Baru Sedar Tidak Mampu Hapus Tol Dr Mahathir


By Norlaile Abd Rahman
- 8 Mei 2019

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap semasa temubual khas di Bangunan Perdana Putra (PMO), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 06 MEI 2019
PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kerajaan tidak mampu untuk menghapuskan kutipan tol seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15) yang lalu.

Selepas setahun berlalu, kerajaan katanya sedar terlalu banyak beban kewangan yang perlu ditanggung sekiranya kutipan tol dihapuskan di samping merencatkan penyertaan swasta di dalam sebarang projek pembinaan lebuh raya selepas ini.

“Sebelum ini apabila kami membuat pengumuman untuk menghapuskan tol, kami tidak tahu akibatnya tetapi sekarang kami sudah sedar iaitu apabila mahu menghapuskan tol kerajaan perlu membeli kesemua lebuhraya dan ia memerlukan wang yang banyak.

“(Penghapusan tol) PLUS sahaja menyebabkan kerajaan perlu membayar sebanyak RM30 bilion, jadi persoalannya adakah kita mahu menggunakan wang berkenaan untuk perkara itu sahaja atau kita mahu menggunakan RM30 bilion untuk tujuan lain lebih penting.

“Selain itu, selepas tol dihapuskan, kita tidak lagi mempunyai pendapatan daripada penggunaan lebuhraya sedangkan jalan-jalan tersebut perlu diselenggara. Kos penyelenggaraan pula menelan belanja berbilion ringgit.

“Jika kita mahu membina lebuhraya lain, kerajaan pula yang perlu membina dan menanggung kosnya.

“Ini kerana tiada kutipan tol boleh dibuat dan ini menyebabkan tiada syarikat swasta yang akan berminat untuk melabur di dalam pembinaan lebuh raya kerana mereka tidak akan mendapat apa-apa (keuntungan).

“Ia akan menyebabkan masalah kewangan kerajaan bertambah,” katanya semasa temubual khas sempena ulang tahun pertama Kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya, Isnin lalu.

Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Bhd. untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong Smart.

Ini katanya, bagi menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

Dengan itu mekanisme kutipan tol sedia ada akan dihapuskan dan digantikan dengan caj kesesakan.

Penghapusan kutipan tol yang menjadi antara perkara terpenting dalam manifesto PH pada PRU15 yang lalu mendapat tentangan hebat daripada parti Barisan Nasional dan pakar-pakar ekonomi kerana cadangan tersebut dikatakan tidak munasabah.

Ini kerana selain memudaratkan kewangan kerajaan akibat pembayaran pampasan, kebanyakan pemegang konsesi lebuh raya di Malaysia adalah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Khazanah Nasional Bhd. dan Permodalan Nasional Bhd.

Dalam temubual yang sama, Perdana Menteri mengakui banyak lagi perkara yang tertulis di dalam manifesto PRU15 sukar dicapai antaranya penghapusan hukuman mati, meratifikasi Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
- MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/baru-sedar-tidak-mampu-hapus-tol-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Baru Tahu Mansuh Tol Memerlukan Kos Yang Besar Mahathir

Ph Baru Tahu Mansuh Tol Memerlukan Kos Yang Besar Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 291 hits
PUTRAJAYA Pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto Pakatan Harapan yang tidak tertunai selepas satu tahun mentadbir negara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata janji itu gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang ter...
Assalamualaikum Semua Saya Minta Maaf Fathia Latiff Baru Sedar

Assalamualaikum Semua Saya Minta Maaf Fathia Latiff Baru Sedar

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 599 hits
Fathia Latiff akhirnya tampil untuk meminta maaf kepada semua orang termasuk netizen atas tindakannya menyindir dan memaki netizen dengan ayat berbaur lucah gara gara mempersoalkan keputusannya membuka hijab dan tidak lagi bertudung LIHAT A...
Pupr Akan Fungsionalkan 5 Ruas Tol Baru Saat Lebaran

Pupr Akan Fungsionalkan 5 Ruas Tol Baru Saat Lebaran

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 269 hits
Kelima ruas tol fungsional tersebut adalah tol Pandaan Malang seksi I III tol Terbanggi Besar Pematang Panggang Kayu Agung Medan Binjai Seksi I Segmen Helvetia Jalan Veteran tol Manado Bitung sepanjang 18 Km tol Balikpapan Samarinda seksi I...
Lara Mula Bayar Cukai Sejak Umur Setahun Umur Baru 4 Tahun Lara Alana Dah Mampu Bayar Cukai Pendapatan

Lara Mula Bayar Cukai Sejak Umur Setahun Umur Baru 4 Tahun Lara Alana Dah Mampu Bayar Cukai Pendapatan

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 439 hits
Lara Mula Bayar Cukai Sejak Umur Setahun Umur baru 4 tahun Lara Alana dah mampu bayar cukai pendapatan Siapa yang tidak mengenali anak tunggal pasangan selebriti popular Awal Ashaai dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana binti Awal Awaluddin Si...
Mahathir Sahkan Hamid Bador Kpn Yang Baru

Mahathir Sahkan Hamid Bador Kpn Yang Baru

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 342 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan Abdul Hamid Bador akan dilantik sebagai ketua polis negara yang baru Mungkin dia akan jadi IGP katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Buruh Kebangsaan di Pusat Kon...
Dekat Tol Dan Bandara Kawasan Bukit Soeharto Diusulkan Jadi Lokasi Baru Ibu Kota

Dekat Tol Dan Bandara Kawasan Bukit Soeharto Diusulkan Jadi Lokasi Baru Ibu Kota

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 273 hits
Presiden Joko Widodo berwacana memindahkan Ibu Kota RI ke luar Pulau Jawa Pulau Kalimantan jadi pilihan Sementara Pemprov Kalimantan Timur menyatakan wilayah Taman Hutan Raya Bukit Soeharto di Kutai Kartanegara bisa jadi alternatif selain K...
6 Tips Berburu Kontrakan Bagi Pasutri Baru Yang Belum Mampu Beli Rumah Harus Selektif

6 Tips Berburu Kontrakan Bagi Pasutri Baru Yang Belum Mampu Beli Rumah Harus Selektif

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 327 hits
Cari rumah kontrakan buat tinggal bareng pasangan itu nggak semudah main cap cip cup aja Jangan sampai nyesel di tengah jalan deh pokoknya
Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 389 hits
dan Astro Awani Dr Mahathir berkata janji pemansuhan tol gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya isu itu dilaksanakan Gambar BERNAMA PUTRAJAYA Pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto ...
Anwar Discussing With Mahathir Details Of Taking Over As Pm

Anwar Discussing With Mahathir Details Of Taking Over As Pm

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 412 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim said the specifics of his succession of Tun Dr Mahathir Mohamad as the prime minister are currently being discussed He said this after he was asked when he would become prime minister as tomorrow will mark one year ...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam