Ekonomi Politik Di Malaysia



Ekonomi politik di Malaysia. Selagi isu pembiayaan politik tidak diselesaikan, selagi itulah struktur politik kita tidak telus dan aspek governans tidak dapat dipertahankan.
Parti politik perlukan wang. Jentera politik digerakkan oleh wang. Lebih-lebih lagi hari ini, setiap langkah politik memerlukan “minyak”. Itu realiti yang harus diterima.
Wang tidak mengenal parti – baik parti berteraskan Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau yang berlabelkan agama.
Setiap parti politik mempunyai cara dan kaedahnya yang tersendiri untuk mendapatkan dana atau pembiayaan.
Pada zaman sebelum dan selepas kemerdekaan tanah air parti seperti UMNO masih kecil dan miskin.
Orang Melayu yang menyokongnya membantu dengan cara memberikan sumbangan peribadi.
Ahli dan penyokong parti membuat pengorbanan tenaga, wang ringgit dan harta benda untuk menggerakkan parti.
Idealisme perjuangan begitu kental dan berakar. Pemimpin parti banyak yang bermotosikal menghadiri mesyuarat. Banyak pengasas dan pejuang awal UMNO meninggal dunia dalam keadaan miskin dan tanpa harta.
Apabila UMNO menjadi parti dominan dan berkuasa, situasi berubah. Pertumbuhan rancak ekonomi negara menjanjikan dana politik yang melimpah ruah.
Pada peringkat peribadi pertaruhan untuk menjadi pemimpin UMNO begitu besar. Banyak yang percaya menjadi pemimpin UMNO adalah tiket untuk membuat kekayaan.
Maka itu kedudukan penting dari Presiden, Timbalan Presiden, ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian menjadi rebutan.
Bukan UMNO sahaja yang melalui proses transformasi itu, semua parti lain, dari Pas hingga DAP.
Parti Pas yang satu masa dahulu bergantung pada sumbangan khalayak yang mendengar ceramah pemimpinnya kini digerakkan oleh struktur pembiayaan yang sama kompleksnya dengan parti-parti lain.
Bagi UMNO, salah satu sumber dananya ialah dengan memastikan ia mengawal beberapa buah syarikat utama di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL, sekarang Bursa Malaysia).
Syarikat ini akan diserahkan atau dikendalikan oleh orang yang mereka percayai. Ataupun UMNO akan memastikan parti itu mempunyai kepentingan di dalam syarikat tertentu.
Salah satu wahana yang digunakan bagi mewakili UMNO dalam syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia ialah Gabungan Kasturi Sdn Berhad.
Dari pembabitan syarikat yang diamanahkan pada nominee atau melalui Gabungan Kasturi, UMNO akan memastikan dividen yang berterusan.
Sewaktu ekonomi dalam keadaan baik dan indeks Bursa Malaysia tinggi, ratusan juta ringgit dividen setiap tahun akan terjamin.
Bagi nominee yang memegang kepentingan atas nama peribadi pula mereka akan memastikan sejumlah wang untuk keperluan UMNO apabila diperlukan, khususnya sewaktu pilihanraya umum.
Salah satu matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan selepas Peristiwa Berdarah 1969 ialah menstruktur semula ekonomi.
Maka itu syarikat Bumiputera dipastikan memperoleh 30 peratus ekuiti mana-mana syarikat yang hendak disenaraikan.
‘Yang Berhormat gantilah saya jadi Speaker’

Keutamaannya tentulah pada agensi pelaburan Bumiputera seperti PNB dan lain-lain.
Tetapi bukan rahsia lagi bahawa terdapat saham Bumiputera yang jatuh ke tangan individu tertentu atau syarikat yang dikenalpasti oleh pimpinan. Maka itu crony capitalism menjadi salah ciri pada era pemerintahan UMNO.
Dalam konteks inilah kajian Professor Terence Gomez amat relevan. Beliau mendedahkan bagaimana “ekonomi politik” atau political economy menjadi satu ciri dunia bisnes Malaysia.
Corporate Malaysia bercambah dengan nepotisme dan kronisme.
Sistem ini membabitkan bukan sahaja naungan atau patronage tetapi juga memastikan keuntungan bagi UMNO.
Amalan ini membabitkan Kementerian Kewangan sendiri seperti yang didedahkan oleh buku Gomez yang berjudul Minister of Finance Incorporated: Ownership and Control of Corporate Malaysia.
Ada kalanya UMNO sendiri, akibat mempercayai individu tertentu “terkena” apabila individu tersebut enggan mengakui saham syarikat sebenarnya “diamanahkan” pada mereka dan bukan milik mereka.
Politik dan ekonomi di Malaysia menjadi begitu sebati. Amalan ini sukar ditangani disebabkan ia menjadi satu budaya yang berakar umbi.
Malah apabila kerajaan Perikatan Harapan (PH) mengambil alih dengan pelbagai janji untuk membuat reformasi, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menghentikan amalan ini.
Malah adalah dipercayai berlaku pertukaran kulit luaran sahaja, individu berubah sedangkan sistem dan amalannya tidak.
Dengan majoriti tipis, kerajaan Perikatan Nasional (PN) malah mengenepikan semua amalan tadbir urus yang baik dengan meletakkan orang politik memimpin syarikat GLC.
Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia demikian banyak pimpinan politik memegang sedemikian banyak kedudukan dalam syarikat utama.
Ekonomi politik ada masalahnya yang tersendiri. Ia bukan sahaja melahirkan situasi yang memungkinkan yang berkuasa mendapat habuan tetapi juga menimbulkan isu governans dan integriti.
Tidak wujud level playing field di antara parti.
Ekonomi yang dicorakkan oleh keputusan politik banyak mudaratnya. Politik sepatutnya memastikan eko-sistem ekonomi yang baik.
Politik menyediakan dasar yang betul sesuai dengan kepentingan ekonomi.
Tetapi apabila keputusan ekonomi dibuat atas dasar politik dan ekonomi mendapat “gangguan” politik sepanjang masa, pertumbuhannya akan terbantut untuk jangka panjang.
Mungkin dalam situasi politik yang baik semuanya boleh dipertahankan. Tetapi apabila berlaku Krisis Ekonomi 1997/1998, banyak syarikat kroni yang tersungkur.
Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.
Pada era pandemik Covid-19, sekali lagi ketahanan ahli perniagaan diuji. Sekali lagi hanya yang punya kemahiran, keutuhan kewangan dan daya tahan yang akan bertahan.
Peniaga jenis pasang siap tidak akan bertahan lama tanpa bantuan pemerintah.
Ekonomi perlu liat atau resilient. Untuk memastikan ekonomi yang lestari diperlukan dasar yang liberal dan terbuka.
Kawalan memang diperlukan tapi bukan mengongkong sifatnya.
Kita memerlukan ahli perniagaan yang tahan uji dan berkemampuan bukan mereka yang lahir hasil dari mendapat saham percuma, kontrak mudah dan pelindungan berterusan.
Apa yang lebih penting ialah untuk jangka panjang pembabitan politik dalam dunia perniagaan akan hanya menggalakkan rasuah, ketidakadilan dan keuntungan bagi segelintir manusia terpilih.
* Tan Sri Johan Jaaffar salah seorang anggota Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada bulan Ogos 2015. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Baca Artikel Menarik :
PN hilang kuasa bila batal ordinan darurat Doktor kontrak bukan masalah ketika pentadbiran saya, Najib Mencelah bukan cara saya, tunggu Rabu ini- Najib Netizen Dakwa PA Ebit Lew Seorang Pedofil? Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul Che Ta kutuk baju kontinjen Olimpik Malaysia Layari Laman Facebook MYKMU
Apa Yang Diumumkan Tidak Salah – Nazri Pertahan Takiyuddin

 
The post Ekonomi politik di Malaysia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/27/ekonomi-politik-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Malaysia Tidak Bergerak Sekiranya Kelas Bawahan Masih Ramai

Ekonomi Malaysia Tidak Bergerak Sekiranya Kelas Bawahan Masih Ramai

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 211 hits
Ekonomi Malaysia tidak bergerak sekiranya kelas bawahan masih ramai Pakar ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi menyifatkan bahawa ekonomi Malaysia tidak akan berkembang maju sekiranya masih ramai rakyat tidak mempunyai kewangan yang stabil Menur...
Prestasi Semasa Ekonomi Malaysia

Prestasi Semasa Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 257 hits
Pasaran Malaysia berdaya tahan SEPANJANG lebih setahun negara berhadapan pandemik Covid 19 pelbagai kesan langsung dan tidak tidak langsung dapat dilihat terhadap prestasi Bursa Malaysia terutamanya indeks penanda arasnya FBM KLCI Untuk men...
Malaysia Aman Tanpa Ahli Politik

Malaysia Aman Tanpa Ahli Politik

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 369 hits
Ketika kita kian bergelut dengan konflik jiwa harga diri juga semain murah dan kes baru Covid 19 pula terus mencanak canak naiknya sehingga ke angka amat menggerunkan pada masa yang sama kita juga takjub dengan sikap aneh segelintir manusia...
Sapura Gets Rm1 2bil Deals In Malaysia And Thailand

Sapura Gets Rm1 2bil Deals In Malaysia And Thailand

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 219 hits
With the contracts in Thailand Sapura Drilling now has eight rigs in operation with its fleet utilisation rate at 57 KUALA LUMPUR Sapura Energy Bhd has secured major contract wins and job extensions in Malaysia and Thailand for its engineer...
Malaysia Alami Cuaca Panas Kering Hingga September

Malaysia Alami Cuaca Panas Kering Hingga September

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 207 hits
Tiada kawasan di negara terdedah dengan gelombang haba KUALA LUMPUR Tiada gelombang haba berlaku di Malaysia setakat hari ini bagaimanapun negara ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertenga...
Malaysia Passes Indonesia India In Covid Deaths Per Million Says Kit Siang

Malaysia Passes Indonesia India In Covid Deaths Per Million Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 329 hits
Malaysia has the 11th highest Covid 19 deaths per day says Lim Kit Siang PETALING JAYA After the record 199 Covid 19 deaths reported yesterday DAP veteran Lim Kit Siang says Malaysia has surpassed the likes of Indonesia and India in daily f...
5809 Wrong Move Consumer Group On Tabung Haji Coming Under Bnm Purview Focus Malaysia 19 07 2021

5809 Wrong Move Consumer Group On Tabung Haji Coming Under Bnm Purview Focus Malaysia 19 07 2021

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 293 hits
THERE is no proper justification from the Government on why Tabung Haji needs to be parked under Bank Negara Malaysia s purview said Muslim Consumer Association of Malaysia Who made the decision Is it a political decision or financial one A...
5810 Kumpulan Ngo Gesa Tangguh Jadikan Tabung Haji Institusi Kewangan Islam Malaysia Kini 19 07 2021

5810 Kumpulan Ngo Gesa Tangguh Jadikan Tabung Haji Institusi Kewangan Islam Malaysia Kini 19 07 2021

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 357 hits
Sekumpulan NGO dan persatuan menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menangguhkan keputusan meletakkan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan Islam di bawah Kewangan...
Mcdonald S Malaysia Rai Penghantar Makanan Melalui Kempen Leklumcdbelanja

Mcdonald S Malaysia Rai Penghantar Makanan Melalui Kempen Leklumcdbelanja

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 412 hits
McDonald s Malaysia Rai Penghantar Makanan Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ramai duduk dirumah dan membuat pesanan makanan ketika
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Business Website Boosts Credibility


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar