Ekspedisi Ke Air Terjun Berdebu
Air terjun berdebu terletak disungai kelemin hulu dungun terengganu..kampung yg terdekat dengan tempat tu ialah kampung talong,Air terjun ni merupakan air terjun yg baru.Baru maksudnya ialah air terjun ni belum dikenali oleh orang ramai dan sangat jarang dikunjungi oleh orang luar kerana terletak jauh dihulu sungai.Tempat ni hanya dikunjungi oleh pemancing2 dari kampung berdekatan sahaja...Lebih setengah abad tempat ini telah menjadi tumpuan pemancing dari kampung berdekatan seperti dari Felda Mengkawang dan kampung talung..Pendek kata tempat ni tak jadi hairan kpd org tempatan.Selain dari tu tempat ini telah lama diketahui,terutamanya pembalak, Kayu Kayan disini telah lama dipunggah, seawal tahun 60an dan tahun 70an lagi.. Walaupun macamana pun kawasan betul2 air terjun berdebu mungkin tiada pembalakan sejak dari dulu,tp dalam 1 km dari air terjun,kelihatan jalan balak lama ,jalan dah hampir sebati dengan hutan...
Ekspedisi aku ke air terjun berdebu pada 22-23-7-2022.Sebenarnya aku ke tempat ni dah 3 kali ia-itu pada 21-22-2-2020 iaitu sebulan sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan akibat penularan virus covid 19.Yang ke-2 pada 9-7-2022 iaitu sehari sebelum hari raya korban dan kedua-dua nya tidak berjaya kerana keadaan sungai yang tak mengizinkan serta tak tau jalan masuk dan yg ke-3 pada 22-23-7-2022 iaitu pada Jumaat dan Sabtu.Percubaan pada kali ini berjaya...Pemandangan di base camp pada pukul 7.00 pagi
Hari pertama
Aku pergi dgn team OneFamily,team keluarga aku.Seramai 21 peserta mengambil bahagian,mereka2 ialah anak2 saudara aku,ipar duai dan adik beradik.Pergi pada petang Jumaat 22-7-2022.Kumpulan berpecah kpd dua,satu kumpulan menunggang motor melalui Felda Mengkawang dan sekumpulan lagi dengan pancuan 4 roda masuk melalui kampung jongok batu dihulu Dungun.Sampai lebih kurang pada pukul 4 petang di camp site air terjun berdebu..Sebenarnya bukan hanya kami yg datang untuk ke air terjun berdebu tetapi ramai lagi yg datang pada hari yang sama dan beberapa hari lepas.Pada hari yang sama juga pihak jabatan polis negeri terengganu juga menganjurkan hari mereka,dikatakan yg terlibat seluruh polis2 negeri terengganu,termasuk ketua polis negeri.Jadi sangat ramai lah pengunjung yg ada di camp site,Dikatakan beratus2 orang.Selain dari polis terdapat 50 orang yg datang untuk ke air terjun berdebu,ada yg datang dari Terengganu sendiri dan ada yg datang dari Selangor,Johor serta Kuala-Lumpur..Jadi terlalu ramai orang dicamp site... Walau macamana pun perkhemahan pihak polis berakhir pada petang itu juga,jadi camp site tak lah sesak sangat.
Hari pertama berakhir dengan makan malam pada pukul 6.30 petang.Tidur hak individu kerana selain tidur ramai dari peserta pergi memancing untuk menghabiskan malam...
Tempat ini lah paling bahaya kalau air sungai naik dengan tiba-tibaHari ke-2..
Pada hari ke-2 ini lah cabaran sebenar2nya akan dihadapi.. Pertamanya laluan dihadapan memang tak pasti kerana aku dan team tak ambil khidmat guide,laluan kena cari sendiri berdasarkan cerita2 orang dan panduan dari you tube mereka yg dah sampai ke air terjun.Sebenarnya kami boleh saja join team yg datang dari Kuala Lumpur untuk daki bersama mereka kerana mereka mengambil khidmat guide tp kami saja nak menyombongkan diri dengan mencari sendiri laluan..Se awal 7.30 pagi kami dah meredah laluan yg aku telah lalui pada percubaan ke-2 dulu.Untuk permulaan mesti menyeberang sungai kelemin untuk mencapai laluan,Permulaan dah basah walaupun air sungai hanya separas lutut,sehabis dalam separas pinggang,Pada permulaan pertama memang tak ada masalah lansung,Pada laluan ini kita mesti menyeberang satu anak sungai (alur) dan dua kali lagi menyeberang sungai kelemin,Sampai tahap ini kami dan menyeberang tiga kali sungai kelemin dan satu anak sungai.. Setelah menyeberang kali ke tiga sungai kelemin, laluannya menjadi payah,dgn melalui laluan yg tak rata,berbatu,melangkah balak lama serta laluan sempit ditepi jurang. Laluan ini mengambil masa hampir sejam.Dilaluan ini ada banyak aliran kecil dan ada satu air terjun kecik yang kita mesti lalu dibawahnya..Mcm best gitu,boleh mandi serta membasahkan tekak dan badan.
Di air terjun,batuan ini sangat licin kerana wap air yang seperti debu sentiasa ada tak kira waktu panas atau hujan
Sehabis laluan ni, terjumpa plk laluan yg berbatu,yakni bongkahan batu,laluan yg betul2 didalam sungai, walau macamana pun tidak semua tempat mesti ada air tetapi kalau air sungai besar seluruh kawasan ni akan dipenuhi dengan air.Dilaluan berbatu ini kami telah di pintas oleh satu kumpulan yg kemudian sikit mendaki dari kami,kumpulan ini bukan lah yg berkhemah di base camp tapi kumpulan yg datang dari hulu Terengganu juga,yg berkhemah di base camp mendaki kemudian sedikit dari kumpulan yg memintas kami..Dari laluan ini lah kami bergabung menjadi ramai..Disini perjalanan menjadi lambat disebabkan ketiadaan laluan hendak dilalui,mencari laluan mengambil masa yg lama. Tp akhir nya laluan dijumpai juga,Menjadi payah untuk jumpa laluan disebabkan kami menyangka laluan ditebing sungai,rupa2nya didalam sungai..
Pada masa dahulu,dijatuhan air terjun ni didapati tersangat banyak ikan kelah,sekarang dah sangat berkurang kerana pengunjung sentiasa ada .
Dilaluan berbatu didalam aliran sungai,perjalanan keseluruhan nya didalam sungai yg terpaksa melangkah dibatu2 yg besar2..Panjang laluan ni dalam 600 meter untuk sampai ke air terjun.,Sehabis laluan berbatu ada dua pilihan untuk ke air terjun,,Pertama mengambil jalan didalam semak dan terus ke air terjun yang kedua dengan terus memanjat batu besar,Laluan ini memang payah dan tak ramai yang melaluinya.Jadi laluan yang mesti diambil ialah laluan melalui semak yg sampai ke puncak tepi air terjun.Air terjun nya sendiri sangat payah untuk turun kedalam nya disebabkan oleh batuan yang sentiasa licin dan sangat membahaya.Maka sukses lah aku dan team ke air terjun berdebu..Ketika kami berpatah nak balik ke base camp,Masa berpatah balik ini lah didapati kumpulan yg ramai2 tidur dibase camp telah mula sampai,ramai dia orang ni,dalam 40 org atau lebih..Ada China ada India dan yg ramai ialah melayu maklum lh org kuala lumpur...🤗🤗🤗.Masa yg kami ambil dari base camp ke air terjun sekitar 3 jam 30 minit .
youtube KESIMPULAN NYA..
Air terjun ini boleh dikunjungi untuk sekali,Lebih2 rasa tak boleh sebab susah sangat laluannya..Lagi pun tempat ini agak menakutkan disebabkan mudah sangat terjadi kepala air walaupun hujan nya sebentar,bayangkan semasa kita mengharung sungai samada sedang mendaki atau menuruni tiba2 hujan datang dan arus deras,tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi,Oleh itu rasanya lebih baik ambil khidmat guide kerana mereka tau situasi..
Kepada aku hiking ke air terjun berdebu ada tiga peringkat..
1) laluan landai dan melintas tiga sungai kelemin dan satu anak sungai..masa diambil disini dalam satu jam..
2) Laluan ke-2 yg agak susah,melangkah balak,laluan basah,ditepi tebing,kadang2 jurang,kadang2 mendaki dan kadang2 menurun..masa diambil disini dalam satu jam.
3) laluan berbatu besar dan didalam aliran air,masa diambil disini dalam satu jam setengah, walaupun laluan peringkat ini paling pendek tp meniti atas batu yg didalam air menjadi susah,teraba2 dengan kaki untuk memijak untuk berjalan kehadapan,kalau air kering/cetek mungkin kurang masalah nya,kalau air besar memang tak boleh redah langsung.
SEKIAN TERIMA KASIH..
pemandangan yg indah diwaktu pagi di base camp
makan tengah hari
pemandangan yg indah
rehat
Pemandangan dari 400 meter dari air terjun
,Sebahagian dari peserta..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://azramsulong.blogspot.com/2022/07/ekspedisi-ke-air-terjun-berdebu.html