Sup Telur Mudah Sedap Satu Hidangan Ni Cukup Buat Anak Anak Makan Bertambah
Tak ada idea nak masak apa, tapi anak-anak tetap mahu makan air tangan ibu. Apa kata cuba buat resipi ini. Satu hidangan ini pun dah lengkap untuk makan dengan nasi. Kalau anak tak mahu makan nasi pun, boleh kenyang jika makan sup telur ini saja.
Resipi perkongsian oleh Suzana Othman ini sangat mudah untuk dimasak kerana hanya menggunakan bahan asas yang selalu ada di dapur dan jimat masa.
RESIPI SUP TELUR MUDAH & SEDAP
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar saiz sederhana-hiris, goreng hingga layu dan ketepikan
3 ulas bawang putih – hiris, goreng hingga layu dan ketepikan
Ikan bilis- goreng dan ketepikan
1 biji kentang – potong ikut saiz ysng diingini
Setengah biji lobah merah – hiris
4 biji telur
Fucuk dan suhun-rendam dan potong pendek
Daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Garam
Serbuk lada putih ajishio
Air
Minyak masak
Cara memasak:
1. Didihkan air dalam periuk rebus kentang hingga separuh empuk
2. Masukkan lobak merah. Boleh gantikan dengan sayur yang anda gemari.
3. Bila kentang dan lobak dah lembut, masukkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis yang dah digoreng tadi.
4. Masukkan fucuk dan suhun.
5. Perasakan dengan garam dan ajishio. Pastikan dah secukup rasa sebab kita tak nak kacau masa dah masukkan telur nanti.
6. Perlahankan api, pecahkan telur dalam bekas, masukkan telur satu persatu. Kita tak pecahkan telur direct masuk ke periuk sebab takut telur tu tak elok. Masa pecahkan telur tu jangan sampai terpecah kuningnya.
7. Bila dah masukkan semua telur, tutup periuk biar telur hingga masak. Jangan kacau, biarkan saja telur bersauna dalam periuk dengan aman.
8. Sup telur dah pun siap, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang. Selamat mencuba!
Kredit: Suzana Othman via myresipi
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Sup Telur Mudah & Sedap. Satu Hidangan Ni Cukup Buat Anak-Anak Makan Bertambah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sup-telur-mudah-sedap-satu-hidangan-ni-cukup-buat-anak-anak-makan-bertambah/