Ekonomi Lembab Apa Lagi Mahathir Mahu Nafikan


Pakar: Pelabur berhati-hati kerana isyarat bercelaru daripada kerajaan, haluan kabur
Seorang ahli ekonomi berkata, Putrajaya perlu mengetengahan visi ekonomi yang lebih jelas dan koheren sekiranya ia mahu menarik pelabur berikutan laporan bahawa pelabur antarabangsa mula hilang sabar dengan Malaysia dan memilih untuk melabur di pasaran lain.
Laporan Bloomberg itu juga menyebut bahawa saham Malaysia mencatatkan aliran keluar pada kesemua 10 daripada 12 bulan terakhir dan ringgit merupakan mata wang paling lemah di Asia.
Felo kanan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Carmelo Ferlito berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum lepas disambut dengan “harapan tidak realistik” dalam kalangan banyak pihak, termasuk pasaran kewangan.
Setahun kemudian katanya kepada FMT, pelabur mula sedar bahawa tidak ada parti politik yang boleh “melakukan keajaiban” dan menawarkan penyelesaian segera bagi masalah yang membebani negara.
Beliau berkata, rasa seronok yang tercetus daripada keputusan pilihan raya umum ke-14 telah surut, sementara keyakinan awam semakin merosot, terutamanya berikutan potongan belanjawanan melibatkan projek mega.
Katanya, walaupun Putrajaya mengambil langkah betul untuk memeriksa semula perbelanjaannya dan cuba menangani masalah hutang negara, namun ia juga memberikan “mesej yang bercelaru”.
“Kerajan hari ini memberi mesej yang bercelaru. Pada masa-masa tertentu ia mendakwa percaya pada keunggulan inisiatif swasta, tetapi pada masa lain menyuarakan keinginan untuk melaksanakan projek pelaburan pimpinan-kerajaan seperti kereta nasional ke-3.”
Carmelo juga bercakap tentang inisiatif kerajaan yang “terlalu bertumpu” kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan ketiadaan kerangka dasar yang jelas sebagai panduan kepada pelabur.
Katanya, pada usia 94 tahun, Dr Mahathir sememangnya dihormati, tetapi menambah, kepimpinan beliau tidak dilihat sebagai fenomena jangka panjang atas sebab yang jelas.”
“Kekaburan mengenai strategi masa depan menambah darjah ketidakpastian, membimbangkan pelabur dan menyukarkan mereka membuat ramalan yang tepat,” katanya.
Carmelo berkata, Putrajaya mesti bertindak seperti sebuah kerajaan, bukannya beroperasi seperti “sekumpulan menteri”.
Beliau juga menggesa kerajaan membina satu identiti politik yang lebih menyeluruh, dan tidak hanya terbatas kepada usaha pencegahan rasuah dan isu berkaitan bekas perdana menteri Najib Razak.
“Identiti lebih kukuh akan melahirkan visi ekonomi yang lebih jelas dan tunggal, yang boleh dijadikan titik penilaian bagi tindak-tanduk kerajaan.
“Kejelasan, visi dan kestabilan adalah ramuan penting bagi menarik pelaburan.”
Pakar ekonomi di Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa, Firdaos Rosli berkata, model “Kemakmuran Bersama” baru yang diumumkan oleh kerajaan minggu lepas memerlukan penghuraian lebih terperinci bagi memberikan idea tentang rancangan ekonomi Putrajaya kepada pelabur.
“Keyakinan pelabur tidak statik,” katanya.
“Banyak negara pesaing menawarkan insentif pelaburan yang sama seperti kita, jadi soalan sebenarnya ialah: apakah yang boleh kita tawarkan yang tidak diberikan orang lain?
“Berapa banyak lagi insentif fiskal yang boleh kita berikan berpandukan keadaan kita hari ini? Apakah keistimewaan kita?”
Firdaos merujuk langkah dan reformasi ekonomi yang dilakukan kerajaan sebelum ini seperti Akta Persaingan, Akta Gaji Minimum, cukai barang dan perkhidmatan, Lebuhraya Pan Borneo, inisiatif Belt & Road serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik.
Ini katanya, hampir pasti akan dilaksanakan kerana kerajaan pada masa itu tahu pertumbuhan ekonomi negara tidak lagi serupa seperti sebelumnya.
Beliau berkata, penerusan dasar penting bagi membolehkan penambaikan seperti pembaharuan dilakukan.
“Bila kita ganggu momentum, sukar bagi kita untuk terus melangkah,” katanya.
FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/15/ekonomi-lembab-apa-lagi-mahathir-mahu-nafikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekonomi Semakin Lembab Bnm Terpaksa Turunkan Kadar Faedah

Ekonomi Semakin Lembab Bnm Terpaksa Turunkan Kadar Faedah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 323 hits
Keputusan Bank Negara Malaysia petang ini untuk menurunkan Kadar Faedah Institusi Perbankan dari 3 25 kepada 3 00 merupakan pengakuan bahawa ekonomi negara telah menjadi lembab Walaupun ini antara langkah yang boleh membantu ekonomi negara ...
Ekonomi Malaysia Teruk Adalah Tidak Benar Kata Mahathir

Ekonomi Malaysia Teruk Adalah Tidak Benar Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 366 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan ekonomi negara kini berada dalam keadaan teruk sehingga menyebabkan pelabur luar hilang sabar dan mencari peluang pelaburan di negara lain Dr Mahathir berkata dakwaan media antarab...
Dr Mahathir Mampu Pulih Ekonomi Dalam 2 Tahun Kata Anwar

Dr Mahathir Mampu Pulih Ekonomi Dalam 2 Tahun Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 312 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim BUKIT MERTAJAM Presiden PKR Anwar Ibrahim yakin ekonomi negara akan pulih dalam tempoh 2 tahun lagi berdasarkan perancangan dan pelaksanaan yang sedang dijalankan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Anwar yan...
Baru Sedar Tidak Mampu Hapus Tol Dr Mahathir

Baru Sedar Tidak Mampu Hapus Tol Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 302 hits
By 8 Mei 2019 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap semasa temubual khas di Bangunan Perdana Putra Putrajaya foto SYAFIQ AMBAK 06 MEI 2019PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kerajaan tidak mampu untuk mengh...
Takkan Saya Lebih Teruk Daripada Trump Tun Mahathir

Takkan Saya Lebih Teruk Daripada Trump Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 228 hits
PUTRAJAYA 3 Ramadan 1440H Rabu Saya fikir takkan saya lebih teruk daripada Trump kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila diminta menilai kepimpinannya sendiri menjelang ulang tahun pertama pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan ...
Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia

Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 366 hits
Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 201...
Ahli Bersatu Kurang Dr Mahathir Kenang Sejarah Tubuh Umno

Ahli Bersatu Kurang Dr Mahathir Kenang Sejarah Tubuh Umno

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar mengubah sikap yang mengutamakan agenda peribadi melebihi perjuangan parti Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu berkata amal...
Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak Mukhriz Mahathir

Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 842 hits
Semoga Allah S W T menerima segala ibadah kita dibulan Ramadhan yang mulia ini Selamat berpuasa
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran