Sang Saka Penipu






 


Macam biasa, Dr Mahathir Mohamad mengambil sejarah sekerat-sekerat. Dia pilih mana yang hendak ditulis, dan mana yang hendak dipadamkan. Di sana, dia berharap terlepas daripada semua bayang-bayang hitam dan kejahatan masa lalu.
 
Dalam twit petang Jumaat, 27 September, Mahathir mengulangi kenyataan yang Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman oleh mahkamah rentetan kes yang tercetus pada 1997-98. Kata Mahathir, ada dua tuduhan, yakni; salah guna kuasa, dan; liwat—yang keduanya sudah dijatuhkan hukuman. Mahathir bagaimana pun tidak akan sekali-kali berani menyatakan yang Anwar bukan sahaja telah mendapat Pengampunan DiRaja; terhapus semua kesalahan, bahkan; pengakuan bahawa memang wujud kepincangan dan ketidakadilan ketika kes-kes Anwar berlangsung dahulu.
 
Sepertimana permainan Pemuda PAS mutakhir ini, peristiwa berkenaan diungkit oleh Mahathir tanpa konteks dan latar belakang. Mahathir hanya ibarat kura-kura yang menyorokkan kepala; menyembunyikan dalih yang dialah kepala utama dalam serangan dan komplot terhadap Anwar, dulu dan kini.
 
Semua pertuduhan terhadap Anwar yang disebutkan Mahathir sebenarnya ada terkandung dalam buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM” yang ditulis oleh Khalid Jefri. Buku itu diterbitkan oleh syarikat Media Pulau Lagenda, beralamat di Taman Kosas, Ampang.
 
Telah didedahkan lama bahawa premis syarikat berkenaan ialah milik Rahim Thamby Chik, bekas ketua menteri Melaka yang menjadi aliansi politik Mahathir. Rahim juga cukup diketahui ramai memang berdendam dan cemburu terhadap Anwar. Nama Rahim sudah lebih awal rosak dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah.
 
Barang diingat, dalam buku “50 Dalil,” pertuduhan terhadap Anwar bukan cuma dua; bukan salah guna kuasa dan liwat sahaja. Ada juga pertuduhan lain-lain lagi, yang disenaraikan sehingga 50 banyaknya! Ia termasuklah konon Anwar berselingkuh dengan bini orang dan mempunyai anak luar nikah. Sampai hari ini, fitnah tersebut juga tidak dapat dibuktikan oleh Mahathir, mahupun penulis buku “50 Dalil.”
 
Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 18 Ogos 2005 tidak pernah pula disebutkan oleh Mahathir sebagai sandaran hujahnya. Keputusan hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus adalah sangat penting bagi meruntuhkan seluruh pertuduhan sebelumnya. Dalam ringkasan penghakiman, Hishamudin menyebutkan:
 
“Berkenaan dengan cara keluasan penyebaran buku tersebut (’50 Dalil’) dalam Perhimpunan UMNO dengan cara meletakkan buku tersebut di dalam beg-beg para perwakilan perhimpunan tersebut. Defendan-defendan dan pihak lain yang telah berkonspirasi (‘who conspired’) dengan mereka telah mencapai tujuan mereka. Kerjaya politik plaintif (Anwar Ibrahim) telah musnah akibat penerbitan buku tersebut.”
 
Daripada keputusan itu juga, penulis dan penerbit buku diminta membayar ganti rugi RM4.5 juta—jumlah yang sebesar itu dikatakan bukan lagi kebiasaan dikenakan kepada kes-kes lain. Akan tetapi, memandangkan ia kes yang unik, maka jumlah ganti rugi sebesar itu pun ditetapkan oleh mahkamah.
 
Maka sekali lagi, dengan runtuhnya wibawa isi kandungan buku berkenaan, justeru wajarlah seluruh kes-kes atau pertuduhan lain juga tergugur. Tidak siapa yang boleh membayangkan, ketika Mahathir menjadi presiden UMNO, buku yang sebegitu jijik dengan pertuduhan liar, yang ditujukan kepada Anwar sebagai timbalan presiden UMNO boleh dimasukkan dan diedarkan di dalam beg-beg setiap perwakilan. Ya, kalau semua itu bukan kerja jahat Mahahtir, siapa lagi?
 
Semua fakta di atas sempat dikompilasikan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) dalam sebuah makalah yang bertajuk “Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi,” yang terbit pada 2005.
 
Bahkan ramai yang masih ingat adegan usung tilam ke mahkamah oleh pihak pendakwa. Foto berkenaan sengaja digunakan di muka depan banyak akhbar perdana bagi menimbulkan persepsi Anwar memang bersalah; jauh sebelum keputusan mahkamah sendiri. Sementara di dalam sidang, hujah yang jadi bahan jenaka juga selalu didengar, termasuk tarikh kondominium yang dipinda-pinda kerana dalam pertuduhan awal, kondominium yang dikatakan tempat kejadian di dekat Bukit Damansara belum pun lagi siap!
 
Dua hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap Anwar ialah Ariffin Jaka dan S. Augustine Paul, di mana ketika mengendalikan kes, keduanya menerima kecaman pelbagai pihak termasuk badan-badan antarabangsa seperti Human Right Watch (HRW) dan The International Commission of Jurists (ICJ). Kesatuan Eropah (EU) juga ada mendesak agar proses mahkamah wajarlah mengikut piawai sistem keadilan antarabangsa. Di kalangan kelompok elit di Kuala Lumpur, selalu pula kedengaran bahawa hubungan Mahathir dengan ‘hakim gula-gula Hack’ bukan lagi rahsia.
 
Ahli Majlis Fiqh Antarabangsa yang berpengkalan di Jeddah, melalui Dr Sheikh Taha Jabir al-Alwani pernah mengeluarkan fatwa tentang pencabulan terhadap keadilan dan hukum syarak dalam pertuduhan terhadap Anwar. Boleh dikatakan, tidak ada satu pun badan, pemimpin dan organisasi di peringkat antarabangsa yang cenderung melihat dan percaya bahawa kes terhadap Anwar dapat berlangsung dengan adil—melainkan ia konspirasi keji semata-mata.
 
Dan sungguh taktik ala-Mahathir itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam kajian politik moden. Misalkan, Selepas Perang Dunia Ke-II banyak individu yang dimusuhi rejim di negara masing-masing pernah dituduh menjadi tali barut komunis. Ini juga terjadi di Indonesia, Singapura dan Malaysia.
 
Begitu ketika Anwar dan Dr Syed Husin Ali ditahan pertama kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pertengahan 1970-an, antara tuduhan kepada mereka ialah menjadi agen komunis.
 
Seorang mantan ketua pengarang Utusan Melayu, Said Zahari juga ditahan dan dipenjarakan selama 17 tahun oleh rejim Lee Khuan Yew atas tuduhan sama. Mujur sewaktu Anwar hendak dihabisi oleh Mahathir pada era Reformasi ‘98, sentimen komunis sudah tidak laku di kalangan rakyat Malaysia, dan Perang Dingin sudah lama berlalu. Kalau sentimen itu masih boleh digunakan, tidak mustahil Mahathir turut menuduh Anwar sebagai tali barut komunis juga.
 
Di sisi lain, percubaan Mahathir untuk mengaitkan Anwar dengan Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) juga gagal. Bolehkah kita bayangkan, boleh dikatakan apa sahaja cemuhan, kata nista dan tuduhan yang ada di dalam benak seorang Mahathir, semuanya akan dihalakan kepada Anwar. Justeru itu, tidak hairanlah yang Mahathir memang tidak pernah berniat jujur untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sama ada 26 tahun lalu, mahupun ketika beliau diberi peluang menjadi perdana menteri kali kedua selepas PRU 2018 dahulu.
 
Mahathirlah yang sudah lama merancang pengkhianatan, sama ada di dalam atau luar negara untuk menyekat Anwar dengan apa cara sekali pun. Akan tetapi, perancangan Allah SWT tiada siapa yang mampu mengubah atau menghalanginya. Apa yang menakutkan, satu-persatu kehinaan tertimpa pula kepada setiap sang konspirator, meski di hujung hayat-hayat mereka. — Oleh HASMI HASHIM.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/sang-saka-penipu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Momen Jennifer Coppen Dan Kamari Laksanakan Umroh Sang Anak Lihat Papa Dali Saat Tawaf

Momen Jennifer Coppen Dan Kamari Laksanakan Umroh Sang Anak Lihat Papa Dali Saat Tawaf

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 52 hits
Dua bulan usai kepergian Papa Dali Jennifer dan Kamari berkesempatan untuk beribadah langsung di Tanah Suci Semoga semua doanya diijabah ya
Nastia Sang Geran Cinta Chord

Nastia Sang Geran Cinta Chord

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 83 hits
D D 7 G Uhuu uhuu Uhuu uhuu D Kau dan aku kau dan aku A Kau dan aku kau dan aku G Uhuu uhuu Uhuu uhuu D D 7 Dia lembutnya di jiwa G Menanti saat itu tiba A Teguh di samudera D D 7 Dia tiada bandingnya G Setinggi indah pelanginya A Dialah pu...
Pengurangan Tenaga Manusia Dalam Pekerjaan

The Wonders Of Watermelon Fruit

Bawa La Ramai Lagi Warga Asing Ke Malaysia

Doa Ketika Terlilit Hutang Insya Allah Segera Lunas

Tips Menghilangkan Whitehead Dan Blackhead Dengan Efektif

Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Pmx Didesak Saman Bloomberg Jika Kenyataan Salah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Lembayung 2024 Adaptasi Kisah Benar Lakonan Pelakon Malaysia Anna Jobling


Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Lil J Feat Yonnyboii Jual Jiwa Chord

New Found Hope Icon S Nostalgic Honda Vf1000f Interceptor Restomod