pula anak tangga besi untuk naik ke atas. Ruangan tangga ni gelap, memang sangat perlu cahaya lampu suluh. Masa inilah para pengunjung saling membantu - yang ada lampu suluh tolong suluhkan tangga besi untuk mereka yang tak bawa lampu. 
Naik satu lagi tangga besi yang agak tinggi, barulah kita sampai di ruang gua. Fuh! Mencabar juga tau. Patutlah ada pengunjung yang tak meneruskan perjalanan, berpatah balik

Teruja sungguh saya menyaksikan keunikan gua ini - ruang gua yang luas, dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan pelbagai bentuk batu gua yang menarik di mata saya. Walaupun cukup teruja, tapi saya harus berhati-hati melangkah anak tangga tersedia - sebahagiannya licin berlumut dan licin kerana najis haiwan (mungkin kelawar dan burung)

Terdapat lubang-lubang gua yang membolehkan cahaya matahari, udara dan air hujan masuk ke ruang gua. Jadinya gua ini tidaklah terlampau gelap secara keseluruhannya, tetapi ada tempat tertentu saja yang gelap dan perlu lampu suluh

Sudut pandang dari tempat yang paling tinggi di dalam gua

Masa ni ada seorang lelaki mat salih yang nampaknya lebih berusia daripada saya, sedang duduk di bangku dan memgang buku nota. Mungkin sedang membuat pemerhatian atau kajian berkenaan Fairy Cave - matanya memerhati sekitar dan tangannya mencatat sesuatu di buku nota. Eh, saya pun sedang buat pemerhatian juga. Bezanya, saya memerhati kemudian merekodkan dalam bentuk foto 😀
Pandang bawah, nampak semua orang jadi kecil. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas ya

Perhatikan bentuk batuan yang bergerigi dan ada belahan di sisi. Unik sungguh kejadian alam ciptaan Allah

Antara tumbuhan yang hidup subur di dalam gua. Sepanjang pengalaman saya melakukan aktiviti eksplorasi gua, ini pertama kali saya menyaksikan sebuah ruang gua luas yang dipenuhi tumbuhan - bagaikan sebuah taman yang tersembunyi. Cukup indah pada pandangan saya

Terdapat tiga laluan dalam Fairy Cave - twilight trail, dark trail dan summit trail (perlu permit)

Lubang gua yang menjadi sumber pencahayaan dan aliran udara dalam gua

Keunikan pembentukan batuan di lantai gua

Laluan ‘dark trail’ menuju ke ‘summit trail’. Laluan kecil ini sebenarnya sangat gelap. Saya tak meneruskan perjalanan sebab masa ni saya bersendirian, Encik Suami kena kurangkan berjalan jadi dia menunggu di bahagian bawah. Keadaan dalam gua juga semakin sepi, bila saya memandang sekitar barulah perasan bahawa tiada lagi pengunjung lain

Perjalanan turun ke bawah. Ruangan yang ada tangga besi paling tinggi ini merupakan ruangan paling sejuk - seperti ada penyaman udara

Video berdurasi 41 saat memaparkan suasana di dalam gua

Sebaik kami sampai di bawah iaitu di kaunter tiket, barulah perasan jam sudah pun menghampiri pukul 4 petang. Petugas terus menutup pintu pagar menuju ke tangga dan menunjukkan kami paip untuk membasuh kotoran - tangan rasa melekit dan seluar terkena kotoran tanah. Punyalah asyik menikmati keindahan gua sampai saya terlupa tengok jam 😅
Alhamdulillah sempat juga masuk ke Fairy Cave walaupun tak dapat habiskan ‘dark trail’. InsyaAllah ada kesempatan saya akan kembali lagi. Menurut saya, kunjungan ke Fairy Cave sangat berbaloi dan menyeronokkan. Saya suka dengan suasana gua yang asli begini









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/12/eksplorasi-gua-fairy-cave-nature.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Eksplorasi Gua Tempurung Geosite

Perak Eksplorasi Gua Tempurung Geosite

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 146 hits
Perak Eksplorasi Gua Tempurung Geosite Terletak di Gopeng 24km selatan Ipoh terdapat sebuat gua batu kapur antara yang terbesar di Malaysia Walaupun gua ini tidaklah sebenar Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak ia juga menarik untuk diteroka ol...
King Laksa Sarawak Dan Amamas Boutique Hotel Kuching

King Laksa Sarawak Dan Amamas Boutique Hotel Kuching

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 117 hits
Dari di Bau kami kembali ke bandar raya Kuching Kereta sewa dipandu menuju ke lokasi restoran King Laksa Sarawak yang terletak di Metrocity Matang Kuching Perjalanan mengambil masa hampir satu jam dengan jarak kira kira 45 km KING LAKSA SAR...
Kunjungan Hormat Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Ke Pejabat Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching

Kunjungan Hormat Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah Ke Pejabat Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 151 hits
KUNJUNGAN HORMAT PERGURUAN SILAT PUKULAN 12 SPRING SENDENG HADIAH KE PEJABAT RUMPUN SILAT SARAWAK WILAYAH KUCHING06 Disember 2024 Jumaat telah berlangsung kunjungan hormat Perguruan Silat Pukulan 12 Spring Sendeng Hadiah ke Pejabat Rumpun S...
10 Aktiviti Menarik Di Kuching Family Friendly

10 Aktiviti Menarik Di Kuching Family Friendly

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 175 hits
10 Aktiviti Menarik di Kuching Family Friendly Kuching adalah merupakan ibu negeri Sarawak dan destinasi yang kaya dengan budaya alam semula jadi serta keindahan landskap Tidak ketinggalan juga makanan tempatan dan minimum yang anda wajib c...
Explain How Police Reserve Land Ended Up In Developer S Hand

Explain How Police Reserve Land Ended Up In Developer S Hand

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 140 hits
Minister in the Prime Minister s Department Dr Zaliha Mustafa must explain how a land reserve in Taman Desa Kuala Lumpur which belonged to the police ended up in the hands of a developer Speaking in a press conference today former federal t...
Banjir Tiga Kampung Di Gua Musang Terima Dua Pps Baharu

Banjir Tiga Kampung Di Gua Musang Terima Dua Pps Baharu

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 140 hits
GUA MUSANG Kira kira 500 penduduk di Kampung Batu 5 Kampung Batu 6 dan Kampung Batu 7 di sini yang merupakan kawasan sering terputus hubungan akibat jambatan di laluan utama ditenggelami limpahan air sungai setiap kali hujan lebat menerima ...
10 Trainee Teachers Injured 1 Killed In Gua Musang Crash

10 Trainee Teachers Injured 1 Killed In Gua Musang Crash

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 101 hits
Preliminary investigations revealed a trailer was en route to Gua Musang Kelantan when the driver lost control and it crashed into the right side of four vehicles PETALING JAYA A female trainee from a teacher training institute in Besut Ter...
Kelantan Syarikat Lombong Bijih Di Gua Musang Diarah Hentikan Operasi

Kelantan Syarikat Lombong Bijih Di Gua Musang Diarah Hentikan Operasi

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 83 hits
Malaysiakini nbsp Selepas didedahkan Malaysiakini dua syarikat perlombongan bijih besi yang disyaki menyebabkan pencemaran di Sungai Kelaik Gua Musang Kelantan diarahkan supaya menghentikan aktiviti mereka Kementeria Sumber Asli dan Kelesta...
New Sinkhole At Jalan Lojing Gua Musang Forces Indefinite Closure

New Sinkhole At Jalan Lojing Gua Musang Forces Indefinite Closure

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 129 hits
The FT185 Section 78 60 Jalan Lojing Gua Musang route has been completely closed to all vehicles until further notice due to the presence of a sinkhole Picture via X BernamaGUA MUSANG Dec 15 The FT185 Section 78 60 Jalan Lojing Gua Musang r...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa