Umno Sabah Mahu Dasar Satu Negara Satu Harga Dilaksana Hapus Diskriminasi Ekonomi


Umno Sabah mahu dasar baru dilaksanakan bagi menyelaraskan harga barangan di Sabah dan Semenanjung agar diskriminasi ekonomi tidak terus berlaku di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahman Dahlan berkata, dasar yang dinamakan “satu negara satu harga” itu akan dimasukkan ke dalam cadangan autonomi Sabah dan dalam manifesto parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
“Rakyat Sabah selalu tertanya-tanya kenapa kebanyakan harga barangan di negeri ini lebih tinggi daripada Semenanjung.
“Alasan yang selalu diberikan ialah kerana kos penghantaran barangan dari Semenanjung ke Sabah mahal.
“Kos penghantaran yang tinggi itulah yang dikatakan menjadi faktor utama kenapa harga barangan di Sabah tinggi berbanding dengan Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rahman yang juga ketua Umno bahagian Tuaran berkata, sebagai lulusan bidang ekonomi, beliau bersetuju dengan teori ekonomi itu, namun berasa pelik kerana teori berkenaan langsung tidak terpakai di Semenanjung.
Katanya, semua negeri di Semenanjung mempunyai harga yang sama kerana kebanyakan perusahaan dan perniagaan mempunyai 2 senarai harga, iaitu harga Semenanjung serta harga Sabah dan Sarawak yang lebih mahal.
“Sebagai contoh harga Proton Saga, kalaulah kos penghantaran menjadi alasan, kenapa harga Proton Saga di Kelantan sama dengan di Selangor? Di manakah kilang Proton berada?
“Bukankah semua kereta Proton yang dijual di Kelantan juga melibatkan kos penghantaran dari Selangor ke Kelantan? Sepatutnya pembeli Proton Saga di Kelantan membayar harga yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pembeli di Selangor kerana kos penghantarannya.
“Persoalannya kenapa harga Proton Saga di Kelantan sama dengan di Selangor dan kenapa pula harga Proton Saga di Sabah lebih mahal daripada di Selangor?,” soal beliau.
Beliau berkata, jawapan bagi segala persoalan itu sangat mudah, iaitu diskriminasi ekonomi
“Kenapa perlu membeza-bezakan antara wilayah di Malaysia ini? Kalau harga di Semenanjung tidak dibezakan walaupun ada kos penghantaran, harga di Sabah dan Sarawak juga tidak patut dibezakan.
“Pada saya kalau pun ada negeri yang patut diberikan keutamaan harga rendah, maka Sabah dan Sarawak jauh lebih layak daripada negeri-negeri di Semenanjung.
“Sudahlan penduduk di Sabah dan Sarawak lebih miskin berbanding dengan penduduk di Semenanjung, ia pula adalah penyumbang utama pendapatan minyak negara,” katanya.
Rahman berkata, cadangan dasar “satu negara satu harga” juga mendapat respons positif daripada presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada pertemuan mereka tahun lalu.
“Kalau ini (dasar ‘satu negara satu harga’) memerlukan pengubalan undang-undang atau peraturan baru bagi memastikan semua pengilang mematuhinya, maka Umno Sabah mendesak agar undang-undang atau peraturan baru tersebut digubal segera,” katanya lagi. FMT
The post Umno Sabah mahu dasar ‘satu negara satu harga’ dilaksana, hapus diskriminasi ekonomi appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/16/umno-sabah-mahu-dasar-satu-negara-satu-harga-dilaksana-hapus-diskriminasi-ekonomi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj To Sabah Umno Sort Out Party Matters Behind Closed Doors

Kj To Sabah Umno Sort Out Party Matters Behind Closed Doors

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 317 hits
SABAH POLLS Rembau MP Khairy Jamaluddin has advised Sabah Umno leaders to discuss matters concerning the party behind closed doors Khairy s comment came following Umno supreme council member Abdul Rahman Dahlan expressing over the party s c...
Sebelum Digempur Besar Besaran Pati Sabah Sila Pulang Segera Ke Negara Asal

Sebelum Digempur Besar Besaran Pati Sabah Sila Pulang Segera Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 266 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memberi amaran kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk kembali ke negara asalnya sebelum pihak berkuasa memburu mereka Saya ambil tindakan untuk memastikan tidak ada lagi dokumen yang lain selain yang...
Zahid S Position Shaky After Open Defiance From Sabah Umno Chiefs Say Analysts

Zahid S Position Shaky After Open Defiance From Sabah Umno Chiefs Say Analysts

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 338 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA A political analyst says Umno president Ahmad Zahid Hamidi is unlikely to back down from the decision to pick Bung Moktar Radin to spearhead the Barisan Nasional machinery in Sabah despite ope...
Ramai Pemimpin Umno Sabah Tak Suka Bung Mokhtar Rupanya

Ramai Pemimpin Umno Sabah Tak Suka Bung Mokhtar Rupanya

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 448 hits
Bunuh diri untuk Bung ketuai kempen PRN Sabah Rahman Dahlan Annabelle Lee Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan mengkritik pemilihan Bung Mokhtar Radin sebagai pengarah pilihan raya Sabah yang akan datang Pada sidang media di Kuala...
Umno Sabah Mahu Autonomi Dari Kuala Lumpur

Umno Sabah Mahu Autonomi Dari Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 364 hits
Kenyataan Media 1 Autonomi UMNO Sabah telah dinanti nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama 2 Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang...
Umno Sabah Makin Berpecah

Umno Sabah Makin Berpecah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 372 hits
Umno Sabah Makin Berpecah Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan mengkritik pemilihan Bung Mokhtar Radin sebagai pengarah pilihan raya Sabah yang akan datang Pada sidang media di Kuala Lumpur malam ini beliau menyuarakan kebimbangan...
Pemuda Umno Sabah Ikrar Pertahan Bung Moktar

Pemuda Umno Sabah Ikrar Pertahan Bung Moktar

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 441 hits
Pemuda UMNO Sabah menyokong Ketua UMNO negeri itu Datuk Seri Bung Moktar Radin memimpin jentera pilihan raya Barisan Nasional bagi menghadapi Pilhan Raya Negeri Sabah akan datang Ketua Pemuda negeri itu Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata mere...
Terkini Umno Sabah Bergolak Lantikan Bung Dianggap Bunuh Diri

Terkini Umno Sabah Bergolak Lantikan Bung Dianggap Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 664 hits
Terkini Umno Sabah bergolak lantikan Bung dianggap bunuh diriKeputusan meletakkan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah adalah langkah bunuh diri tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri...
Sabah Umno Split Can Cause Bn S Defeat Say Analysts

Sabah Umno Split Can Cause Bn S Defeat Say Analysts

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 535 hits
Sabah Umno chief Bung Moktar Radin over whose leadership of the Barisan Nasional machinery in the polls the state chapter is split KOTA KINABALU Political analysts see the split in Sabah Umno as having the potential to cause Barisan Nasiona...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini

Misi Ke Asrama Penuh Edisi Kelate