Eksklusif Bila Jari Sang Pendosa Menjahit Ppe


Syahril A. Kadir Seorang banduan menjahit Pakaian Pelindung Diri (PPE) yang siap dijahit bagi membantu petugas barisan hadapan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL SAYA bersama-sama rakan jurugambar tiba di Penjara Kajang tepat pukul 11 pagi. Cuaca panas mula menggigit tubuh. Walaupun terdapat hampir 5,000 banduan yang menghuni penjara terbesar negara itu, keadaan di dalamnya agak hening dan sunyi.

Bunyi selakan pintu besar penjara tersebut lebih kuat kedengaran berbanding bunyi suara manusia di dalamya.

Berbeza dengan kedatangan saya sebelum ini, kali ini wadar yang menjaga di pintu utama sudah siap memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Dengan alat pengukur suhu badan di tangan, mereka memeriksa suhu setiap daripada kami dengan cermat dan teliti.

Setelah menyerahkan segala barangan peribadi seperti dompet dan telefon bimbit, kami diminta melumurkan cecair nyah kuman (hand sanitizer) di kedua-dua belah tangan. Walaupun kami bukanlah ‘banduan’ yang baru tiba untuk ‘check in’, namun peraturan tetap peraturan.
Gelagat sebahagian banduan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZILMalah pegawai penjara yang mengiringi kami juga terpaksa melalui prosedur yang sama. Pendek kata, tiada pengecualian dan tiada kompromi buat sesiapa sahaja yang memasuki kawasan penjara.
Selain atas faktor keselamatan, musim penyebaran virus Covid-19 yang melanda negara membuatkan pihak penjara memperketatkan lagi prosedur keluar masuk di ‘premis’ mereka.

Bagi memastikan keselamatan kami, Pengarah Penjara Kajang, TKP Abdul Halim Ma Hassan turut ‘turun padang’ bersama-sama anggota Unit Kawalan dan Pencegahan Penjara (UKP) yang terkenal dengan ketegasan mereka menjaga tingkahlaku banduan.
Pengarah Penjara Kajang, TKP Abdul Halim Ma Hasan membuattinjauan sebahagian banduan ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL,Sebaik sahaja melangkah masuk, kami terus dibawa ke sebuah blok kurungan yang menempatkan banduan-banduan yang bekerja di dalam penjara tersebut. Tiba-tiba kedengaran alunan bacaan Al-Quran yang sungguh syahdu dan mendamaikan. Pelantun suaranya adalah seorang banduan yang masih muda. Saya kira umurnya dalam awal 20an.

Serius saya katakan, bacaannya cukup baik persis pelajar tahfiz yang sedang berusaha memperbaiki hafazannya. Hampir lima minit kami terpaku mendengar alunan suaranya membaca Al-Quran dari dalam sel yang kecil dan suram itu.
Seorang banduan kusyuk membaca al-Quran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZILAbdul Halim kemudian membawa kami ke sebuah blok yang terletak berhampiran dengan dewan makan. Bau enak lauk pauk yang disediakan untuk ribuan banduan di situ benar-benar membuka selera kami.

“Menu banduan kita adalah mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan, adakalanya ikan, adakalanya ayam bertukar-tukar…ia disediakan sendiri oleh banduan di sini,” kata Abdul Halim sambil tersenyum.

Beliau bagaikan dapat mengagak yang kami semua sudah kecur air liur melihat sajian yang telah disiapkan.

BENGKEL JAHITAN
Sebahagian banduan menjahit Pakaian Pelindung Diri (PPE) bagi membantu petugas barisan hadapan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZILTiba saja kami di sebuah blok dua tingkat, kedengaran sayup-sayup bunyi mesin jahit di tingkat atas. Di sana Sub Inspektor Ahmad Puat Zainal telah bersedia menyambut kehadiran kami.

“Selamat datang ke bengkel jahitan,” kata Ahmat Puat.

Di sini kami melihat satu pemandangan yang mengujakan. Seramai 60 orang banduan tekun menjalankan kerja-kerja memotong, menjahit dan melipat ratusan pasang pakaian PPE berwarna kebiru-biruan.

Rupanya sejak negara dilanda wabak Covid-19, banduan-banduan yang bekerja di bengkel jahitan di situ berusaha lebih lapan jam sehari untuk menyiapkan sekurangnya 432 set pakaian PPE.

Ia bagi disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di hospital-hospital dan badan bukan kerajaan (NGO). Mereka melakukannya secara percuma!
Penyelia Bahagian Jahitan Penjara Kajang, S.I Ahmad Puat Zainal menjahit Pakaian Pelindung Diri (PPE) bersama banduan bagi membantu petugas barisan hadapan ketika tinjauan Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL“Yang dimaksudkan 432 pasang itu bukan seminggu atau sebulan, tetapi sehari! Bayangkan sudah berapa banyak pakaian PPE yang mereka siapkan untuk pasukan ‘fronliner’ kita.

“Sebaik sahaja kain atau material diterima, kesemua banduan di bengkel jahitan ini terus bekerja berhempas-pulas dari pukul 8.30 pagi hinggalah pukul 5 petang, kalau berhenti pun hanyalah pada waktu makan dan solat,” kata Ahmad Puat.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Puat, setakat ini para banduan ini telah menghasilkan pakaian PPE kepada Hospital Serdang, Institut Jantung Negara (IJN) dan sebuah NGO tempatan.

Katanya, antara mereka, ada yang ditugaskan di bahagian memotong kain, ada yang tugasnya menjahit, membungkus dan kerja-kerja am.

“Di sini seinci kain pun tidak akan kami bazirkan, kalau anda lihat lebihan kain PPE itu, ia akan kami gunakan untuk menjahit topeng muka (mask) pula,” kata Ahmad Puat.

KES BUNUH

Dalam ramai-ramai banduan itu, mata saya terpandang seorang banduan yang kelihatan agak muda berbanding yang lain. Tafsiran saya tepat kerana ketika dia membuka sekejap topeng mukanya, ternyata dia berusia sekitar 20an.

“Saya baru 25 tahun Encik. Saya Tahanan Limpah Sultan (TLS). Saya didapati bersalah membunuh seorang pekerja kedai mesin judi ketika umur saya baru 16 tahun,” kata Azmi (bukan nama sebenar).
Salah seorang banduan yang menjahit Pakaian Pelindung Diri (PPE) bagi membantu petugas barisan hadapan ketika tinjauan Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZILUntuk rekod, TLS merujuk kepada mereka yang dijatuhkan hukuman mati, tetapi masih di bawah umur (juvana). Mereka tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasan hanya boleh dibuat melalui pengampunan oleh Sultan, Tuan Yang Terutama (TYT) atau Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, kata Azmi, ketika kejadian dia dan sepupunya sedang leka bermain mesin judi di sebuah kedai berhampiran rumahnya.

Dalam usia semuda itu, katanya, dia hanya memikirkan wang dan keseronokan namun ternyata ‘tuah’ tidak memihak kepadanya pada hari berkenaan. Kata Azmi, pada hari itu dia kalah hampir RM5,000, begitu juga sepupunya itu.

Lalu tambahnya, mereka berdua mengambil keputusan untuk menyamun kedai mesin judi berkenaan sebelum terjadi pertengkaran hingga menyebabkan kematian salah seorang daripada pekerja kedai tersebut.

“Saya pun tak tahu sampai bila lagi saya di dalam penjara, pejam celik dah sembilan tahun. Saya dan kawan-kawan buat semua ini secara sukarela…kami nak berkhidmat untuk negara.

“Biarpun dalam penjara, kami nak menyokong (usaha) orang-orang yang di luar,” ujarnya.
Salah seorang banduan yang menjahit Pakaian Pelindung Diri (PPE) bagi membantu petugas barisan hadapan ketika tinjauan Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZILPendapatnya turut disahut oleh Pak Omar (bukan nama sebenar). Pak Omar adalah banduan seumur hayat yang tidak diberikan tarikh pembebasan..

Untuk rekod, banduan seumur hayat ini tiada tarikh bebas kecuali mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di Pertuan Agong, Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

Menurut Pak Omar, walaupun sudah berusia, selagi dia masih mempunyai kudrat dan bertenaga, dia mahu membantu usaha kerajaan dalam usaha memerangi wabak Covid-19 ini.

“Kat dalam (penjara) ni kami dengar juga pasal Covid-19 ni, sangat bahaya rupanya virus itu…nak bantu kerajaan tak mampu, maklumlah bila terkurung dalam tembok tinggi sebegini, apalah sangat yang boleh dibuat.

“Jadi bila dapat peluang buat baju PPE ini, saya dan rakan-rakan tak nak lepas peluang ini, kami gembira melakukannya walaupun percuma,” ujar Pak Omar bersungguh-sungguh.

SEMANGAT LUAR BIASA

Sementara itu, Abdul Halim mengakui apa yang dilakukan oleh warga penjara dalam menyediakan pakaian PPE itu telah menimbulkan rasa kekaguman buat dirinya.
Pengarah Penjara Kajang, TKP Abdul Halim Ma Hasan ketikatemubual bersama Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZILMenurutnya, ini membuktikan mereka juga adalah warga yang bertanggungjawab di sebalik kesalahan yang pernah mereka lakukan..

“Para banduan kita sanggup berkorban, sanggup berusaha bekerja sampai mampu menghasilkan pakaian PPE dalam jumlah yang cukup banyak.

“Ini satu jumlah yang luar biasa. Ini menunjukkan komitmen mereka, keinginan mereka, sokongan dan kesediaan mereka untuk sama-sama membantu kerajaan dan kita semua rakyat Malaysia.

“Ia satu suntikan semangat kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara serta penghuni penjara yang menghasilkan pakaian tersebut,” katanya.
Penyelia Bahagian Jahitan Penjara Kajang, S.I Ahmad Puat Zainal (tengah) menjahit Pakaian Pelindung Diri (PPE) bersama banduan bagi membantu petugas barisan hadapan melaungkan ‘Kita Mesti Menang’ ketika tinjauan Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZILBohong kalau tidak terbit perasaan sayu melihat penghuninya namun kami berbangga kerana walaupun bergelar banduan, semangat patriotisma dan kecintaan mereka pada negara tidak pernah pudar.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa para pegawai dan warga banduan di sini. Kita semua adalah ‘sang pendosa’ yang tak lari dari salah dan khilaf. Semoga taubat mereka dan kita semua diterima oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Saya hilang kata-kata. – Malaysia Gazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/eksklusif-bila-jari-sang-pendosa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siti Nurhaliza Sokong Projek Pelangi Rumah Pengasih Warga Prihatin Sumbang 500 Ppe Untuk Ijn Pdn

Siti Nurhaliza Sokong Projek Pelangi Rumah Pengasih Warga Prihatin Sumbang 500 Ppe Untuk Ijn Pdn

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 450 hits
Sejak Malaysia dilanda penularan wabak pandemik COVID 19 telah ramai yang tampil untuk memberikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan atau frontliners Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut mengambil inisia...
59 Juta Unit Ppe Diperlukan Sebulan

59 Juta Unit Ppe Diperlukan Sebulan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 217 hits
PUTRAJAYA 16 April Jumlah penggunaan peralatan perlindungan diri petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan sebanyak 59 juta unit sebulan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata oleh itu KKM telah berbincang den...
She Was Born Without Arms But It Hasn T Stopped Her From Sewing Ppe For Our Frontliners

She Was Born Without Arms But It Hasn T Stopped Her From Sewing Ppe For Our Frontliners

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 324 hits
I feel proud to be part of this programme and this is the little thing we can do to help our healthcare workers small Cover image via Sharul Hafiz Zam New Straits Times Norfarrah Syahirah Shaari Facebook small A differently abled woman from...
Minister Courts Flak For Visiting Covid 19 Lab Wearing Ppe

Minister Courts Flak For Visiting Covid 19 Lab Wearing Ppe

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 240 hits
CORONAVIRUS Higher Education Minister Noraini Ahmad has courted flak after posting photographs of her visit to a UiTM laboratory which conducts Covid 19 detection tests The images showed the Wanita Umno chief donning personal protective equ...
Petugas Kesihatan Guna 59 Juta Ppe Sebulan

Petugas Kesihatan Guna 59 Juta Ppe Sebulan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 316 hits
PUTRAJAYA Petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan menggunakan 59 juta unit peralatan perlindungan diri sebulan kata Dr Noor Hisham Abdullah Oleh itu kata ketua pengarah kesihatan KKM sudah berbincang dengan beberapa agensi terutama...
Budak 9 Tahun Nekad Sumbang Duit Tabung Lepas Dengar Hospital Perlukan Sumbangan Ppe

Budak 9 Tahun Nekad Sumbang Duit Tabung Lepas Dengar Hospital Perlukan Sumbangan Ppe

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 325 hits
Seorang kanak kanak di Indonesia Moch Hafidh 9 tahun menggadaikan wang simpanannya demi membantu barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi Covid 19 Melalui posting Dayeuhkolot News di Instagram Hafidh dikatakan meminta ibunya untuk di...
20 Orang Petugas Kemas Jahit Ppe Disantuni

20 Orang Petugas Kemas Jahit Ppe Disantuni

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 219 hits
Oleh Saifullah JusohBESUT 25 April Seramai 20 orang petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat yang menjahit set Peralatan Perlindungan Peribadi disantuni dengan memberi sumbangan berbentuk barangan basah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri K...
Isteri Mb Bantu Sumbang Tenaga Jahit Ppe

Isteri Mb Bantu Sumbang Tenaga Jahit Ppe

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 400 hits
Isteri Menteri Besar Terengganu Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman menyiapkan PPE di kediamannya Foto ihsan Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman KUALA TERENGGANU Berstatus isteri kepada Menteri Besar tidak menghalang Toh Puan Se...
Kak Zah Jahit Ppe Untuk Petugas Kesihatan

Kak Zah Jahit Ppe Untuk Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 304 hits
Kak Zah turut dibantu oleh anak anak dalam menyiapkan PPEKUALA TERENGGANU 20 April Walaupun bergelar isteri Menteri Besar status tersebut tidak menghalang dirinya untuk menyumbang tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri buat petuga...
Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Rafique Gives Statement To Police Over Ceramah About Pm

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk

Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam

Free Credit Rm50 No Deposit How To Boost Your Bankroll Without Spending A Dime

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Sang Saka Penipu

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas Ibu Masih Hilang

Thyta House By Lassa Architects In Lefkada Greece

Lirik Lagu Adiwira Firdaus Rahmat Faizal Tahir

Gerbang Lod Di Palestin Nabi Isa Skan Membunuh Dajjal

Borang Nikah Proses Permohonan Kebenaran Kahwin

Gisbh Anak Syarikat Tidak Pernah Bayar Zakat Lembaga Zakat Selangor