Ejen Judi Loteri Haram Banyak Berselindung Di Sebalik Kedai Sah


BUTTERWORTH, 3 Julai — Mampu mengaut keuntungan sehingga RM5,000 setiap hari antara sebab ejen-ejen judi loteri haram atau ekor haram tidak serik ditahan oleh polis, malah mereka juga mula menjalankan kegiatan tersebut secara ‘mobile’ bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Modus operandi ejen-ejen itu dengan cara bersembunyi di sebalik perniagaan lain seperti kedai telefon, kedai runcit, kedai peralatan elektrik dan kedai kopi bagaimanapun berjaya dibongkar pihak polis hasil daripada operasi yang berterusan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata berdasarkan siasatan pihaknya juga mendapati ejen-ejen itu turut meletakkan pengawal di hadapan premis yang menjalankan kegiatan judi loteri haram tersebut untuk membenarkan hanya pelanggan tetap sahaja masuk ke dalam premis itu.
“Pelbagai cara mereka jalankan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa termasuk hanya menjalankan kegiatan tersebut pada waktu-waktu tertentu sahaja, namun hasil risikan dan intipan pihak polis kami berjaya membongkar kegiatan mereka.
“Sejak Januari hingga semalam, sebanyak 120 operasi judi loteri haram telah dijalankan di daerah ini dan daripada jumlah itu 33 individu termasuk empat wanita yang kesemua berusia antara 20-50 tahun, ditahan kerana teribat kegiatan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Dadu Khas Loteri Haram di sini hari ini.
Menerusi ops itu, pihak polis bersama pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil tindakan dengan memotong bekalan elektrik di sembilan buah premis yang menjalankan kegiatan judi loteri haram di daerah SPU.
Noorzainy berkata sembilan premis yang diambil tindakan itu telah 26 kali diserbu polis sejak Januari hingga Jun tahun ini, namun ejen-ejen loteri haram tetap tidak serik untuk terus menjalankan kegiatan mereka kerana mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap hari.
“Sembilan premis itu menjalankan perniagaan lain antaranya kedai lampu, kedai jual pelbagai beg dan sebagainya, namun ejen-ejen loteri haram itu menggunakan bahagian belakang kedai untuk menjalankan kegiatan itu dengan keuntungan antara RM1,000 dan RM5,000,” katanya.
Katanya susulan serbuan terbaharu di sembilan premis itu sebelum tindakan pemotongan bekalan elektrik dibuat, polis menahan 10 lelaki dan turut merampas pelbagai peralatan berkaitan kegiatan judi loteri haram antaranya telefon bimbit, pencetak, kertas serta wang tunai RM30,870.
“Pihak polis akan meneruskan operasi ini dengan lebih tegas dalam usaha membenteras kegiatan tersebut di daerah SPU dan saya juga minta kerjasama orang ramai untuk membantu menyalurkan maklumat jika terdapat ejen loteri haram di kawasan mereka,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Ejen Judi Loteri Haram Banyak Berselindung Di Sebalik Kedai Sah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/03/ejen-judi-loteri-haram-banyak-berselindung-di-sebalik-kedai-sah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Bongkar Taktik Ejen Judi Loteri Haram

Polis Bongkar Taktik Ejen Judi Loteri Haram

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 259 hits
BUTTERWORTH Mampu mengaut keuntungan sehingga RM5 000 setiap hari antara sebab ejen ejen judi loteri haram atau ekor haram tidak serik ditahan oleh polis malah mereka juga mula menjalankan kegiatan tersebut secara mobile bagi mengelak dikes...
Pesara Guru Wanita Disyaki Terlibat Kegiatan Judi Haram Atas Talian Kerugian Rm516 457

Pesara Guru Wanita Disyaki Terlibat Kegiatan Judi Haram Atas Talian Kerugian Rm516 457

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 320 hits
Perjudian atas talian meningkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu Sindiket perjudian menjadikan orang ramai yang berada di rumah terutamanya kaki judi sebagai sasaran pelanggan mereka Ketua Polis Negara Tan Sri ...
Siapa Ejen Di Sebalik Pengakuan Kalonda Kononnya Berdarah Malaysia

Siapa Ejen Di Sebalik Pengakuan Kalonda Kononnya Berdarah Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 278 hits
Persatuan Bola Sepak Malaysia telah pun mengesahkan pihaknya tidak akan memproses permohonan Marcel Kalonda yang kononnya berdarah kacukan Malaysia menerusi bapa dan datuknya untuk mewakili skuad Harimau Malaya Keputusan itu dibuat selepas ...
Kini Tampak Perubahan Pada Muka Ali Xpdc Sanggup Dedahkan Muka Dan Cerita Di Sebalik Semua Ini Berlaku

Kini Tampak Perubahan Pada Muka Ali Xpdc Sanggup Dedahkan Muka Dan Cerita Di Sebalik Semua Ini Berlaku

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 466 hits
Ali yang cukup sinonim namanya sebagai vokalis kumpulan XPDC yang berdepan ins1den dis4mbar ap1 baru baru ini ketika sedang memb4kar sampah di belakang rumahnya di Klang Selangor ada berkongsi perkembangan terkini dirinya Kini Tampak Peruba...
Bayi Ajaib Tersorok Di Sebalik 2 Ketumbuhan Dalam Perut Anggap Rezeki Usia 40 An

Bayi Ajaib Tersorok Di Sebalik 2 Ketumbuhan Dalam Perut Anggap Rezeki Usia 40 An

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 375 hits
Rezeki Allah siapa nak duga Tapi itulah yang berlaku pada sebuah keluarga di Melaka apabila menerima kehadiran seorang bayi perempun yang dianggap oleh mereka bayi ajaib kerana tersorok disebalik dua ketumbuhan dalam perut ibunya Melalui la...
Laungan Azan Di Sebalik Api Marak Asrama Sekolah Agama Kebakaran Pelajar Selamat

Laungan Azan Di Sebalik Api Marak Asrama Sekolah Agama Kebakaran Pelajar Selamat

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 585 hits
Awal pagi tadi para pelajar di asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam Raub berhadapan detik cemas apabila asrama mereka terlibat dalam kebakaran Menerusi maklumat dan video yang dikongsikan di Facebook kejadian tersebut ha...
Dalang Dan Tali Barut Di Sebalik Laporan Al Jazeera

Dalang Dan Tali Barut Di Sebalik Laporan Al Jazeera

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 346 hits
Salah lapor sebuah agensi berita Al Jazeera terhadap imej negara dilihat sebagai usaha jahat pihak tertentu yang dengki terhadap kejayaan negara menangani pandemik Covid 19 berbanding negara negara maju lain yang masih lagi bergelut dengan ...
Di Sebalik Muka Berpeluh Kelam Kabut Buat Kerja Rumah Isteri Sebenarnya Wanita Tercantik

Di Sebalik Muka Berpeluh Kelam Kabut Buat Kerja Rumah Isteri Sebenarnya Wanita Tercantik

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 535 hits
Isteri mengharapkan suami lebih peka dan memahami dirinya Walaupun tidak pernah memberitahu apa yang dia inginkan para isteri lebih suka supaya suami lebih mengambil berat tentang dirinya Suami pula bukan tidak peduli tetapi kadang kadang t...
Hikmah Di Sebalik Kejatuhan Kerajaan Ph

Hikmah Di Sebalik Kejatuhan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 172 hits
MOHD SWAZWANAntara kegembiraan saya apabila naiknya kerajaan PN walau pun dari pintu belakang adalah dengan terjumpa nya semula kecerdikan segolongan masyarakat1 Kes pemandu mabuk walau pun kian neningkat kini bukan lagi salah Menteri Agama...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas