Ekonomi Negara Lantun Semula Drastik Pemulihan Bentuk V




KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berada dalam landasan pemulihan lantunan drastik berbentuk 'V' disokong peningkatan pantas di luar jangkaan dalam beberapa sektor selepas ekonomi dibuka semula bermula Mei lalu meskipun mencatatkan penguncupan mendadak pada suku kedua 2020.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata terdapat beberapa penunjuk ekonomi yang menunjukkan perbelanjaan seperti perdagangan borong dan runcit, pengeluaran perindustrian dan perbelanjaan kad kredit mencatatkan kemajuan selepas terjejas pada April.
Beliau berkata, eksport kasar juga meningkat pada Jun 2020 dengan menunjukkan potensi ke arah pemulihan permintaan luaran.
Katanya, momentum positif itu dijangka berterusan menuju ke depan dengan pertumbuhan dijangka mencatatkan kemajuan pada suku ketiga 2020.
"Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan peningkatan beransur-ansur pada separuh kedua 2020 dipacu oleh peningkatan permintaan luaran dan kitaran teknologi, pembukaan semula ekonomi yang mana menyokong pekerjaan; peningkatan prospek pendapatan yang menggalakkan perbelanjaan dan pakej rangsangan fiskal di samping pelaksanaan langkah monetari serta kewangan.
"Pertumbuhan pada separuh kedua juga akan mendapat sokongan tambahan daripada pelaksanaan berterusan projek pengangkutan awam yang besar dan pemulihan dalam sektor komoditi," katanya pada sidang media secara maya bagi mengumumkan prestasi ekonomi dan kewangan suku kedua 2020 di sini hari ini.
Nor Shamsiah berkata, ekonomi negara mencatatkan penguncupan mendadak pada suku kedua dengan menguncup 17.1 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang menyebabkan pemberhentian aktiviti ekonomi secara mendadak.
Keadaan itu, katanya, mengakibatkan kejutan bekalan dan permintaan yang bukan saja berpunca daripada keadaan permintaan luaran yang sangat lemah tetapi juga kekangan pengeluaran dalam banyak sektor ekonomi.
"Daripada penguncupan mendadak pada April kepada peningkatan semula mendadak sebaik saja sekatan (pergerakan) dilonggarkan. Jadi, ekonomi dijangka beransur-ansur pulih pada separuh kedua 2020 dan dijangka mencatatkan pemulihan yang lebih kukuh pada 2021," katanya.
Nor Shamsiah berkata, secara keseluruhan, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang dalam julat antara -3.5 peratus hingga -5.5 peratus pada 2020, sebelum kembali pulih dalam julat pertumbuhan antara 5.5 peratus hingga 8.0 peratus pada 2021.
Beliau berkata, jangkaan pertumbuhan kukuh pada 2021 dipacu oleh aliran meningkat permintaan luaran dan domestik yang akan menyokong persekitaran operasi yang lebih baik.
Katanya, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi dunia berkembang 5.4 peratus pada 2021, dan Malaysia akan meraih manfaat daripada perdagangan yang tinggi, yang mana memberi limpahan kepada permintaan domestik.
Mengulas sama ada pemulihan lantunan semula berbentuk 'V' menunjukkan tempoh sukar sudah berakhir, Nor Shamsiah berkata, keadaan itu tidak bermakna misi memperkukuhkan ekonomi negara sudah selesai, sebaliknya tumpuan perlu diperhebatkan dengan terus melabur dalam meningkatkan kapasiti ekonomi.
Beliau berkata, Malaysia juga berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan daripada peningkatan permintaan produk teknologi dan penjagaan kesihatan.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai kekuatan untuk membangunkan penyelesaian teknologi yang dapat memenuhi keperluan norma baharu.
#Sumber : Berita Harian   

MR :  Menangis geng PH, tak ada isu nak main  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/ekonomi-negara-lantun-semula-drastik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 728 Cubaan Menteri Kewangan Sembunyi Kebenaran Tentang Ekonomi Negara Didedah

Rentasan 728 Cubaan Menteri Kewangan Sembunyi Kebenaran Tentang Ekonomi Negara Didedah

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 307 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7281 MUAFAKAT NASIONAL JADI MELAYU RAYA 2 PEMIMPIN BERSATU MENANG SETELAH LAWAN DIPECAT 3 KERAJAAN DIGESA BERCAKAP BENAR TENTANG EKONOMI NEGARA 4 TUBUH PARTI PERLU UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT
Puan Maharani Ingatkan Pemerintah Soal Ancaman Pandemik Covid 19 Bagi Rakyat Dan Ekonomi Negara

Puan Maharani Ingatkan Pemerintah Soal Ancaman Pandemik Covid 19 Bagi Rakyat Dan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 265 hits
Pemerintah diingatkan bahwa pandemik Covid 19 di tanah air memiliki dampak serius dan mengancam keselamatan rakyat Indonesia Sebab pandemik Covid 19 telah menyentuh hampir semua sendi sendi kehidupan negara Demikian disampaikan Ketua DPR RI...
Konsumsi Dalam Negeri Anjlok Pemulihan Dampak Ekonomi Covid 19 Di China Jadi Lamban

Konsumsi Dalam Negeri Anjlok Pemulihan Dampak Ekonomi Covid 19 Di China Jadi Lamban

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 268 hits
Konsumsi dalam negeri di China menurun membuat pemerintahan Presiden Xi Jinping semakin sulit untuk memulihkan dampak ekonomi dari pandemik Covid 19 yang melanda dunia Warga negeri Tirai Bambu tampaknya belum berani menghabiskan uangnya mes...
Ekonomi Malaysia Papar Tanda Awal Pemulihan

Ekonomi Malaysia Papar Tanda Awal Pemulihan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 292 hits
PUTRAJAYA Ekonomi Malaysia mula memaparkan tanda tanda awal pemulihan sejak Jun lepas berikutan pembukaan perniagaan secara beransur ansur mulai 4 Mei 2020 selepas terjejas teruk akibat impak koronavirus Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Z...
Tanda Tanda Awal Usaha Pemulihan Ekonomi Mula Nampakkan Hasil Pm

Tanda Tanda Awal Usaha Pemulihan Ekonomi Mula Nampakkan Hasil Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 347 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin JOHOR BHARU Kadar pengangguran yang dilihat menurun pada bulan Jun dilihat sebagai antara tanda tanda awal usaha pemulihan ekonomi yang dijalankan kerajaan mula menampakkan hasil kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyidd...
Kaji Semula Dasar Sekuriti Makanan Negara Elak Import Berlebihan

Kaji Semula Dasar Sekuriti Makanan Negara Elak Import Berlebihan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 335 hits
Dasar Sekuriti Makanan Negara harus bersifat lebih holistik dan komprehensif bagi memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan Malangnya dasar yang dilaksanakan sejak era pemerintahan BN dan belum sempat diubah ket...
Umno Sabah Mahu Dasar Satu Negara Satu Harga Dilaksana Hapus Diskriminasi Ekonomi

Umno Sabah Mahu Dasar Satu Negara Satu Harga Dilaksana Hapus Diskriminasi Ekonomi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 343 hits
Umno Sabah mahu dasar baru dilaksanakan bagi menyelaraskan harga barangan di Sabah dan Semenanjung agar diskriminasi ekonomi tidak terus berlaku di negara ini Ahli Majlis Tertinggi Umno Rahman Dahlan berkata dasar yang dinamakan satu negara...
Malaysia Berada Di Landasan Tepat Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

Malaysia Berada Di Landasan Tepat Pemulihan Ekonomi Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 352 hits
BATU KAWAN 8 OGOS Ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pemulihan pada 2021 kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata negara berkedudukan baik untuk mencatatkan peningkatan semula pada ...
Pemulihan Semula Th Adalah Agenda Ph

Pemulihan Semula Th Adalah Agenda Ph

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 264 hits
Ibrahim Mat IsaMungkin ruang masa terhad untuk Dr Mujahid berbahas secara teliti penemuan semasa usaha pemulihan LTH mungkin tidak mahu menjatuhkan maruah orang kerana yang lawan berbahas juga dikaitkan dengan penyelewengan LTH Sementara ma...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri