Eh Baru Rasmi Dah Ditutup Pulak Awat Jadi Lagu Ni



GEORGETOWN: Projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama di sini, yang menelan belanja RM12.9 juta dan baru dirasmikan Jumaat lalu mendapat kritikan selepas laluan bawah pejalan kaki di tembok berkenaan ditenggelami air laut pasang, kelmarin.
Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir), Datuk Dr. Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri perlu melaksanakan ‘audit forensik’ bagi mengenal pasti punca berlakunya situasi berkenaan.
”Projek ini mempunyai dua aras tapak pejalan kaki yang disediakan dan pastinya direka sedemikian untuk digunakan.
”Semalam, tapak pejalan kaki di aras bawah tenggelam dimasuki air laut, apakah air laut banyak, melimpah masuk? Atau sememangnya direka sebegitu supaya boleh melihat ikan berenang di situ?” soalnya menerusi kenyataan Facebook.
Kelmarin,
MBPP dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan itu dibuat bermula petang kelmarin demi keselamatan orang awam.
Projek tembok laut Padang Kota Lama itu menelan belanja RM12.9 juta dan sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia mula dibina pada 2016 dan siap sepenuhnya bulan ini.
Ia adalah inisiatif menaik taraf kawasan tersebut bagi menyediakan ruang awam berkualiti yang boleh diterima, menarik dan inklusif untuk semua pihak.
Menurut Muhamad Farid, sebelum ini parkir bertingkat di kaki Bukit Bendera juga direka dan dibina dengan laluan pergerakan kereta kecil seperti kereta jenis Perodua Kancil sehingga pernah digelar Penang Hill Kancil Car Park.
”Jurutera perunding ada, jurutera MBPP juga ada, agaknya tidak ada sesiapa pun yang dapat menjangkakan aras air laut akan naik setinggi itu.
”Agaknya tiada rekod ketinggian aras air laut sebelum ini atau ini juga fenomena baharu di Pulau Pinang. Apapun hati-hati ketika berada di sana kerana Lebuhraya Bukit Kukus pun boleh banjir,” katanya lapor Utusan
Menjawab persoalan itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata ”Keputusan yang dibuat berkaitan projek ini memang dikaji dengan teliti bersama pasukan yang ada termasuk mengambil kira keadaan air laut pasang serta memastikan reka bentuknya dapat membuatkan orang ramai menghargai warisan sejarah yang ada di sini,”
Mengambil kira katanya.. tapi tak mengambil kira faktor keselamatan ke hinggakan bila berlaku air pasang besar terpaksa ditutup pula..
Laporan berkaitan..
GEORGETOWN: Persiaran teres bawah di tembok penahan ombak Padang Kota Lama yang menimbulkan kontroversi selepas ditenggelami air laut pasang Isnin lalu, direka secara khusus supaya pengunjung dapat melihat elemen konservasi warisan di kawasan berkenaan serta mengambil kira situasi air laut pasang di situ.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ar Yew Tung Seang berkata, persiaran teres bawah di tembok itu dibina dengan mengekalkan ciri-ciri sejarah dan warisan tembok tersebut yang asalnya dibina pada 1807-an termasuk mengekalkan bahan binaan di situ yang menggunakan batu granit.
Katanya, selain mengukuhkan lagi tembok penahan ombak sedia ada yang usang dan meningkatkan kualiti ruang awam, projek itu mengambil kira elemen konservasi warisan yang sangat penting bagi Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
”Keputusan yang dibuat berkaitan projek ini memang dikaji dengan teliti bersama pasukan yang ada termasuk mengambil kira keadaan air laut pasang serta memastikan reka bentuknya dapat membuatkan orang ramai menghargai warisan sejarah yang ada di sini,” katanya dalam sidang akhbar di Padang Kota Lama, di sini hari ini.
MBPP bertindak menutup sementara laluan bawah pejalan kaki di tembok laut Padang Kota Lama selepas berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut, Isnin lalu.
Ekoran kejadian itu, projek tembok laut Padang Kota Lama yang menelan belanja RM12.9 juta dan sepanjang kira-kira 570 meter itu mendapat kritikan ramai.
Menurut Tung Seang, bahagian teres bawah di tembok itu memang dijangka dipenuhi atau ditenggelami air laut semasa pasang purnama (spring tide) dan semasa air laut pasang seperti yang terjadi pada Isnin dan Selasa lalu.
”Ia bukan merupakan fenomena luar biasa kerana jangkaan ditenggelami akibat air laut pasang berlaku pada hari-hari yang dapat diramal untuk jumlah kumulatif 30 hingga 45 hari setahun untuk maksimum dua hingga tiga jam,” katanya.
Tambahnya, memandangkan bahagian persiaran teres bawah diwujudkan dengan tujuan khusus dan fenomena air laut pasang sememangnya dalam ramalan, tiada isu mengenai kecatatan reka bentuk yang timbul.
”Sistem saliran turut diuji dan dinilai secara positif untuk bertahan dalam semua keadaan cuaca termasuk ribut atau air pasang surut yang luar biasa. Selain itu, laluan tangga ke bahagian struktur batu lapis lindung diperlukan sebagai akses untuk kerja-kerja pembersihan memandangkan air pasang membawa sampah sarap ke pinggir pantai yang merosakkan pemandangan di kawasan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai langkah proaktif dalam menjaga keselamatan pengunjung di kawasan tersebut, papan tanda dwibahasa dipasang di pintu akses ke persiaran teres bawah.
Papan tanda itu bagi memberi makluman berhubung waktu operasi iaitu pada 7 pagi hingga 9 malam dan amaran penting termasuk larangan semasa air pasang, hujan dan ombak kuat.
”Selain itu, pintu akses ke persiaran teres bawah akan ditutup sekiranya berlaku keadaan cuaca yang tidak menentu dan teruk seperti ribut petir dan gelombang ribut,” tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/05/eh-baru-rasmi-dah-ditutup-pulak-awat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otai Baek Jiyoung Bakal Lancar Lagu Baru Jun Ini

Otai Baek Jiyoung Bakal Lancar Lagu Baru Jun Ini

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 167 hits
Baru baru ini seorang penyanyi otai Baek Ji young dikhabarkan bakal melancarkan lagu baharu Baek Ji young baru baru ini menerima banyak sokongan melalui TV Chosun National Singer Tomorrow The State Calls siaran JTBC Where I Return to Me Lib...
Ishh Ishhh Issshhh Hangpa Baru Kenai Pas Dah Talam Dua Muka Pulak Dah Keh Keh Keh Rakit Pun Depa Kata Feri

Ishh Ishhh Issshhh Hangpa Baru Kenai Pas Dah Talam Dua Muka Pulak Dah Keh Keh Keh Rakit Pun Depa Kata Feri

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 185 hits
PAS talam dua muka siang cakap lain malam berubah cakap lain kata Zahid May 7 2022 Zahid Hamidi berkata Umno tidak mahu sahabat yang tidak mempunyai pendirian tetap dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan PETALING JAYA Presiden U...
Baru Je Kehilangan Suami Kini Anita Baharom Pulak Kehilangan Ibu Tercinta

Baru Je Kehilangan Suami Kini Anita Baharom Pulak Kehilangan Ibu Tercinta

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 174 hits
Selepas empat bulan kehilangan suami yang pergi buat selamanya dalam tidur pada 1 Januari lalu kehidupan pelakon Anita Baharom sekali lagi diuji apabila ibu tercintanya pula pergi menghadap Ilahi semalam
Shy Shy Cat Pulak Video Lee Zii Jia Menari Tiktok Tunaikan Janji Menang Thailand Open

Shy Shy Cat Pulak Video Lee Zii Jia Menari Tiktok Tunaikan Janji Menang Thailand Open

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 188 hits
Thailand Open baru sahaja melabuhkan tirainya semalam tahun ini ia diadakan di Impact Arena Nonthaburi Thailand yang juga merupakan lokasi untuk kejuaraan Thomas Cup sebelum ini Untuk pengetahuan Thailand Open merupakan salah satu kejuaraan...
Arus Balik Lebaran Tol Dalam Kota Jakarta Arah Cikampek Ditutup

Arus Balik Lebaran Tol Dalam Kota Jakarta Arah Cikampek Ditutup

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 166 hits
Arus Balik Lebaran Tol Dalam Kota Jakarta Arah Cikampek Ditutup Polda Metro Jaya memberlakukan penutupan akses Tol Dalam Kota dan Tol Priok yang mengarah ke Tol Cikampek guna mengantisipasi terjadinya kepadatan lalu lintas pada arus balik L...
Tinggal Lapan Hari Sebelum Pendaftaran Pickids Dos Pertama Ditutup

Tinggal Lapan Hari Sebelum Pendaftaran Pickids Dos Pertama Ditutup

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 143 hits
PUTRAJAYA Tinggal lapan hari sahaja lagi sebelum tarikh akhir 15 Mei dan ibu bapa disaran mengambil peluang untuk melindungi anak mereka menerusi pemberian vaksin Covid 19 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan ringkas d...
Pakej Bantuan Perantisiswa Pemberian Tablet Percuma Kepada Pelajar L Permohonan Ditutup Pada 15 Mei 2022

Pakej Bantuan Perantisiswa Pemberian Tablet Percuma Kepada Pelajar L Permohonan Ditutup Pada 15 Mei 2022

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 399 hits
PAKEJ BANTUAN PERANTISISWA PEMBERIAN TABLET PERCUMA KEPADA PELAJAR l PERMOHONAN DITUTUP PADA 15 MEI 2022 Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah membuka permohonan kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam kolej swasta pol...
Kah Kah Ayiaq Pun Tak Sempurna Ketinggalan 30 Tahun Jual Pulak Tanah Nak Biaya Kerajaan Nih Dah Ngarut Dah

Kah Kah Ayiaq Pun Tak Sempurna Ketinggalan 30 Tahun Jual Pulak Tanah Nak Biaya Kerajaan Nih Dah Ngarut Dah

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 163 hits
Kedah jual sebahagian tanah litar lumba demi biaya projek kata MB NAK EKSPORT KETUM TAK CUKUP LAGI KA LITAR DIBINA IKUT PIAWAIAN ANTARABANGSA BETUL DAH TU HABIS NAK BINA IKUT PIAWAIAN KAMPUNG SAJA KOT KAH KAH APA PUNYA MENGARUT WALAUN TAK K...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation