Ekonomi Negara Tumbuh 7 5 2021 Tidak Realistik Amk



Sasaran pertumbuhan ekonomi yang diunjur oleh Menteri Kewangan sebanyak 7.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2021 terlalu tinggi dan mungkin bersifat kosmetik.
Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, Menteri Kewangan sebelum ini telah pun tersasar daripada realiti apabila mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada 2020 sekitar – 4.5, sedangkan faktanya penyusutan yang diumumkan sebanyak – 5.6%
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat begitu terdesak dalam memaparkan imej baik mereka kepada rakyat walaupun ia sama sekali tidak menggambarkan realiti sebenar terhadap apa yang berlaku mutakhir ini.
“Terbaru, Menteri Kewangan sekali lagi mengeluarkan kenyataan berhubung peratusan KDNK yang dijangka berkembang hebat sekitar 6.0 – 7.5 % bagi tahun 2021, walaupun banyak pandangan-pandangan lain yang menyangkal unjuran tersebut,” kata Akmal dalam satu kenyataan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu, mengingatkan banyak teguran dan nasihat telah diberikan menyangkal unjuran Menteri Kewangan berkenaan pertumbuhan KDNK 2020, antaranya oleh Ketua Pembangkang supaya unjuran -4.5 % itu diteliti kembali.
Kenyataan itu turut disokong unjuran yang dikemukakan oleh organisasi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF (-5.8 peratus), Bank Dunia (-5.8 peratus) dan Bank Pembangunan Asia (-6.0 peratus).
Namun, kata Akmal, teguran dan nasihat oleh Ketua Pembangkang serta pakar-pakar ekonomi dipandang sepi oleh Menteri Kewangan dan Kerajaan PN. Kini, sekali lagi dengan angkuh menteri membentangkan kepada rakyat angka yang masih lagi menjadi pertikaian iaitu dengan unjuran KDNK pada kadar 6.0 – 7.5 peratus.
“Menyingkap kondisi semasa ekonomi negara yang tidak menentu dengan merujuk kepada beberapa faktor seperti pelaburan langsung asing yang terjejas teruk, kadar pengangguran yang menghampiri 700,000, serta nisbah bebanan hutang isi rumah yang menganjak hingga 93.3 % kepada KDNK, turut menambahkan lagi keraguan terhadap unjuran Menteri Kewangan.
“Sebelum ini inflasi yang diunjurkan menguncup oleh kerajaan PN pada tahun 2021 juga meleset apabila inflasi terkini dijangka melepasi paras 5 % pada suku kedua nanti.
“Ini sudah pasti mencalarkan kredibiliti Menteri Kewangan yang dilihat tidak cekap menguruskan kewangan negara ditambah dengan kegagalan kerajaan untuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang telah meletakkan negara dalam dilema luar biasa dari sudut pengurusan ekonomi dan kewangan.
“Secara realistiknya, penyusutan KDNK – 5.6% pada tahun 2020 ditambah dengan kondisi semasa ekonomi negara tidak memungkinkan suatu lonjakan luar biasa KDNK pada tahun 2021,” katanya lagi.
Oleh itu, Akmal menyeru agar kerajaan meneliti dan mengkaji kembali angka-angka yang dilihat tidak lebih dari sekadar “alat solek” bagi mencantikkan imej kerajaan walaupun hakikatnya Malaysia sedang berada dalam krisis ekonomi yang begitu membimbangkan.
Menurut beliau, sindrom penafian perlu dihentikan dan perlu diambil sikap lebih jujur, prihatin serta bertanggungjawab dalam menyalurkan informasi kepada rakyat yang berhak mengetahui hakikat sebenarnya ekonomi negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31888

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertumbuhan Ekonomi 7 5 2021 Unjuran Menteri Kewangan Tidak Realistik Amk

Pertumbuhan Ekonomi 7 5 2021 Unjuran Menteri Kewangan Tidak Realistik Amk

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 283 hits
Sasaran pertumbuhan ekonomi yang diunjur oleh Menteri Kewangan sebanyak 7 5 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2021 terlalu tinggi dan mungkin bersifat kosmetik Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir Menteri Kewangan sebelu...
Sejumlah Petinggi Negara Dan 400 Ribu Penonton Jadi Bagian Merdeka Awards 2021

Sejumlah Petinggi Negara Dan 400 Ribu Penonton Jadi Bagian Merdeka Awards 2021

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 262 hits
Tercatat bahwa ada 8 kementerian 8 perusahaan 33 instansi pemerintah dan 50 penghargaan yang terlibat dalam gelaran ini Selain itu bergabung juga 440 524 penonton yang telah menjadi bagian dari event ini
5504 Mengapa Golongan Lgbt Ni Masih Meminta Hak Asasi Mereka Di Negara Kita Ppim Brolahtv 19 03 2021

5504 Mengapa Golongan Lgbt Ni Masih Meminta Hak Asasi Mereka Di Negara Kita Ppim Brolahtv 19 03 2021

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 409 hits
Apakah nasib masa depan golongan LGBT ini Mengapa mereka masih meminta hak asasi mereka di negara kita Mengapa mereka masih bebas melakukan aktiviti liar di platform media sosial ISU lesbian gay biseksual dan transgender kembali hangat keti...
5498 Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara Ppim 22 03 2021

5498 Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara Ppim 22 03 2021

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 393 hits
Kunjungan hormat Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ke pejabat Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Mohd Zuki Ali di Putrajaya
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara 2021

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara 2021

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 606 hits
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021 ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia KPM mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020 yang berkelayakan berpotensi ...
Laporan Bnm 2020 Unjuran Ekonomi Dan Inflasi Negara

Laporan Bnm 2020 Unjuran Ekonomi Dan Inflasi Negara

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 279 hits
Bank Negara Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar antara enam dan 7 5 peratus pada tahun ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani c...
Pemulihan Ekonomi Akan Perlahan Jika Gagal Tangani Hutang Negara Anwar

Pemulihan Ekonomi Akan Perlahan Jika Gagal Tangani Hutang Negara Anwar

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Fasa pemulihan ekonomi negara dijangka bertambah lambat pada tahun ini sekiranya kerajaan gagal menangani masalah hutang kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Justeru beliau menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
5532 Aktiviti Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Transformasi Ekonomi Ummah Ppim 07 04 2021

5532 Aktiviti Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Transformasi Ekonomi Ummah Ppim 07 04 2021

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 309 hits
Telah berlangsung hari ini Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan Elegance Global Trading Sdn Bhd di Pusat Aktiviti PPIM Kuala Lumpur Majlis perjanjian ini merupakan satu usahasama bagi...
Hiburan She Is Back Lama Menyepi Nasha Aziz Kini Jadi Model Kempen Aidilfitri Rizman Ruzaini 2021

Hiburan She Is Back Lama Menyepi Nasha Aziz Kini Jadi Model Kempen Aidilfitri Rizman Ruzaini 2021

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 689 hits
Setelah sekian lama menyepi dari dunia hiburan tanah air nampaknya kelibat Nasha Aziz telah menjadi buah mulut netizen apabila wajahnya kembali menghiasi dunia peragaan tempatan View this post on InstagramAdvertisementMasih cantik dan awet ...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban