Eh Kuaci Pun Ada Cikgu Mengajar Di Depan Murid Makan Nasi Lemak Dekat Belakang Sudahnya Satu Kelas Dapat Habuan


KERENAH anak kecil pastinya mencuit hati.
Mereka ibarat kain putih bebas kotoran dan hanya mahu bergembira dalam dunia ini yang ada kalanya kej4m.
Susuk tubuh yang kerap dapat menyaksikan telatah si cilik ini membesar tidak lain tidak bukan ialah insan bergelar seorang guru.
Seorang guru dari sebuah sekolah rendah yang senang disapa sebagai Cikgu Anep berkongsi antara kenangan manis bersama anak muridnya.
 

Ciapan asal di laman Twitter.
Cikgu Anep menceritakan bagaimana dia selalu mengingatkan anak muridnya untuk tidak makan di dalam kelas kerana ia sebahagian daripada adab di tempat ilmu dan tentunya kurang manis dipandang.
Walaupun begitu, Cikgu Anep tidak terlampau mengongkong dalam soal itu kerana dia membenarkan mereka untuk membawa makanan ringan seperti gula-gula dan coklat ke dalam kelas.
“Kalau kamu mengantuk dan nak makan gula-gula ke, coklat ke, makanlah, cikgu benarkan.
“Jangan makan nasi lemak sudahlah ye,” katanya berseloroh kepada anak muridnya.
Gurauan Cikgu Anep itu disambut dengan gelak tawa kecil dari anak muridnya.
Namun begitu, Cikgu Anep tidak menyangka ada juga dalam kalangan mereka yang acuh tak acuh dengan pesanannya itu.
“Mereka gelak. Sebab mustahil la nak makan nasi lemak dalam kelas.
“Sekali masa aku mengajar dalam kelas tadi…,” kata Cikgu Anep membuatkan warga maya tertanya-tanya apa yang terjadi.
Nafas panjang pasti dihelakan netizen apabila melihat sekeping gambar yang dikepilkan bersama bebenang ciapan Cikgu Anep menunjukkan seorang anak muridnya sedang menjamu selera sebungkus nasi lemak di belakang kelas.
Bukan sahaja nasi lemak malas sebungkus kuaci turut kelihatan di atas meja.
Dia dilihat tersipu-sipu malu dengan kesalahan yang dilakukannya.
Walaupun melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam kelas, Cikgu Anep tidak berniat untuk menghukum anak kecil itu dan dia malah bermurah hati untuk membelanja keseluruhan kelasnya santapan nasi lemak.
“Kesudahannya aku pula yang kena belanja kawan-kawan dia satu kelas pagi ni,” keluh Cikgu Anep dalam nada gurauan.
 

Walaupun sedang makan nasi lemak, buku pelajaran tetap tersedia di tepi.
Dalam gambar kedua yang dikepilkan dapat dilihat enam bungkus nasi lemak diletakkan di atas meja bilik darjah sambil jari anak muridnya sempat menyelinap masuk menunjukkan isyarat ‘peace’.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya senang hati melihat pendekatan Cikgu Anep dalam mendidik anak muridnya.
Seorang warga maya juga sempat mengimbau kenangan manis penuh nostalgia ketika mereka di bangku persekolahan.
“Ya Tuhan, teringat zaman curi-curi makan nasi lemak belakang kelas,” kata seorang netizen rindu kepada momen yang kini sudah berada di masa silam.
Manakala seorang netizen juga sempat berjenaka dengan bertanyakan adakah anak murid itu sempat membawa sekali minuman teh tarik ke dalam kelas untuk melengkapkan menu sarapan pagi.

Cikgu Anep membelanja seluruh kelas sarapan nasi lemak.
“Mujur dia tak bawa teh tarik sekali,” kata netizen itu.
Lebih mengejutkan apabila Cikgu Anep membalas ciapan itu dengan mengatakan anak murid itu sememangnya datang bersiap dengan minuman teh tarik untuk menemani hidangan nasi lemaknya.
“Ada je, cuma tak ambil gambar. Dia sangkut dekat tingkap,” ujar Cikgu Anep memberikan pengesahan.
“Uishhh dah boleh buka gerai dalam kelas,” kata netizen terpesona dengan pendedahan itu.
Seorang netizen juga sempat menzahirkan rasa terharu dengan kesabaran Cikgu Anep untuk melayani kelakuan anak muridnya.
“Kalau saya macam ni auto kena penampar dengan cikgu, susah betul nak jumpa orang macam Cikgu Anep,” kata netizen itu kagum.
 

Sebilangan ciapan balas warga maya.
Cikgu Anep kemudiannya membalas dengan menjelaskan anak muridnya masih kecil dan tidak boleh terlampau berkeras.
“Tak ada la, budak sekarang kalau kita keras sangat mereka makin member0ntak,” ujar Cikgu Anep.
Seorang warga maya bersetuju dengan perspektif Cikgu Anep tersebut apabila dia pernah mendapat keputusan cemerlang kerana gurunya yang baik hati.
“Ini la apa yang guru saya buat waktu sekolah dulu. Dia selalu bawa makanan dia masak ke kelas.
“Saya rasa lagi fokus dan ada nikmat belajar kalau ada makanan. Guess what?
“Mata pelajaran Sains saya dari gred E pada mulanya saya dapat A+ dalam masa yang singkat,” kata warga maya itu berbangga dengan pecapaiannya.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/QTqiek1


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2023/01/eh-kuaci-pun-ada-cikgu-mengajar-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mahu Makan Nasi Atau Mi Selang Selikan Dengan Oat Ni Pilihan Oat Sedap Untuk Bayi 6 9 Bulan

Tak Mahu Makan Nasi Atau Mi Selang Selikan Dengan Oat Ni Pilihan Oat Sedap Untuk Bayi 6 9 Bulan

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 219 hits
Anak sama macam kita ada waktunya anak tidak mahu makan nasi Begitu juga dengan pasta atau roti Sesekali gantikan dengan oat pula untuk anak Idea dan perkongsian ini boleh mama gantikan untuk anak yang bosan makan nasi Oat sememangnya berkh...
Ayam Goreng Viral Terlajak Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas Memang Umph

Ayam Goreng Viral Terlajak Sedap Makan Dengan Nasi Panas Panas Memang Umph

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 269 hits
Menu ayam goreng antara yang menjadi kegemaran anak anak Walaupun hanya satu lauk sahaja makan dengan nasi panas panas letak kicap pun boleh habis sepinggan Biasanya kita akan goreng ayam dengan menggaulkan kunyit dan garam tapi kali ini bo...
Boss Baru Belanja Nasi Lemak Daun Pisang

Boss Baru Belanja Nasi Lemak Daun Pisang

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 291 hits
Assalamualaikum Hi korang dah makan ke SA baru balik dari makan tengahari boss baru belanja kita pekena nasi lemak daun pisang sebenarnyadari last week Selasa bos baru ni nak belanja SA makan sempena ngan SA punya majlis pertunangan eh eh m...
Nasi Lemak

Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah baru sehari merasa menjadi penggangur ni tak tahu nak buat apa hahaha kalau ikutkan harini cuti lagi kan sebab ganti awal tahun semalam kiranya KK masih cuti lah Tapi bermula esok kalau ta...
Makan Nasi Kandar Kampung Melayu

Makan Nasi Kandar Kampung Melayu

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 302 hits
Assalamualaikum WBTBANYAK demand kali ni kononnya tak nak makan Nasi Kandar Kampung Melayu Banyak faktor antaranya barisan yang panjang persekitaran yang tidak strategik dan ayam goreng keras sampai sakit gigi pengalaman yang kami lalui seb...
Aku Selalu Tunggu Sisa Anak Je Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

Aku Selalu Tunggu Sisa Anak Je Isteri Terkilan Suami Terlalu Berkira Siap Minta Jangan Tambah Nasi Bila Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 205 hits
Biarpun sudah ketahui rezeki seorang suami itu juga adalah sebahagian daripada berkat isteri serta anak anak namun masih ramai suami yang berkira dan ia bukanlah satu perkara yang pelik untuk zaman ini Malah ada saja yang sanggup melaburkan...
Sup Telur Mudah Sedap Satu Hidangan Ni Cukup Buat Anak Anak Makan Bertambah

Sup Telur Mudah Sedap Satu Hidangan Ni Cukup Buat Anak Anak Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 365 hits
Tak ada idea nak masak apa tapi anak anak tetap mahu makan air tangan ibu Apa kata cuba buat resipi ini Satu hidangan ini pun dah lengkap untuk makan dengan nasi Kalau anak tak mahu makan nasi pun boleh kenyang jika makan sup telur ini saja...
Teringin Nak Makan Daging Wagyu Dapat Makan Wagyu Skewer Depan Lot 10 Bukit Bintang Pun Dah Nikmat

Teringin Nak Makan Daging Wagyu Dapat Makan Wagyu Skewer Depan Lot 10 Bukit Bintang Pun Dah Nikmat

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 384 hits
Lot 10 Bukit Bintang Kuala Lumpurkiosk yang jual wagyu skewerLama dah teringin nak makan daging wagyu tapi jenis daging menang mahal la daging premium yang rakyat marhein macam aku ni telan air liur je la bila tengok daging wagyu ni Tapi bi...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life