Ejen Cia Mengaku Pernah Rampas Pesawat


Agensi berita CNN yang cukup terkenal di arena kewartawanan dunia, pada 14 Mac lepas telah menemubual seorang bekas pegawai Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat berkenaan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.


Bekas anggota CIA itu Robert Baer juga merupakan Penganalisis Keselamatan Amerika Syarikat untuk CNN.

Dalam video temubual berkenaan yang berada di laman YouTube sejak 14 Mac lepas, Robert dengan jelas mengutuk Malaysia dengan mengatakan beliau tidak mempercayai Malaysia kerana ia merupakan sumber berita yang lemah.

“Saya tidak mempercayai Malaysia pada masa ini, mereka memberi banyak kenyataan dan informasi bercanggah yang tidak benar, mereka bukanlah sumber informasi yang baik.

“Mereka ketika ini amat malu dengan apa yang terjadi, mereka kehilangan sebuah pesawat.. kejadian ini mencalarkan maruah Malaysia.. Ia juga adalah bencana politik dan kerajaan Malaysia sedang berdolak-dalik menutup kebenaran yang ada,” kata Robert dalam segmen The Lead di CNN.

Bagaimanapun pada awal temubual, Robert berkata suatu ketika dahulu CIA berjaya mereka plot untuk merampas sebuah kapal milik Soviet Union dahulu kerana mahukan teknologi pesawat itu dan ia berjaya dilakukan.

“Pada sekitar 80-an, CIA kerap melihat kepada pesawat kesatuan Soviet yang moden.. Kami mahukan teknologinya.. Kita akan mendapatkan seorang juruterbang yang akan menerbangkan pesawat berkenaan keluar.

“Kami berjaya mendapatkan sebuah pesawat Soviet, juruterbang itu diarahkan untuk terbang di atas Lautan Hindi, membuat panggilan isyarat kecemasan “May Day”, juruterbang itu juga perlu membuat pergerakan menjunam ke paras ketinggian yang rendah.

“Juruterbang itu kemudiannya akan terbang ke sebuah pulau rahsia, CIA akan menutup pesawat itu bagi mengelakkan ia dikesan satelit sehingga pihak Soviet menghentikan pencarian pesawat berkenaan dan tidak menyedari teknologi pesawat itu sudah hilang,” katanya dalam temubual itu.

Sudahlah mengakui CIA sendiri pernah merencanakan satu rampasan pesawat, pada masa sama Robert mengatakan dakwaan bahawa pesawat MH370 dirampas adalah satu perbuatan dari pihak Malaysia untuk menutup maklumat sebenar adalah amat keji dalam temubual CNN ini. -Mynewshub

Mustahil Tanpa Langsung Dikesan Radar!

Sementara itu, penganalisis dan pegawai industri penerbangan antarabangsa tidak yakin pesawat Malaysia Airlines yang hilang lebih 200 jam lalu boleh terbang dengan mudah ke wilayah sebelah utara tanpa dapat dikesan oleh radar.

Ini kerana negara-negara di kawasan jalur antara sempadan Kazakhstan hingga ke utara Thailand itu diketahui mempunyai sistem radar pertahanan yang mantap khususnya India.

Pengawal trafik udara di Kolkata, India menolak kemungkinan pesawat penerbangan MH370 yang hilang itu masuk ke ruang udara India dan terbang sehingga ke jalur utara yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media pada Sabtu.

“Tentera Udara India mempunyai radar di beberapa tempat di serata negara dan adalah mustahil tidak ada satu pun antaranya yang mengesan blip ganjil yang tidak ada kebenaran terbang,” kata setiausaha persatuan pegawal trafik udara di Kolkata, Sugata Pramanik seperti dipetik oleh Times of India.

Jelas Sugata, pesawat MH370 mungkin boleh mengelak daripada dikesan oleh radar pemantauan sekunder tetapi ia masih boleh dikesan oleh radar pemantauan primer yang digunakan oleh tentera udara.

Beliau juga menambah semua penerbangan dari Malaysia menghala arah barat daya menuju ke Kazakhstan akan melalui kawasan maklumat penerbangan Kolkata.

Laporan Times of India menyebut India mempunyai sembilan zon pertahanan udara yang dikawal sepanjang masa 24 jam sehari bagi mengelak sebarang pesawat musuh menceroboh ruang udaranya.

Seorang pengawal trafik udara yang lain, Sushil Mondal pula menjelaskan keadaan akan jadi haru-biru sekiranya tentera udara India mengesan pesawat yang tidak mempunyai kebenaran terbang di ruang udaranya termasuk “mengerah pesawat tentera menembak jatuh (pesawat itu).”

“Ini tidak berlaku pada Sabtu (8 Mac) lalu,” katanya.

Kenyataan dua pengawal trafik udara itu disokong oleh kenyataan Paul Hayes, pengarah keselamatan dan insurans di sebuah firma rundingan penerbangan, Ascend Worldwide yang berpejabat di London.

“Saya tidak percaya sebuah pesawat boleh terbang masuk ke ruang udara India tanpa dikesan,” katanya seperti dipetik oleh Bloomberg.

India pada Ahad menggantungkan operasi carian di sekitar Kepulauan Andaman dan Kepulauan Nicobar serta Teluk Benggala dan menunggu permintaan baru daripada Malaysia.

“Seluruh operasi ditangguhkan buat masa ini. Kami menunggu arahan baru daripada Malaysia,” kata jurucakap tentera India, Kolonel Harmit Singh.

Koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Selain jalur utara, Najib dalam sidang media pada Sabtu membayangkan kemungkinan kedua pesawat penerbangan MH370 terbang ke arah selatan pada jalur antara Indonesia hingga ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Lautan Hindi adalah kawasan laut ketiga terbesar selepas Lautan Pasifik dan Atlantik.

Menurut Dave Gallo, seorang pakar di Institut Kajian Lautan Woods Hole di Massachusetts, kawasan selatan Lautan Hindi merupakan antara kawasan perairan yang cukup berbahaya.

“Lebih ke selatan dari Malaysia, keadaannya lebih rumit, lebih dalam dan lebih bergelora,” kata Gallo, dan menambah, ia mungkin lebih dalam daripada kedalaman nahas Air France AF447 pada 2009.

Gallo terlibat mengetuai usaha mencari pesawat AF447 itu yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik pada 2009. Serpihan dan bangkai pesawat Airbus A330 itu ditemui lima hari selepas nahas tetapi kotak hitam pesawat hanya dapat dikeluarkan dua tahun kemudian.

Pesawat penerbangan MH370 yang menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur hilang sejak 8 Mac lalu selepas dikesan oleh satelit pada 8.11 pagi hari yang sama dari lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.

Lokasi itu dijangka berada antara dua kawasan iaitu jalur utara antara sempadan Kazakhstan hingga ke utara Thailand dan jalur selatan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Usaha mengesan pesawat itu sebelum ini disertai oleh 14 negara dan sekarang bakal disertai oleh negara-negara berdekatan jalur berkenaan termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan dan Myanmar.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan kedua-dua jalur utara dan selatan itu diberikan perhatian yang seimbang dalam usaha mengesan pesawat yang hilang itu. –Astroawani.com

BACA INI JUGA: MH370: Bukti Mossad Dan CIA Terlibat!

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/03/hot-ejen-cia-mengaku-pernah-rampas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesawat Airasia Tawau Kuala Lumpur Patah Balik Selepas Sejam Berlepas

Pesawat Airasia Tawau Kuala Lumpur Patah Balik Selepas Sejam Berlepas

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 129 hits
Pesawat AirAsia yang membawa 170 penumpang terpaksa berpatah balik selepas hampir sejam berlepas di Lapangan Terbang Tawau TAWAU Pesawat AirAsia penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik selepas hampir sejam berlepas da...
Mh370 Hanya Dua Cara Pesawat Boleh Ditemui

Mh370 Hanya Dua Cara Pesawat Boleh Ditemui

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 103 hits
Kita ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370 Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat operasi CARI DAN MENYELAMAT dan sebagainya Namun bagi juruter...
Polis Rampas Dadah Tahan Lima Termasuk Seorang Wanita Warga Thailand Sedang Berparti

Polis Rampas Dadah Tahan Lima Termasuk Seorang Wanita Warga Thailand Sedang Berparti

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 118 hits
BERNAMAJOHOR BAHRU Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita warga Thailand yang disyaki terlibat penyalahgunaan dadah semasa sedang berparti di sebuah kondominium di sini semalam Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Se...
Disaat Rakyat Kelantan Ditimpa Musibah Bersatu Pula Merancang Rampas Ne

Disaat Rakyat Kelantan Ditimpa Musibah Bersatu Pula Merancang Rampas Ne

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 80 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan menteri besar Pahang Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri negeri itu pada PRU akan datang Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata demikian ...
Adun Kuala Sentul Yakin Perikatan Nasional Mampu Rampas Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16

Adun Kuala Sentul Yakin Perikatan Nasional Mampu Rampas Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 92 hits
SHAH ALAM Perikatan Nasional mampu merampas Pahang jika gabungan pembangkang itu menang enam lagi kerusi dan mempertahankan kerusi sedia ada pada PRU 16 nanti kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Dato Jasri Jamaludin Ketika ini PN m...
Mh370 Kehilangan Pesawat Paling Misteri Di Dunia

Mh370 Kehilangan Pesawat Paling Misteri Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 108 hits
Kini sudah masuk beberapa hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam usaha untuk menemukan pesawat MAS MH370 model Boeing 777 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu Misteri kehilangan pesawat malang itu sehingga kini masih lagi be...
Mh370 As Bertegas Tidak Terlibat Kehilangan Pesawat

Mh370 As Bertegas Tidak Terlibat Kehilangan Pesawat

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 118 hits
Amerika Syarikat menafikan sekeras kerasnya dakwaan percubaan menutup misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia itu lapor New Straits Times Pihak Washington berkata tuduhan yang tersebar di media sosial yang mengatakan AS ...
Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 311 hits
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penerbangan Perancis Marc Dugain mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu terhempas kerana ditembak oleh tentera Amerika Syarikat lapor MailOnline Marc Dugain...
Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Menyimpul Solidariti Addendum Najib

Melawat Ke Amanohashidate View Point Dan Ine Town

Buffet Buka Puasa Muara Steamboat Grill Serendah Rm50 Sahaja

Create Buzz And Attract Investors

Cucur Nasi Pedas Sedap Rangup Dan Mengenyangkan

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru